SMK BUKIT BATU, KULAI

SMK BUKIT BATU, KULAI

Share

Sharing latest events, photo and video of SMK Bukit Batu.

26/05/2026

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 2026M diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya buat para pelajar SMK Bukit Batu, rakan guru, kakitangan AKP, pengawal keselamatan serta kakitangan pembersihan.

Semoga ketabahan dan keikhlasan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menjadi inspirasi buat kita semua dalam melangkah ke arah kecemerlangan.

Semoga segala amalan dan ibadah korban yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 22/05/2026

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI serta ATLET HARAPAN SMK BUKIT BATU 2026

Setinggi-tinggu ucapana tahniah diucapkan kepada adik Adam Danial dan Jeniffer Ng Xian Qin kerana dianugerahkan Olahrawagan dan Olahragawati pada edisi kali ini.

Tahniah diucapkan kepada adik Syahqil lqbal dan adik Iris Humairah atas penganugerahan Atlet Harapan sempena Kejohanan Olahraga edisi kali ini.

Semoga ini menjadi pembakar semangat buat semua atlet atlet yang bertanding.

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 22/05/2026

πŸ† KEJOHANAN OLAHRAGA SMK BUKIT BATU KALI KE-9 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Bukit Batu atas kejayaan penganjuran Kejohanan Olahraga Kali Ke-9 yang telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada para guru, jawatankuasa pelaksana, petugas, ibu bapa serta para pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan pada tahun ini. πŸ‘βœ¨

Tahniah juga kepada Rumah Sukan Puma (Hijau) kerana berjaya mengekalkan kejuaraan sekali lagi pada edisi kali ini. πŸ’šπŸ† Kejayaan ini membuktikan semangat juang, kesungguhan serta kerjasama berpasukan yang amat cemerlang.

Tidak dilupakan kepada semua rumah sukan β€” Jaguar, Cheetah, Panther dan Puma β€” yang telah memberikan saingan hebat sepanjang kejohanan berlangsung. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat kesukanan dan perpaduan yang berjaya dipupuk bersama. πŸ”₯

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing dan cemerlang dalam bidang sukan serta kokurikulum.





Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 20/05/2026

Sambutan Hari Guru Tahun 2026 di SMK Bukit Batu yang telah berlangsung pada hari Isnin, 18 Mei 2026 berjalan dengan lancar dan penuh meriah. ✨

Terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini. Semoga tema Hari Guru tahun ini, β€œGuru Bitara, Nadi Negara” terus menjadi inspirasi dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan. πŸ“šπŸ’™

Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik!

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 20/05/2026

REKOD BARU KEJOHANAN OLAHRAGA SMK BUKIT BATU 2026

Tahniah kepada semua atlet, kerana mencipta rekod baru dalam Kejohanan Olahraga pada kali ini!!

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

Seluruh warga SMK Bukit Batu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang memainkan peranan dalam mendidik, membimbing dan membangunkan masyarakat, termasuk para Guru SMK Bukit Batu.

Guru Bitara Nadi Negara

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 07/05/2026

PUMA JUARA SUKANTARA 2026

Hari terakhir Sukantara SMK Bukit Batu yang berlangsung pada Khamis, 7 Mei 2026 menutup tirai kejohanan dengan penuh semangat, sorakan dan aksi persaingan yang sengit daripada kesemua rumah sukan. Setiap peserta memberikan komitmen terbaik dalam acara yang dipertandingkan demi mengutip mata terakhir buat rumah sukan masing-masing.

Sepanjang perjalanan Sukantara tahun ini, pelbagai momen menarik dapat disaksikan β€” daripada semangat juang para atlet, kerjasama berpasukan, sehinggalah sokongan padu daripada rakan-rakan dan warga sekolah yang sentiasa memeriahkan suasana di padang. Sukantara bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berjaya memupuk disiplin, perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru rumah sukan serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sukantara 2026. Semoga semangat dan pengalaman sepanjang kejohanan ini menjadi pembakar semangat untuk menghadapi kejohanan olahraga yang akan datang.

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 06/05/2026

Sukantara SMK Bukit Batu Hari Pertama dan Hari Kedua yang berlangsung pada Selasa dan Rabu (5 & 6 Mei) telah berjalan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi. Sepanjang dua hari kejohanan ini berlangsung, kesemua empat rumah sukan berentap dengan penuh komitmen dan kesungguhan bagi mengumpul mata sebanyak mungkin menerusi setiap acara yang dipertandingkan.

Pelbagai acara telah dijalankan dengan lancar, memperlihatkan kerjasama berpasukan, disiplin serta daya saing yang sihat dalam kalangan murid. Sorakan padu daripada rakan-rakan sepasukan dan sokongan warga sekolah turut menyemarakkan lagi suasana di padang, menjadikan kejohanan ini bukan sahaja medan persaingan, malah platform untuk memupuk perpaduan dan semangat setiakawan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan usaha terbaik serta menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang Sukantara berlangsung. Diharapkan momentum ini akan terus dibawa ke acara sukan seterusnya. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

Photos from SMK BUKIT BATU, KULAI's post 06/05/2026

PERTANDINGAN BOWLING HARI GURU DI SUNWAY KLUANG MALL

Pada minggu lepas, BKGK SMKBB telah menganjurkan Pertandingan Bowling Hari Guru yang telah berlangsung di Sunway Kluang Mall. Tujuan pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ahli bkgk iaitu Guru dan AKP.

Semoga ukhwah yang dibina ini berkekalan dan gambar ini disimpan disini sebagai kenang-kenangan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SMK Bukit Batu, Batu 21, Bukit Batu
Kulai
81020

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 15:30
Sunday 07:00 - 16:30