22/05/2026
✨SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA INDAHPURA TAHUN 2026/1447H✨
Tarikh : 20 MEI 2026
Hari : RABU
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah Agama Indahpura
Tema : Hawaii 🌊
❣️ Alhamdulillah, Sambutan hari Guru telah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
❣️ Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
🏓 Kepit cawan guna penyepit baju (Darjah 1)
Musical chair (Taj & Darjah 2)
Teka kata (Darjah 3)
🎈 Tautan kasih (Darjah 4)
👥 Jambatan maut (Darjah 5)
🏃🏼➡️Lari 3 kaki (Darjah 6)
🎈 Baling belon (Guru)
❣️ Tahniah diucapkan kepada semua murid & guru yang telah
memenangi hadiah yang dipertandingkan . Semua memg Awesome! Alhamdulillah...
❣️ Kami Warga SAIP ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh tanah air! Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, dan bimbingan yang telah dicurahkan dengan penuh ikhlas dan sabar. Guru adalah nadi pembangunan bangsa, penyuluh dalam kegelapan, dan pemangkin kejayaan generasi masa depan. Jasa kalian tidak ternilai dan akan terus dikenang sepanjang hayat.
❣️ Semoga para guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak bangsa menuju kejayaan dunia dan akhirat.
"GURU BITARA NADI MAJU JOHOR"
"Terima kasih, cikgu!"
"Selamat Hari Guru."