SMK Bandar Putra 2 pages rasmi

SMK Bandar Putra 2 pages rasmi INFO SEKOLAH, AKTIVITI DAN KEMENJADIAN MURID SEMBARA

📣 WARGA SEMBARA, JOM ZAHIRKAN SOKONGAN ANDA KEPADA SEKOLAH ❤️🔥📣 Pertandingan Poster Slogan “Kenapa Perlu Belajar Matemat...
20/08/2026

📣 WARGA SEMBARA, JOM ZAHIRKAN SOKONGAN ANDA KEPADA SEKOLAH ❤️🔥

📣 Pertandingan Poster Slogan “Kenapa Perlu Belajar Matematik”

🌱 “Dari MATEMATIK, tumbuh LOGIKA,
Dari LOGIKA, berakar di MINDA,
Dari MINDA, terbinanya BANGSA BERJAYA.”

Matematik bukan sekadar ilmu tentang angka dan formula. Matematik menyemai keupayaan berfikir secara logik; logika yang diasah p**a berakar menjadi kekuatan minda yang kritis, sistematik dan bijaksana. Daripada minda yang terbentuk inilah lahirnya generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembinaan bangsa yang berjaya. 🌱🧠🇲🇾

Jadi, kami perlukan sokongan anda! 💪

❤️ LIKE poster ini
📲 SHARE kepada rakan-rakan
🙌 AJAK keluarga dan kenalan untuk turut memberikan LIKE!!

Jom warga SEMBARA kita LIKE ramai-ramai! 🔥
Sokongan kecil daripada kita, besar maknanya buat anak-anak SEMBARA 🫶🏽🫶🏽




🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆Warga SMK Bandar Putra 2 merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Muhammad Azri bin Mat Arsa...
15/08/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Warga SMK Bandar Putra 2 merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Muhammad Azri bin Mat Arsad dan Cikgu Farisha Nabila binti Azman atas pencapaian membanggakan dalam Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kulai Tahun 2026. 🌟

🥈 CIKGU MUHAMMAD AZRI BIN MAT ARSAD
Anugerah Perak – Kategori Penulisan Laporan Kajian Tindakan
🏅 Tempat Ke-5 – Kategori PdP Sekolah Menengah

📚 Tajuk Kajian:
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Formula Anggaran Kos RBT Tingkatan 1 dengan Menggunakan “Melodi Tepuk Amai-Amai Formula Anggaran Kos”

🥉 CIKGU FARISHA NABILA BINTI AZMAN
Anugerah Gangsa – Kategori Penulisan Laporan Kajian Tindakan

📚 Tajuk Kajian:
Meningkatkan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Peralihan melalui Pendekatan BiRaSe ScaffLing (Bimbingan Rakan Sebaya Scaffolding Linguistik)

Pencapaian ini membuktikan komitmen dan kreativiti guru dalam meneroka pendekatan PdP yang lebih bermakna serta responsif terhadap keperluan murid.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus mengkaji, berinovasi dan berkongsi amalan terbaik demi kemenjadian murid. 💚💛




🛡️⚔️ TAHNIAH PAHLAWAN KRS! ⚔️🛡️🎉 Syabas kepada 4 kadet KRS yang berjaya lulus Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan KRS Daerah K...
11/08/2026

🛡️⚔️ TAHNIAH PAHLAWAN KRS! ⚔️🛡️

🎉 Syabas kepada 4 kadet KRS yang berjaya lulus Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan KRS Daerah Kulai 2026.

🏅 Kadet:
1️⃣ Siti Khadeejasofea Binti Mohmad Azmi (4SPA)
2️⃣ Nuradriana Nazirah Binti Mohd Mukti (4SPA2)
3️⃣ Muhammad Ammar Bin Rosdee (4SKT)
4️⃣ Ammar Rayyan bin Azli (3 Delima)

Pangkat Sarjan melambangkan disiplin, keberanian dan tanggungjawab. Kejayaan ini lahir daripada latihan, pengorbanan dan semangat tidak berputus asa. Pahlawan ditempa melalui ujian.

