USTP PPD Kulai

USTP PPD Kulai

Share

Unit Sumber Teknologi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Photos from USTP PPD Kulai's post 14/05/2026

Selesai bengkel berimpak tinggi, BENGKEL TOT PASUKAN JAUHARI DIGITAL STEM AI DAERAH KULAI 2026.

Pasukan Jauhari Digital daerah Kulai yang terdiri daripada Edufluencer, GPGD, Guru GAJET, Cikgu Juara Digital, Guru Jauhari dan juga Duta Guru.

Turut hadir bersama, Tuan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Tuan Anuar bin Jaafar pada sesi petang. Hasil kerjasama yang padu daripada semuanya, telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada tuan timbalan.

Semoga usaha yang diberikan ini dapat memberikan impak kepada warga pendidik khususnya di Daerah Kulai.






Photos from USTP PPD Kulai's post 14/05/2026

Alhamdulillah selesai dua bengkel pada hari yang sama

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF i-SPARK DAERAH KULAI 2026 dan

BENGKEL 3D PRINTER : MASTER TRAINER EDITION DAERAH KULAI 2026

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan Jurulatih bagi kedua-dua bengkel ini.




Photos from USTP PPD Kulai's post 12/05/2026

BENGKEL PEMERKASAAN KOMPETENSI GURU: AI DALAM ANIMASI DAN PdPc DAERAH KULAI TAHUN 2026

12 MEI 2026
11.00 PAGI - 5.00 PTG
DEWAN BITARA PUTRA, SK BANDAR PUTRA TV PSS SK Bandar Putra

Alhamdulillah, bengkel berjalan dengan lancar dengan tujuan utama pendedahan elemen AI dalam animasi dan sekaligus diintegrasikan dalam PdPc.

Semoga AI Tools dalam DELIMa sentiasa dimanfaatkan oleh guru² termasuk aplikasi yang boleh menjana animasi secara percuma tanpa had ~ harap ilmu hari ini dapat membantu guru² dan murid meneroka dunia digital dengan lebih bersemangat dan beretika.

Sekalung tahniah buat penceramah solo kali ini Cg Izuan Rahman dari SK Bandar Putra yang sudi berkongsi ilmu dan kemahiran beliau dalam dunia AI dan animasi.

Terima kasih SK Bandar Putra atas penyediaan lokasi yang selesa.

Tahniah semua peserta! Jangan lupa laksanakan LDP/PLC 😀

Photos from USTP PPD Kulai's post 11/05/2026

TAHNIAH!!!

Pasukan Kulai yang berjaya melepasi peringkat kelayakan MY ROBOTIC CHALLENGE (MYRC) 2026:

MIKROBOTIK SEKOLAH RENDAH
✅SK KANGKAR PULAI

REKA EDUKIT SEKOLAH RENDAH
✅SK FELDA INAS
✅SK LKTP BUKIT BESAR

AIROBOTIK SEKOLAH RENDAH
✅SJKT KANGKAR PULAI Sjkt Kangkar Pulai
✅SJKC KULAI 1
✅SK LKTP BUKIT BESAR SK LKTP BUKIT BESAR

Doakan kejayaan mereka di pentas akhir pada 19 Mei 2026.

All the best!!!

Tahniah juga bagi pasukan² yang telah menghantar penyertaan, kita tambahbaik lagi untuk tahun akan datang.

Photos from USTP PPD Kulai's post 11/05/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA

Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil pelajar daerah Kulai yang terpilih mewakili PPD Kulai ke Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Johor.

Semoga terus cemerlang, berkeyakinan tinggi serta mengharumkan nama daerah Kulai di peringkat negeri.
Teruskan budaya membaca dan menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu demi masa depan yang gemilang.

“Pembaca Bestari, Pemangkin Generasi Berilmu”

Ikhlas daripada
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP)
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

https://sistem.ustpkulai.com/pengumuman/15

TV PSS SK Bandar Putra
SMK Bandar Putra, Kulai, Johor
SMK Bukit Batu
Sk Taman Sri Pulai

23/04/2026

Jangan lupa aktiviti hari ini Jom Baca Bersama 10 minit pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, dilokasi masing-masing.

Ambil gambar aktiviti anda membaca bersama buku pilihan, Klik pada pautan ini

atau imbas QR pada poster untuk mendaftarkan aktiviti anda.

