SMK KUDAT

SMK KUDAT BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI

12/07/2026
🏃‍♂️ KEJOHANAN MSSD OLAHRAGA KUDAT 2026 🏅Sekalung tahniah dan syabas kepada semua atlet dan jurulatih serta pihak pengan...
12/07/2026

🏃‍♂️ KEJOHANAN MSSD OLAHRAGA KUDAT 2026 🏅

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua atlet dan jurulatih serta pihak penganjur yang telah menjayakan Kejohanan MSSD Olahraga Daerah Kudat 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 10 Julai 2026 di Kompleks Sukan Kudat.

Pada kejohanan kali ini, SMK Kudat berjaya membawa pulang 6 pingat masing-masing 2 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.

Semoga kejohanan ini menjadi medan untuk mencungkil bakat, memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta melahirkan atlet yang berdaya saing dan cemerlang hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah!! Team SMATIM. 💐💐💐

Pada 6-8 April 2026, telah diadakan pertandingan bola tampar MSSD Kudat. SMK Kudat telah menghantar pasukan perempuan B1...
10/04/2026

Pada 6-8 April 2026, telah diadakan pertandingan bola tampar MSSD Kudat. SMK Kudat telah menghantar pasukan perempuan B18.

Pasukan PB18 SMK Kudat hanya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan mendapat tempat ke-empat. Walaubagaimanapun usaha dan semangat yang dipamerkan harus diberikan pujian.

Tahun hadapan pastinya SMK Kudat akan bangkit semula dan menyusun atur strategi yang lebih baik dan berkesan😃

Tahniah kepada para Atlet SMATIM🔥

Tahniah! kepada semua calon SPM SMK Kudat 2025 atas usaha dan ketekunan yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan ini....
31/03/2026

Tahniah! kepada semua calon SPM SMK Kudat 2025 atas usaha dan ketekunan yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan ini. 🌟

Majlis Penyerahan Keputusan SPM hari ini bukan sekadar pengumuman keputusan, tetapi juga detik penuh makna yang menandakan permulaan baharu dalam kehidupan. Setiap kejayaan, sama ada besar atau kecil, adalah hasil usaha yang patut dibanggakan.

Syabas dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi! 🎓✨

Selamat Kembali bersekolah kepada semua pelajar SMK KUDAT yang dikasihi. Semoga lebih bersemangat untuk mengikuti pembel...
30/03/2026

Selamat Kembali bersekolah kepada semua pelajar SMK KUDAT yang dikasihi. Semoga lebih bersemangat untuk mengikuti pembelajaran selepas bercuti Hari Raya dan Cuti Penggal 1☺️.

Majlis Iftar Jamaie Perdana SMK KUDAT Tarikh: 11 Mac 2026Tempat: Dewan Terbuka Seri Aminah Arif
18/03/2026

Majlis Iftar Jamaie Perdana SMK KUDAT

Tarikh: 11 Mac 2026
Tempat: Dewan Terbuka Seri Aminah Arif

Pelaksanaan Program “IHYA RAMADAN” tahun 2026 SMK KUDAT
18/03/2026

Pelaksanaan Program “IHYA RAMADAN” tahun 2026 SMK KUDAT

16/03/2026

hebahan.

Makluman Program Penutupan Ihya RamadanDimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Penutupan Ihya Ramadan p...
16/03/2026

Makluman Program Penutupan Ihya Ramadan

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Penutupan Ihya Ramadan pada hari Selasa 17/03/2026 bertempat di Dewan Terbuka Tun Aminah SMK KUDAT bermula 6:40 pagi hingga 12:30 tengah hari

Sehubungan dengan itu, semua murid dan guru dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti yang telah dirancang.

Sekian, terima kasih.

12/03/2026

Address

SMK KUDAT
Kudat
89058

Opening Hours

Monday 06:00 - 17:30
Tuesday 06:00 - 17:30
Wednesday 06:00 - 17:30
Thursday 06:00 - 17:30
Friday 06:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK KUDAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category