Teruskan melangkah—ini bukan penamat, tetapi permulaan amanah yang lebih besar. Jadilah Sarjan yang dihormati kerana akhlak dan kepimpinan.

🌿 Penghargaan kepada guru KRS:
Terima kasih kepada Cik Nabila Husna binti Zahairudin (Guru Pengiring), Pn. Kharween Arbaeyah binti Abu Samah, En. Muhammad Amirruddin bin Mohd Zaires dan En. Muhammad Afiffitri bin Abdul Razak atas bimbingan dan pengorbanan.

⚔️ Kepada kadet, teruskan perjuangan. Kepada guru, terima kasih membentuk jiwa dan peribadi mereka.

🫡 “Pangkat disandang, amanah dipertahan.”

🔥 SELAMAT MELANGKAH, SARJAN KRS!
Hari ini lencana, esok amanah, masa depan pemimpin.

KRS — ILMU, IMAN, AMAL. “Sentiasa Bersedia!” 🫡

📢 MAKLUMAN NAIK TARAF ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)🗓️ Tarikh Mula: 10 Ogos 2026 (Isnin) ⏰ Masa: 6.00 Petang 📅 ...
09/08/2026

📢 MAKLUMAN NAIK TARAF ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)

🗓️ Tarikh Mula: 10 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 6.00 Petang
📅 Tarikh Selesai: 24 Ogos 2026 (Isnin)

💻 Advanced Integrated NILAM System (AINS) akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf sistem. Sepanjang tempoh itu:

📚 AKTIVITI BACAAN MURID
✅ Diteruskan seperti biasa
📝 Perekodan dibuat secara manual
💻 Data akan dikunci masuk selepas AINS kembali beroperasi

🚀 Kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan bagi memperkukuh AINS sebagai platform perekodan yang lebih cekap, mesra pengguna dan responsif 🌐 melalui pengenalan tujuh (7) modul baharu:

1️⃣ Modul Pengisian Secara Pukal 📦
2️⃣ Modul Single Sign-On (SSO) DELIMa 🔑
3️⃣ Modul Voice-to-Text 🎙️
4️⃣ Modul Pusat Sumber Bacaan 📖
5️⃣ Modul Pengayaan 🌟
6️⃣ Modul Peta Lokasi Pusat Bacaan 📍
7️⃣ Modul AI dan Chatbot 🤖

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







🌹 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌹Seluruh warga SMK Bandar Putra 2 mengalu-alukan kehadiran Puan Siti Durah binti Bah...
09/08/2026

🌹 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌹

Seluruh warga SMK Bandar Putra 2 mengalu-alukan kehadiran Puan Siti Durah binti Baharan yang kini menggalas amanah sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains Kemasyarakatan.

Semoga kehadiran dan kepimpinan beliau membawa inspirasi serta menyuntik semangat baharu dalam usaha memperkasa kecemerlangan bidang Sains Kemasyarakatan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan sekolah.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK Bandar Putra 2. 💙❤️
Semoga segala amanah yang digalas dipermudah dan terus cemerlang dalam menjalankan tugas.

Selamat datang, Puan Siti Durah! 💐


✨Tahun 2026 tersimpan 1001 kisah tentang usaha, pengorbanan dan semangat luar biasa seluruh kru TVPSS BP2MediaTV. ❤️🎥 Ta...
05/08/2026

✨Tahun 2026 tersimpan 1001 kisah tentang usaha, pengorbanan dan semangat luar biasa seluruh kru TVPSS BP2MediaTV. ❤️🎥

Tahniah dan syabas diucapkan kepada :
i. AMMAR AZIZ BIN AZIZAN (4SPA1)
ii. MOHAMAD AMIR HAKIMI BIN RIDZUAN (4SPA1)
iii. ALIF HADIF BIN EMYLANIZAR (4SPA1)
iv. SHAH HAYQIEM SYARIZAL (4SKT)
v. HADEE MUIZ BIN HANIF (4SPA1)

