Sekolah Agama Sungai Boh, Kukup

Sekolah Agama Sungai Boh, Kukup VISI
“Menjadi institusi pendidikan Islam terulung menjelang 2030 dalam melahirkan pelajar yang fasih Al-Quran, mahir tulisan Jawi, dan berdaya saing.”

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, hari ini berlangsungnya ...
19/11/2025

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, hari ini berlangsungnya Majlis Maulidur Rasul SAW yang menghimpunkan tiga institusi utama di kampung kita:-

Masjid Sungai Boh, Sekolah Kebangsaan Sungai Boh dan Sekolah Agama Sungai Boh.

Majlis ini bukan sekadar perhimpunan, tetapi medan untuk kita mengingat kembali akhlak mulia Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwwah masyarakat, serta menanam cinta Rasul dalam jiwa anak-anak kita.

Semoga keberkatan majlis ini menyatukan hati-hati kita, menguatkan semangat untuk mencontohi sunnah Baginda SAW dan membawa cahaya hidayah dalam kehidupan seharian.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga usaha kecil ini menjadi saham besar di sisi Allah SWT. 🤲




Kelas Terbersih Bulan Jun dan Julai.Tahniah diucapkan kepada Kelas Darjah 2 dan 5 Istiqamah di atas kemenangan tersebut.
03/10/2025

Kelas Terbersih Bulan Jun dan Julai.

Tahniah diucapkan kepada Kelas Darjah 2 dan 5 Istiqamah di atas kemenangan tersebut.

10/09/2025

Soal Jawab Kemerdekaan oleh anak-anak tahap 2 🇲🇾🫶🏻

09/09/2025

Malaysia Madani, rakyat disantuni🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Sedikit jamuan untuk murid-murid yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek merdeka minggu ini.
09/09/2025

Sedikit jamuan untuk murid-murid yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek merdeka minggu ini.

Lensa SASBhDengan penuh rasa syukur dan semangat patriotik, Sekolah Agama Sungai Boh juga telah mengadakan Majlis Perasm...
09/09/2025

Lensa SASBh

Dengan penuh rasa syukur dan semangat patriotik, Sekolah Agama Sungai Boh juga telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada hari semalam.

Majlis dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Ustazah Enap binti Safuan dan diserikan dengan pelbagai persembahan serta aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini bagi mencerminkan rasa cinta terhadap tanah air tercinta.

Semoga semangat perjuangan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam diri seluruh warga sekolah.

Lensa SASBhCandid foto sebelum majlis perasmian sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
09/09/2025

Lensa SASBh

Candid foto sebelum majlis perasmian sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

09/09/2025

“Bukan sekadar MERDEKA… tahun ini kita raikan dengan cara berbeza."

Tahniah diucapkan kepada kelas,Darjah 1 TaatDarjah 4 Taatkerana pencapaian kelas terbersih sepanjang bulan Julai 2025..🏆...
09/09/2025

Tahniah diucapkan kepada kelas,

Darjah 1 Taat
Darjah 4 Taat

kerana pencapaian kelas terbersih sepanjang bulan Julai 2025..🏆🏆🏆

28/08/2025

📢 Kempen Serentak Anti-Buli Peringkat Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor hari ini, sekolah kita turut menyertai Kempen Serentak Anti-Buli yang dilaksanakan di seluruh negeri Johor.

Buli bukan sekadar gurauan – ia boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa.

Marilah kita sama-sama berganding bahu menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

Ingatlah slogan kita:✨ Tiada Buli di sekolah saya.✨


🚫 Katakan TIDAK kepada buli!❌Buli bukan bukti hebat, tapi tanda lemah jiwa. Hargai kawan, hormati perbezaan.Sekolah kita...
27/08/2025

🚫 Katakan TIDAK kepada buli!❌
Buli bukan bukti hebat, tapi tanda lemah jiwa.

Hargai kawan, hormati perbezaan.
Sekolah kita bebas buli, ceria dan selamat!

“Berani jadi baik, berani menolak buli.”
Mari sama-sama bina budaya kasih sayang di sekolah.

Tiada ruang untuk buli di sekolah kita.
Setiap murid berhak rasa selamat dan dihargai.

KAMI BENCI BULI
BULI BUKAN BUDAYA JOHOR

MINGGU WAJIB GURU AGAMA DAERAH PONTIAN.Bertemakan Back to Sogame.Sedikit selingan di majlis tersebut. Guru-guru Sekolah ...
26/08/2025

MINGGU WAJIB GURU AGAMA DAERAH PONTIAN.

Bertemakan Back to Sogame.

Sedikit selingan di majlis tersebut. Guru-guru Sekolah Agama Sungai Boh memakai pakaian sekolah agama kerajaan Johor.

Mengimbau kenangan sewaktu menjadi pelajar sekolah rendah. 🥰

Address

Kampung Sungai Boh
Kukup
82300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Sungai Boh, Kukup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category