23/02/2023
Assalammualaikum wbt kepada semua ibu bapa yang dimuliakan Allah swt..ada berbaki 2 hari lagi sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk program smart solat 1.0
Mari sama-sama kita ambil peluang untuk anak-anak belajar ilmu yang bermanfaat dan memperbaiki taharoh, wudhuk dan solat serta adab mereka sesuai dengan syariat yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad saw..In shaa Allah..
Assalammualaikum wbt kepada semua ibu bapa yang dimuliakan Allah swt.
Untuk makluman semua, Pihak Madrasah Tahfiz Alquran Nurussaadah akan mengadakan PROGRAM SMART SOLAT 1.0 dengan kerjasama pihak Masjid Jamek Nurussaadah Felda Taib Andak selama 3 hari bermula pada 01/03/2023 (Rabu) sehingga 3/3/2023 (Jumaat).
Antara pengisian yang akan dijalankan dalam program tersebut adalah anak - anak dapat mempelajari teori dan amali bab taharoh (bersuci), bab wudhuk, bab solat, bab sunnah, bab adab dan azan serta iqomah supaya anak-anak kita dapat melaksanakan amal ibadat dengan betul dan mengikut syariat yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Aktiviti pengenalan kepada Sunnah Memanah juga akan diadakan bagi pendedahan kepada anak-anak terhadap sukan sunnah.
PROGRAM SMART SOLAT 1.0 ini akan dipimpin oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan sijil penyertaan serta hadiah istimewa akan diberikan kepada anak-anak yang menunjukkan adab dan kelakuan yang baik sepanjang program ini berjalan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan ilmu yang bermanfaat untuk anak-anak kita sepanjang cuti sekolah ini kerana kejayaan manusia hanya dalam agama, sejauh mana mereka dapat taat perintah Allah swt mengikut syariat yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
TERHAD KEPADA 30 PESERTA SAHAJA
YURAN : RM50 (3 HARI)
MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN
SILA ISIKAN BORANG PERMOHONAN PERSERTA DISINI :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScdPr1oxDLMhkpdwxdqShmCqFR5nEpJIR-3htdFxOHURylc5Q/viewform
untuk SEBARANG PERTANYAAN sila klik pada link dibawah :
Ust Mohd Zakie
http://www.wasap.my/601119448901/DaftarSmartSolat
En Zulhisham (Pak Tam)
http://www.wasap.my/60177985109/DaftarSmartSolat
SILA HADIR PADA 28/2/2023 (SELASA) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN YURAN DI ALAMAT BERIKUT :
Madrasah Tahfiz Alquran Nurussaadah
Lot 108 B/1 Jalan Felda Taib Andak, Felda Taib Andak,
81000 Kulai, Johor Darul Takzim
(sebelah Masjid Jamek Nurussaadah Felda Taib Andak)