Jom kita membudayakan pembacaan buku



Photos from USTP PPD Kulai's post 18/04/2026

17 April 2026
10.00 pagi - 12.00 tgh hari
Studioverse, SK Taman Indahpura 2 SK Indahpura 2

BENGKEL PENJURIAN PENULISAN KREATIF PENGKARYA MUDA SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAI TAHUN 2026

Alhamdulillah, untuk tahun ini kita cuba teknik lain sikit. Beberapa siri bengkel dan diakhiri dengan sesi penjurian finalis.

Terima kasih barisan panel penilai En Mokhtar Omar, Cg Firdaus Johari, Cg Shakira dan Cg Preesha.

Special kita bawakan sesi hari ini di studio 'termahal' di daerah Kulai 😆 supaya selesa dan ambil vibe yang berbeza.

Terima kasih juga kepada tuan rumah SKIP2 terutamanya Puan GB, dan tuan bilik AnNur Farhanah Amran dan Cg Aishah. Rezeki tumpang rezeki open opis 😀

Semoga ada rezeki untuk anak² pengkarya muda tahun ini💪

Photos from USTP PPD Kulai's post 18/04/2026

17 April 2026
2.45 - 4.30 ptg
Bilik Seminar PPD Kulai

PLC SHARING DAY BIL 2 TAHUN 2026
STEP TO GEMINI CERTIFIED EDUCATOR PPD KULAI

Dalam kesibukan para pegawai dan AKP, selang Jumaat disempatkan juga dengan sesi PLC bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran kendiri.

Kali ini giliran USTP, kita santai² bawa semua eksplorasi Gemini AI dan NotebookLM. Alang² semua ada akaun gov kan, dapat akaun PRO, rugi kalau tak dimanfaatkan.

Alhamdulillah, feedback positif dan berebut-rebut nak jawab soalan supaya boleh bawa balik kicap,sos, santan dll 😆 dan bersemangat semua nak jawab 37 soalan ujian. Seminggu kita bagi, tunggu update minggu depan ya.

All the best!!!

Photos from USTP PPD Kulai's post 17/04/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN BICARA BUKU DAERAH KULAI 2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Bicara Buku Peringkat Daerah Kulai Tahun 2026 anjuran Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP).

Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih murid serta sokongan padu daripada pihak sekolah dalam mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran komunikasi, serta menggalakkan budaya membaca melalui penyampaian ulasan buku yang berkesan dan berimpak.

Para pemenang tempat pertama akan mewakili Daerah Kulai ke peringkat negeri. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama daerah di peringkat seterusnya.

Keputusan penuh pertandingan boleh disemak melalui dashboard portal awam e-Centre USTP Kulai:

https://sistem.ustpkulai.com/awam/pertandingan/36

👏 Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!
.0

BENGKEL INTENSIF PENGKARYA MUDA SM DAERAH KULAI · Apr 12 – 13 📸 15/04/2026

BENGKEL INTENSIF PENULISAN KREATIF PENGKARYA MUDA DAERAH KULAI TAHUN 2026

13 APRIL 2026
2.00 - 4.00 PTG
BILIK MESYUARAT 1 DAN WAR ROOM PPPD KULAI RASMI
Sekalung penghargaan buat barisan penceramah En Mokhtar Omar, Cg Firdaus, Cg Preesha dan Cg Shakira yang hebat.

All the best juga buat para finalis. Semoga berjaya meraih kemenangan.

BENGKEL INTENSIF PENGKARYA MUDA SM DAERAH KULAI · Apr 12 – 13 📸 Shared album · Tap to view!

15/04/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF DAERAH KULAI 2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Video Kreatif Peringkat Daerah Kulai Tahun 2026 anjuran Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP).

Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih murid serta sokongan padu daripada pihak sekolah, dalam mencungkil bakat dan kemahiran menghasilkan video yang membawa mesej serta memberi impak positif.

Para pemenang tempat pertama akan mewakili Daerah Kulai ke peringkat negeri. Semoga terus cemerlang dan membawa kejayaan yang lebih gemilang!

Keputusan penuh pertandingan boleh disemak melalui dashboard portal awam e-Centre USTP Kulai.

https://sistem.ustpkulai.com/awam/pertandingan/4

👏 Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!
.0

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Jalan Persiaran Indahpura 4, Bandar Indahpura
Kulai
81000