SK Landung Ayang, Kudat

SK Landung Ayang, Kudat Official page of SK LANDUNG AYANG. Share information and school activities.

Selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran KRT KG Landung Ayang dengan kerjasama PIBG SK Landung Ayang! 🌙 ​Jut...
18/04/2026

Selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran KRT KG Landung Ayang dengan kerjasama PIBG SK Landung Ayang! 🌙
​Jutaan terima kasih kepada Tuan Stefly Said atas kesudian merasmikan majlis dan pemberian sumbangan untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Tidak dilupa juga kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Tanpa sokongan anda semua, majlis ini tidak akan seseri ini.
​Tahniah buat penggerak utama majlis:
⭐ KRT Landung Ayang
⭐ PIBG SK Landung Ayang
⭐ Warga SK Landung Ayang
​Satu gandingan yang mantap! Semoga kerjasama ini terus berpanjangan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ikhlas daripada,
Warga SK Landung Ayang Kudat

*MAKLUMAN CUTI *Cuti sekolah : 18.03.2026 - 30.03.2026Murid bersekolah semula pada 31.03.2026 (Selasa)Terima kasih.Selam...
17/03/2026

*MAKLUMAN CUTI *

Cuti sekolah : 18.03.2026 - 30.03.2026

Murid bersekolah semula pada 31.03.2026 (Selasa)

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK.  Alhamdulillah, Program Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan telah berjaya dilaksanaka...
11/03/2026

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK.
Alhamdulillah, Program Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.
Warga Sekolah Kebangsaan Landung Ayang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Landung Ayang dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Landung Ayang atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat, di samping menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan yang penuh rahmat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.


24/02/2026
Menyahut Aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035Warga Sekolah Kebangsaan Landung Ayang Kudat komited memperkasa...
23/02/2026

Menyahut Aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035

Warga Sekolah Kebangsaan Landung Ayang Kudat komited memperkasa pendidikan berkualiti melalui pengukuhan akademik, pembentukan sahsiah unggul serta pengupayaan potensi murid secara holistik.

Berlandaskan motto sekolah,
“Serlahkan Potensi, Satukan Keyakinan, Tawan Kejayaan”,
kami melangkah sederap merealisasikan hasrat pendidikan negara demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

SKLA Boleh! 💙✨

2 in 1 celebration 😊Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang merayakanya.Selamat menyambut bulan Ramada...
18/02/2026

2 in 1 celebration 😊

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang merayakanya.

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini kembawa keberkatan, keampunan dan ketenangan buat kita semua.

Hentikan buli dan gangguan seksual!Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat.
16/02/2026

Hentikan buli dan gangguan seksual!

Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat.

14/02/2026
Pada November 2025, SKLA telah menerima sumbangan kaca mata kepada 50 orang murid dan juga sumbangan 5 unit penyaman uda...
14/02/2026

Pada November 2025, SKLA telah menerima sumbangan kaca mata kepada 50 orang murid dan juga sumbangan 5 unit penyaman udara dari pihak Sabah Electricity.

Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima sumbangan ini.

Terima kasih Sabah Electricity.

*IKLAN PENDAFTARAN TAHUN 1 (2027)*Tempoh permohonan dibuka: 15.02.2026 - 31.03.206Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa ...
14/02/2026

*IKLAN PENDAFTARAN TAHUN 1 (2027)*

Tempoh permohonan dibuka: 15.02.2026 - 31.03.206

Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa melalui pautan:
idme.moe.gov.my

Address

Kudat
89058

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

088611511

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Landung Ayang, Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category