10/08/2026
PPID BERKUNJUNG KE SMITI TAHFIZ AL-HIKMAH KULAI
KULAI, 10 Ogos 2026 โ Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Al-Hikmah Kulai telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) yang diketuai oleh Ustaz Radin Firdaus.
Kunjungan ini merupakan satu usaha penting dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pihak PPID dan pihak pengurusan SMITI, khususnya dalam memastikan kelancaran pengurusan pendidikan, pembangunan sahsiah serta kemenjadian para pelajar.
Dalam kunjungan tersebut, pihak PPID turut berkesempatan meninjau perkembangan dan suasana pendidikan di SMITI serta bertukar pandangan bersama pihak pengurusan sekolah berkaitan aspek pengurusan dan pendidikan Islam.
Pihak SMITI Tahfiz Al-Hikmah Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Radin Firdaus serta rombongan PPID atas kesudian hadir dan memberikan perhatian terhadap perkembangan institusi pendidikan Islam.
Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berjiwa al-Quran.
SMITI TAHFIZ AL-HIKMAH KULAI
Melahirkan Generasi Islam Rabbani