Tadika Darul Ilmu

Tadika Darul Ilmu Tadika Darul Ilmu (SSM: 200103074219) ialah sebuah tadika Islam yang telah beroperasi sejak 2001.

Kami komited menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dengan penekanan kepada pembelajaran, akhlak dan nilai-nilai Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته "EGG CARTON MERDEKA"Little Muslim Playgroup Alhamdu...
27/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"EGG CARTON MERDEKA"
Little Muslim Playgroup

Alhamdulillah, anak-anak Little Muslim Playgroup seronok meneroka aktiviti Egg Carton Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan.
Dengan menggunakan egg carton sebagai bahan kitar semula, anak-anak menghias dan menghasilkan kreativiti bertemakan warna-warna Jalur Gemilang. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu mengembangkan motor halus, koordinasi mata dan tangan, kreativiti serta fokus anak-anak.
Paling indah, anak-anak juga belajar bahawa setiap ciptaan dan nikmat yang kita miliki adalah daripada Allah SWT. Kita bersyukur hidup dalam negara yang aman dan bebas.

“Saya sayang Malaysia. Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kita keamanan dan kemerdekaan.”
Semoga anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah yang mencintai negara, menghargai keamanan dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Alhamdulillah, kecil-kecil sudah belajar mencintai Malaysia!

"Merdeka Push Cotton Bud"بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAlhamdulillah, sempena Bula...
26/08/2026

"Merdeka Push Cotton Bud"
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sempena Bulan Kemerdekaan, anak-anak Little Nur Toddler menjalankan aktiviti “Merdeka Push Cotton Bud”
Dengan menggunakan cotton bud, anak-anak menekan dan menghasilkan titik-titik warna pada gambar Jalur Gemilang. Aktiviti yang mudah tetapi menyeronokkan ini membantu mengembangkan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan, fokus serta pengenalan warna.
Lebih istimewa, aktiviti ini menjadi ruang untuk memperkenalkan kepada anak-anak kecil tentang Malaysia, Jalur Gemilang dan rasa cinta kepada tanah air.

“Allah mengajar kita untuk bersyukur atas nikmat keamanan dan kehidupan yang diberikan-Nya.”
Semoga anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah yang sentiasa bersyukur, menyayangi negara dan menghargai nikmat keamanan yang Allah SWT kurniakan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُAlhamdulillah, setinggi-tinggi ...
26/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah buat Daniel Arif atas peluang dan rezeki daripada Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran ke Australia.
Sebagai guru, kami amat tersentuh dan terharu apabila seorang anak murid yang pernah kami didik masih mengingati guru-gurunya, malah sudi meluangkan masa untuk datang bertemu sebelum melangkah pergi menuntut ilmu di bumi orang.
Pertemuan ini mungkin singkat, tetapi sangat besar maknanya buat seorang guru. Melihat anak didik membesar, melangkah jauh dan mengejar cita-cita adalah antara hadiah terindah dalam perjalanan seorang pendidik.
Daniel, bawalah bersama iman, adab dan jati diri seorang Muslim walau di mana bumi dipijak. Jadikan ilmu yang dituntut sebagai jalan untuk semakin mengenal Allah dan memberi manfaat kepada ummah.
Semoga Allah SWT memelihara Daniel sepanjang berada di Australia, memudahkan segala urusan, mengurniakan sahabat yang baik, memberkati ilmu yang dipelajari dan mengembalikan Daniel kelak dengan kejayaan serta ilmu yang bermanfaat.
بَارَكَ اللهُ فِيكَ وَوَفَّقَكَ اللهُ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ
Semoga Allah memberkatimu dan memberikan kejayaan dalam perjalanan menuntut ilmu.
Terbanglah jauh mengejar cita-cita, Daniel.
Doa Tch sentiasa mengiringi langkahmu.
Dengan penuh kasih dan doa,
Guru-guru Tadika Darul Ilmu
Islamic • Dynamic • Inspiring

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهJazakillahu Khairan, Puan Roslina Othman.Setinggi-ti...
25/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jazakillahu Khairan, Puan Roslina Othman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Jazakillahu Khairan Kathira dirakamkan buat Puan Roslina Othman atas kesudian berkongsi ilmu yang amat bermakna bersama para guru Tadika & Taska Darul Ilmu.
Perkongsian bertajuk “Iman Merentas Kurikulum” telah membuka ruang pemikiran serta memberikan inspirasi kepada kami bahawa setiap ilmu yang disampaikan kepada anak-anak merupakan wasilah untuk membantu mereka mengenali dan mentauhidkan Allah, mencintai-Nya serta menghayati kebesaran-Nya dalam setiap pembelajaran.