Alhamdulillah, langkah pertama membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai 🏆 JOHAN Pertandingan Video Kreatif Festival TVPSS Daerah Kulai. Lebih membanggakan kru BP2MediaTV juga turut berjaya merangkul Anugerah Khas Juri bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu :

🌟JURUKAMERA TERBAIK (PPS AMMAR AZIZ BIN AZIZAN)
🌟PENYUNTING TERBAIK (PPS MOHAMAD AMIR HAKIMI BIN RIDZUAN)

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong. Kejayaan ini bukan penamat, tetapi PERMULAAN sebuah PERJUANGAN untuk terus berkarya!

✨ Doakan kejayaan mereka dalam pertandingan Festival TVPSS Peringkat Negeri Johor 💪💪




Assalamualaikum & Selamat Sejahtera SemuaAlhamdulillah, Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Kulai telah telah berja...
04/08/2026

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Alhamdulillah, Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Kulai telah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih & tahniah kepada semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini terutamanya:

🎖Barisan Pentadbir
🎖Warga Unit Kokurikulum
🎖Guru Penasihat Pasukan PUTERI ISLAM
🎖Guru Penasihat Pasukan PANDU PUTERI
🎖Peserta Kawad Kaki pasukan PUTERI ISLAM & PANDU PUTERI

TAHNIAH!
Semoga pertandingan kawad kaki ini dapat menjadi platform bagi murid-murid SEMBARA untuk menggilap bakat & potensi yang ada dalam diri mereka. ✨✨

Tahniah dan Syabas!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Muhammad Sufi Naz Bin Mohd Faisal atas kejayaan meraih P...
04/08/2026

Tahniah dan Syabas!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Muhammad Sufi Naz Bin Mohd Faisal atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam Kejohanan Olahraga MSSJ bagi acara 10 000m Jalan Kaki L18 dengan catatan masa 55.27.79s. Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi, semangat juang yang kental serta komitmen berterusan sepanjang latihan.

Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Syabas dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :Cikgu Wan Norhafiszi Bin KhamarudinCikgu Shatyav...
04/08/2026

Tahniah dan Selamat Maju Jaya!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :

Cikgu Wan Norhafiszi Bin Khamarudin
Cikgu Shatyavanan A/L B Murthy
Cikgu Nazerah Binti Ahmad Akamazaman
Adik Nur Muhammad Sufi Naz Bin Mohd Faisal
Adik Theva Tarsshan A/L Ramesh
Adik Jayden Jeremiah Shepherdson
Adik Aiman Hanif Bin A.Manan

yang telah berjaya terpilih mewakili daerah ke Kejohanan Olahraga MSSJ Tahun 2026 yang berlangsung pada 3-7 Ogos 2026.
Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi, disiplin serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang latihan dan pertandingan.
Semoga terus bersemangat, beraksi dengan penuh keyakinan, menjunjung semangat kesukanan, dan memberikan persembahan yang terbaik demi mengharumkan nama daerah serta sekolah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Selamat berjuang, semoga p**ang membawa kejayaan.

Seluruh warga SMK Bandar Putra 2 merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Haji Mohd Erwan bin Malib, Guru Kanan ...
04/08/2026

Seluruh warga SMK Bandar Putra 2 merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Haji Mohd Erwan bin Malib, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial, atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai GPK Petang di SMK Kelapa Sawit.

Terima kasih diucapkan atas segala jasa, kepimpinan, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SMK Bandar Putra 2.

Semoga segala pengalaman dan kecemerlangan yang dibina di sini akan menjadi panduan serta inspirasi bagi menggalas amanah baharu agar terus cekal mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan kini.

Selamat maju jaya buat Haji Mohd Erwan bin Malib.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Semoga segala memori di sini kekal terpahat di hati 🌹


Address

Jalan Putra 3
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075983967

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Putra 2 pages rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bandar Putra 2 pages rasmi:

Shortcuts

Share

Category