SK Seri Sinaran Chokoh

SK Seri Sinaran Chokoh A school.

Situated in Kampung Chokoh, Pontian,Johor, about 5km from Tanjung Bin Powerplant,20km from Pontian Kechil, 5km from Tanjung Piai & about 20km from Iskandar Puteri.

16/08/2026
Alfatihah..
26/07/2026

Alfatihah..

"Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita""Tiada Kompromi dalam Aspek Keselamatan"
08/07/2026

"Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita"

"Tiada Kompromi dalam Aspek Keselamatan"

INFO J-SAFE SIRI 1/2026
MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Keselamatan murid adalah keutamaan. Tiada kompromi.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyeru semua institusi pendidikan di negeri ini agar terus memperkukuh kawalan keselamatan sekolah melalui pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang proaktif, pemantauan yang berterusan serta tindakan segera terhadap sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

Antara tindakan yang perlu diberi perhatian ialah:
πŸ”Ή Memperketat kawalan di pintu masuk sekolah.
πŸ”Ή Melaksanakan rondaan berkala di kawasan yang dikenal pasti berisiko.
πŸ”Ή Memastikan tiada murid membawa senjata atau objek berbahaya ke sekolah.
πŸ”Ή Memperkukuh mekanisme pelaporan awal terhadap sebarang ancaman, pergaduhan atau perlakuan agresif.
πŸ”Ή Mempererat kerjasama dengan ibu bapa, PIBG, PDRM dan agensi berkaitan.
πŸ”Ή Melaporkan setiap insiden keselamatan kepada PPD dan JPN dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab pihak pentadbir atau guru semata-mata, bahkan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Persekitaran sekolah yang selamat merupakan asas kepada pembentukan sahsiah, kesejahteraan emosi dan kecemerlangan pembelajaran murid.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

"Tiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan."

πŸ“˜ INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™Warga SK Seri Sinaran Chokoh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua mur...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Warga SK Seri Sinaran Chokoh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua murid, ibu bapa, penjaga serta seluruh warga sekolah.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. πŸ’šπŸ„πŸ

Luangkan masa bersama keluarga tercinta, sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti perayaan. Semoga segala ibadah korban dan amal kebaikan kita diterima serta diberkati Allah SWT.

✨ Salam Aidiladha daripada kami warga SK Seri Sinaran Chokoh ✨




Selamat Bercuti buat Semua Murid SK Seri Sinaran Chokoh!
22/05/2026

Selamat Bercuti buat Semua Murid SK Seri Sinaran Chokoh!

⚽️ SK SERI SINARAN CHOKOH CIPTA KEBANGGAAN DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD 2026⚽️Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SK Se...
21/05/2026

⚽️ SK SERI SINARAN CHOKOH CIPTA KEBANGGAAN DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD 2026⚽️

Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SK Seri Sinaran Chokoh telah menunjukkan aksi membanggakan dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Pontian 2026 yang berlangsung di SMK Sri Tanjung pada 20 Mei dan SK Benut pada 21 Mei 2026. πŸ’ͺ⚽

Pasukan SKSSC berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan dan seterusnya mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan. πŸ”₯

Dalam aksi pusingan 16 terbaik pada 21 Mei 2026, SKSSC memberikan tentangan sengit sebelum tewas 3-1 kepada SK Pekan Nanas. Jaringan tunggal SKSSC berjaya disempurnakan dengan bergaya oleh adik Muhammad Hafaezrul Luqman (6UM) yang turut muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan SKSSC sepanjang kejohanan. πŸ‘βš½

Turut mencuri perhatian ialah persembahan cemerlang adik Muhammad Amin Fayyadh (6UM) yang dinobatkan sebagai pemain terbaik SKSSC hasil aksi konsisten dan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan. ⭐️

Kejayaan mara ke pusingan kalah mati ini menjadi satu pencapaian yang amat bermakna buat pasukan SKSSC dan seluruh warga sekolah selepas beberapa tahun terkandas di peringkat kumpulan. πŸ’™πŸ€

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus, dan guru pengiring serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan sekolah. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.







Pada 19 Mei 2026, pasukan bola jaring sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Pontian yang berlan...
20/05/2026

Pada 19 Mei 2026, pasukan bola jaring sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung di SK Seri Benut 🏐✨

Satu pengalaman yang penuh semangat, kerjasama dan perjuangan buat semua pemain. Setiap peluh dan usaha yang dicurahkan di gelanggang menjadi kenangan yang sangat bermakna πŸ’ͺ❀️

Terima kasih kepada guru pengiring, jurulatih serta semua yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kami.






πŸŽ‰ Tahniah diucapkan! πŸŽ‰Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta dan pengurus atas kejayaan da...
16/05/2026

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan! πŸŽ‰

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta dan pengurus atas kejayaan dalam Karnival Rentak Suara Seni Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2026 (Jumaat) lalu.πŸ†βœ¨

πŸ₯ˆ Tempat Kedua
Nyanyian Solo Kategori Lelaki (Sekolah Rendah)
πŸ‘ Mohammad Hafaezrul Luqman bin Mohd Rafik

πŸ… Tempat Keempat
Nyanyian Duo (Sekolah Rendah)
πŸ‘ Muhammad Syahrazi bin Mohd Syahrani
πŸ‘ Nur Damia’Aziqah binti Md Atar

πŸ’ Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada pengurus pasukan,
Cikgu Nurfatihah Raihana binti Rahmat Shahbuddin atas usaha, bimbingan dan komitmen yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berani menyerlahkan bakat dan mengharumkan nama sekolah ❀️🌟

Address

Kg Chokoh
Kukup
82030

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076961962

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Sinaran Chokoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category