SK LKTP BUKIT BESAR

SK LKTP BUKIT BESAR

Share

Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar

20/05/2026

FUTURE STEP 2026

Pada 20 Mei 2026, seramai 39 orang murid Tahun 6 SK LKTP Bukit Besar telah menyertai Program Future Step dengan lawatan ke SMKA
Bandar Penawar dan SMS Kota Tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Tn Haji Manndzri Hj Nasib atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program Future Step 2026. Semoga usaha murni ini
terus memberi inspirasi dan membuka peluang kepada murid-murid untuk melakar masa depan yang lebih cemerlang.
Semoga langkah kecil hari ini menjadi
permulaan kepada masa depan yang lebih
besar

19/05/2026

πŸ† PERLAWANAN FLYING DISC / FRISBEE BAWAH 12 TAHUN TERTUTUP DAERAH KULAI πŸ₯

πŸ“ Tempat : SK LKTP Pasir Raja
⏰ Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi

Photos from SK LKTP BUKIT BESAR's post 19/05/2026

πŸ† PERLAWANAN FLYING DISC / FRISBEE BAWAH 12 TAHUN TERTUTUP DAERAH KULAI πŸ₯

πŸ“ Tempat : SK LKTP Pasir Raja
⏰ Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi

Alhamdulillah, pasukan SKITSA FRISBEE telah berjaya muncul sebagai πŸ₯‡ JOHAN KUMPULAN dengan aksi yang sangat cemerlang! πŸ”₯πŸ’ͺ

πŸ“Š Keputusan Perlawanan:

πŸ₯ SKBB πŸ†š SKBR(B)
βœ… 10 - 0

πŸ₯ SKBB πŸ†š SKPR (B)
βœ… 7 - 0

πŸ₯ SKBB πŸ†š SKPT (B)
βœ… 8 - 0

πŸ₯ SKBB πŸ†š SKBT 2
βœ… 14 - 1

Adik Irsyad jadi scorer terbanyak di pertandingan ini πŸ‘πŸ»

Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan πŸ’―πŸ‘

Terima kasih juga kepada guru-guru, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan SKITSA FRISBEE ❀️πŸ₯

SKITSA… TERUS TERBANG TINGGI! πŸ”₯πŸ†

17/05/2026

🏹✨ KEJOHANAN MEMANAH MSSJ 2026 ✨🏹

Alhamdulillah, pasukan Memanah MSSD Kulai berjaya menamatkan saingan Kejohanan Memanah MSSJ 2026 yang berlangsung di SMK Paduka Tuan pada 11 – 14 Mei 2026 dengan pencapaian yang membanggakan πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

πŸ₯‡ 1 Pingat Emas
πŸ₯‰ 2 Pingat Gangsa
πŸ… 2 Tempat Kelima

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pentadbir, pegawai pasukan, jurulatih, ibu bapa serta semua penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan dan doa kepada kontinjen MSSD Kulai πŸ™πŸ»πŸ’™

Terima kasih khas kepada Princeton Digital Group (PDG) atas tajaan dan sumbangan yang diberikan kepada pasukan Memanah MSSD Kulai tahun 2026 🏹✨

Tahniah kepada semua atlet yang telah berjuang dengan penuh semangat demi mengharumkan nama daerah Kulai. Yang menang terus cemerlang, yang belum berjaya teruskan usaha dan bangkit lebih kuat πŸ’―πŸ”₯







MSSJ - Memanah

16/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹

β€œGuru Bitara Nadi Negara”

Walaupun sambutan Hari Guru diraikan hari ini, warga SKITSA tetap meriah dengan semangat kesukanan dan latihan demi latihan! πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

Pada 16 Mei 2026, padang dan gelanggang SKITSA terus hidup dengan training:
πŸ‘ Hoki
πŸ₯ Frisbee
🀾🏻 Bola Baling
⚽ Bola Sepak

Inilah bukti guru bukan sahaja mendidik di dalam kelas, malah terus membimbing, melatih dan membina potensi murid di luar bilik darjah ❀️

Terima kasih buat semua guru SKITSA atas segala pengorbanan, usaha dan kasih sayang yang dicurahkan demi anak-anak didik πŸ’





16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh insan pendidik yang menjadi obor penyuluh bangsa, pencetus inspirasi dan arkitek kejayaan generasi masa hadapan. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya serta menjadi tunjang utama kemajuan negeri dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi serta Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkasa dunia pendidikan melalui sumbangan bilik guru berjumlah RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar di kawasan DUN Pasir Raja.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin semangat kepada warga pendidik dan pelajar untuk terus melakar kecemerlangan gemilang demi masa depan Johor yang lebih maju, berdaya saing dan berprestij di persada dunia. β€œGuru Bitara Nadi Negara".

07/05/2026

πŸ†πŸŽ‰ Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 Tahun 2026 SK LKTP Bukit Besar

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan semangat luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ₯‡ Johan Keseluruhan
πŸ’š Rumah Tsavorite

πŸ₯ˆ Naib Johan
❀️ Rumah Jasper

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
πŸ’™ Rumah Zircon

πŸ… Olahragawan
πŸ‘ MOHAMAD A***N ANIQ BIN JUMAT

πŸ… Olahragawati
πŸ‘ MAWAR MIKAYLA AZZAHRA BINTI MUHAMMAD SYAFIQ

Tahniah kepada para pemenang 🎊
Yang berjaya teruskan kecemerlangan, yang belum berjaya jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan πŸ’―

Segala yang baik datang daripada Allah SWT, dan yang kurang itu daripada kelemahan kami sendiri. Terima kasih semua ❀️

06/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera 🌟

Dengan penuh sukacitanya, pihak sekolah menjemput semua ibu bapa serta warga SKITSA untuk hadir dan memeriahkan πŸŽ‰ Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Bukit Besar Kali Ke-39 πŸƒβ€β™‚οΈπŸ…

πŸ“ Tempat: Padang SMK Sultan Alauddin
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Ayuh datang beramai-ramai πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ bagi memberi sokongan padu πŸ’ͺ kepada anak-anak serta memeriahkan suasana kejohanan! Kehadiran tuan/puan amat bermakna dalam menyemarakkan semangat kesukanan ❀️‍πŸ”₯

03/05/2026

πŸ“’ PRA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK LKTP BUKIT BESAR KALI KE-39

Dimaklumkan bahawa Pra Kejohanan Olahraga Tahunan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 4 – 6 Mei 2026 (Isnin – Rabu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi
πŸ‘• Pakaian: Baju Rumah Sukan

Semua murid WAJIB hadir bagi melengkapkan acara dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing πŸ’ͺπŸ”₯

Kerjasama dan komitmen semua amat dihargai.

β€œSemangat | Disiplin | Kecemerlangan”
Bersatu, Berusaha, Berjaya! πŸ†

11/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SK LKTP BUKIT BESAR, Jalan Pendita, Felda Bukit Besar, Gugusan Taib Andak
Kulai
81450

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30