Lebih bermakna, perkongsian ini hadir bersempena Maulidur Rasul ﷺ, sebagai satu tanda ingatan buat kita semua untuk terus mencintai Rasulullah ﷺ, menghidupkan sunnah Baginda serta membesarkan syiar Islam yang telah Baginda bawa dan perjuangkan.
Semoga kita bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda ﷺ, tetapi berusaha meneruskan risalah Baginda melalui pendidikan — menanam iman, membina akhlak dan mendekatkan anak-anak kepada Allah dan Rasul-Nya.
Semoga segala ilmu, idea dan pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Roslina Othman menjadi ilmu yang bermanfaat serta amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
بارك الله فيكِ وجزاكِ الله خيرًا كثيرًا
Semoga Allah memberkati Puan Roslina Othman, keluarga serta segala usaha beliau dalam mendidik generasi ummah.
Daripada kami,
Warga Tadika Darul Ilmu
Islamic • Dynamic • Inspiring

GRAB THE FLAG – MERDEKA ACTIVITY بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, sem...
21/08/2026

GRAB THE FLAG – MERDEKA ACTIVITY
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sempena Bulan Kemerdekaan, anak-anak Tadika Darul Ilmu menyertai aktiviti Grab the Flag yang penuh dengan keseronokan dan semangat!
Anak-anak perlu bergerak pantas untuk mendapatkan bendera sambil belajar tentang fokus, kepantasan, keberanian, kerjasama dan semangat kes**anan.
Aktiviti ini bukan sekadar bermain, tetapi menjadi ruang untuk anak-anak mengenali semangat Merdeka, menghargai negara dan belajar bahawa kemenangan bukanlah segalanya. Yang penting ialah berusaha, bekerjasama, bermain dengan jujur dan menghormati rakan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga anak-anak soleh dan solehah membesar menjadi generasi yang mencintai Malaysia, menghargai keamanan serta sentiasa bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang Allah kurniakan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته I LOVE TO SERVE PEOPLE – FIRE FIGHTER VISIT Alhamdu...
21/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I LOVE TO SERVE PEOPLE – FIRE FIGHTER VISIT

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tadika Darul Ilmu berpeluang menerima kunjungan istimewa daripada pas**an Bomba dan Penyelamat.
Melalui aktiviti dan perkongsian bersama anggota bomba, anak-anak belajar tentang tugas seorang bomba, kepentingan keselamatan serta bagaimana mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat.

Tema “I Love to Serve People” mengajar anak-anak bahawa pekerjaan yang baik bukan hanya tentang diri sendiri, tetapi juga tentang s**a membantu, menyelamatkan, menjaga dan memberi manfaat kepada orang lain.
Anak-anak juga berpeluang melihat kenderaan dan peralatan bomba serta mendengar penerangan daripada anggota bomba. Pengalaman sebegini pasti menjadi kenangan yang bermakna buat anak-anak soleh dan solehah.
Semoga anak-anak membesar menjadi insan yang berani, penyayang, s**a membantu dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada orang lain.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”
— Riwayat Ahmad
Thank you, Bomba dan Penyelamat!
Jasa dan pengorbanan anda amat kami hargai.

﷽السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهDapur Si Cilik:Aktiviti membuat "Sandwich Telur"Alhamdulillah, hari ini beberapa orang a...
21/08/2026


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dapur Si Cilik:
Aktiviti membuat "Sandwich Telur"

Alhamdulillah, hari ini beberapa orang anak-anak yang terpilih, berpeluang menyertai Aktiviti Dapur Si Cilik dengan menu "Sandwich Telur".
Anak-anak bersama-sama mencuci bahan, mengupas dan memotong sayur-sayuran dengan bimbingan teacher, serta melihat sendiri proses penyediaan makanan sehingga siap dihidangkan.
Melalui aktiviti ini, anak-anak didedahkan kepada penyediaan makanan yang berkhasiat, sihat, bersih dan halal, di samping mempelajari kepentingan memilih bahan-bahan yang baik untuk tubuh badan. Mereka juga belajar bekerjasama, bertanggungjawab, bersabar menunggu giliran serta menghargai setiap rezeki yang Allah SWT kurniakan.
Firman Allah SWT:
"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik."
(Surah Al-Baqarah: 168)
Semoga anak-anak soleh dan solehah sentiasa mengamalkan adab ketika menyediakan dan menikmati makanan, bersyukur atas setiap rezeki, serta memahami bahawa makanan yang halal, berkhasiat dan sihat membantu tubuh menjadi kuat untuk belajar, bermain dan beribadah kepada Allah SWT.
Jazakillahu khairan kathira diucapkan kepada semua ayah ibu yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti pada kali ini. Semoga setiap sumbangan, sokongan dan keikhlasan yang diberikan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta dikurniakan rezeki yang berlipat ganda dan keberkatan buat seisi keluarga. Aamiin.
Alhamdulillah, tahniah anak-anak. Semoga setiap ilmu dan amalan yang dipelajari menjadi pahala yang berterusan.
Semoga Allah menerima setiap infaq dan memberkati semua yang terlibat. Aamiin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ "BUILDING A WELL USING PAPER...
20/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

