Sekolah Kebangsaan Murni Jaya

Sekolah Kebangsaan Murni Jaya Ini merupakan page rasmi Sekolah Kebangsaan Murni Jaya. Semoga ia memberi manfaat kepada semua :)

Program-program yang telah dan akan dilaksanakan, pihak sekolah akan muatnaik segala informasi serta rentetan peristiwa yang berlaku di sekolah di laman ini. https://youtube.com/channel/UCBoQgB2mQpqwTbyWykHM8qA

Jom subscribe channel youtube SK Murni Jaya.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 OGOS 2026Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Murni Jaya mengucapkan Selama...
01/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 OGOS 2026

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Murni Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada semua murid, ibu bapa, guru serta rakyat Malaysia.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara terus mekar dalam jiwa kita.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada:
Barisan Guru dan Staf
SK Murni Jaya

🇲🇾

📢 HEBAHAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYAAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa...
28/08/2026

📢 HEBAHAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Cuti Persekolahan Penggal 2 akan berlangsung pada:

🗓 29 Ogos 2026 (Sabtu) hingga 6 September 2026 (Ahad)

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada seluruh murid, ibu bapa dan warga SK Murni Jaya.

Pesanan sepanjang cuti:

* Utamakan keselamatan diri dan keluarga.
* Luangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.
* Jaga kesihatan serta amalkan gaya hidup sihat.
* Sediakan diri untuk kembali ke sekolah dengan semangat baharu.

“Rehat • Ceria • Kembali Berjaya”

Terima kasih.

SK MURNI JAYA

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, Surat Tawaran Sebut Harga Kantin SK Murni Jaya 2027-2028 , kepada pengusaha y...
26/08/2026

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, Surat Tawaran Sebut Harga Kantin SK Murni Jaya 2027-2028 , kepada pengusaha yang berminat sila rujuk surat ini. Terima kasih.

15/08/2026
Amanat daripada YBHG. Datuk Abdul Halim selaku Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi khas buat warga SeMurni 🫶🏻♥️
14/08/2026

Amanat daripada YBHG. Datuk Abdul Halim selaku Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi khas buat warga SeMurni 🫶🏻♥️

14/08/2026
14/08/2026
14/08/2026
14/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 & PENYERAHAN MOCK CHEQUE SEKOLAH ANGKAT MADANI KEMENTERIAN KOMUNIKASI 🇲🇾

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 & Penyerahan Mock Cheque Sekolah Angkat MADANI Kementerian Komunikasi telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia. Kehadiran serta sokongan beliau amat kami hargai dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah.

🎓 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia atas peruntukan yang telah diberikan kepada sekolah melalui inisiatif Sekolah Angkat MADANI. Sumbangan ini amat bermakna dan pastinya dapat dimanfaatkan sebaiknya demi meningkatkan kualiti, keselesaan serta pembangunan warga sekolah.

Semoga peruntukan dan keprihatinan yang diberikan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan sekolah serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada anak-anak didik.

❤️ Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan keprihatinan yang diberikan kepada sekolah kami.

🇲🇾 Ayuh semarakkan Bulan Kebangsaan!
Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.







Address

Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, Kampung Murni Jaya, Layang-layang, J25
Kulai
81850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Murni Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Murni Jaya:

Shortcuts

Share