"BUILDING A WELL USING PAPER MACHE"

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tadika KN meneroka aktiviti kreatif “Building a Well Using Paper Mache”.
Anak-anak menggunakan paper mache untuk membentuk sebuah telaga sambil belajar mengenali kegunaan telaga sebagai salah satu sumber air pada zaman dahulu. Aktiviti hands-on ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan kreativiti dan imaginasi, di samping mengembangkan kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata serta kesabaran.
Anak-anak juga diperkenalkan kepada kehidupan manusia pada zaman dahulu yang menggunakan telaga untuk mendapatkan air sebelum kemudahan air moden seperti paip dan tangki digunakan.

Melalui aktiviti ini, anak-anak diajar untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat air yang Allah SWT kurniakan dan tidak membazirkannya.
Allah SWT berfirman:
“Dan Kami jadikan daripada air segala sesuatu yang hidup.”
— Surah Al-Anbiya’, 21:30
Semoga anak-anak terus membesar sebagai anak soleh dan solehah yang kreatif, menghargai nikmat Allah serta belajar menjaga dan menggunakan air dengan sebaiknya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ "BUILDING A HOUSE USING PAPE...
20/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

"BUILDING A HOUSE USING PAPER MACHE"

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tadika K1 meneroka aktiviti “Building a House Using Paper Mache”. Dalam aktiviti ini, anak-anak menggunakan paper mache untuk membentuk dan menghasilkan sebuah rumah mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti hands-on ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran motor halus sambil belajar tentang struktur asas sebuah rumah seperti dinding, pintu, tingkap dan bumbung.
Anak-anak juga belajar bahawa rumah boleh dibina menggunakan pelbagai jenis bahan mengikut zaman dan keperluan manusia.
Lebih daripada sekadar menghasilkan sebuah rumah, aktiviti ini mengajar anak-anak tentang kesabaran, ketelitian, kerjasama dan keyakinan untuk menghasilkan sesuatu dengan usaha sendiri.

Anak-anak diajak untuk mensyukuri nikmat tempat tinggal yang selamat dan selesa serta memahami bahawa segala nikmat yang kita miliki adalah kurniaan Allah SWT.
“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat tinggal...”
— Surah An-Nahl, 16:80 🤍
Semoga anak-anak terus membesar sebagai anak soleh dan solehah yang kreatif, berdikari, bersyukur dan menghargai setiap nikmat Allah. 🌸

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ "BUILDING A NATURE HOUSE"Alh...
20/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

"BUILDING A NATURE HOUSE"

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tadika K2 meneroka aktiviti “Building a Nature House” dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ranting kayu, daun, rumput, batu kecil dan bunga kering.

Anak-anak berpeluang membina rumah kecil mereka sendiri sambil meneroka alam sekitar secara hands-on. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kreativiti dan imaginasi, malah membantu mengembangkan kemahiran motor halus, kemahiran bekerjasama serta kebolehan menyelesaikan masalah.

Anak-anak juga belajar bahawa pada zaman dahulu, manusia menggunakan bahan-bahan yang terdapat di alam untuk membina tempat tinggal sebelum wujudnya rumah moden yang menggunakan batu bata dan simen.
Melalui aktiviti ini, anak-anak diajar untuk mengenali dan menghargai ciptaan Allah SWT, menjaga alam sekitar serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

“Dan Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.”
— Surah Hud, 11:61
Semoga anak-anak terus membesar sebagai anak soleh dan solehah yang kreatif, penyayang, s**a bekerjasama dan menghargai alam ciptaan Allah.

Address

315 & 316, Jalan Kempas 8, Bandar Putra
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+601117564955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Darul Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category