SK LOKTOHOG BANGGI

SK LOKTOHOG BANGGI BERDISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)Program Guru Penyayang dan Menyambut Ketibaan murid-murid SK Loktohog Banggi sempena hari...
24/01/2026

Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)

Program Guru Penyayang dan Menyambut Ketibaan murid-murid SK Loktohog Banggi sempena hari pertama persekolahan. Diketuai Oleh Guru Besar, En Bidin bin Salasa, PKHEM En Zainol bin Baharom, PPS L/Kpl Hairol Hakimy, YDP PIBG En Mohd Arafat bin Ummar, bersama beberapa guru SK Loktohog Banggi.

19/12/2025

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! πŸŽ‰ JC Carter, Siti Nuraiyah Madhassan, Hana Rohana, Masniah Otong, Aini Marjan

14/12/2025

Rancangan KPM 2026

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2035
Hala tuju baharu pendidikan negara untuk satu dekad akan datang.

2. Kurikulum Baharu 2027 bermula di Prasekolah
Perubahan kurikulum dimulakan dari awal, sebelum diperluas ke semua peringkat.

3. 41 Sekolah Baharu Dibina
Sekolah ditambah di kawasan kritikal untuk kurangkan isu sekolah padat dan jurang akses.

4. 520 Projek Sekolah Daif Diluluskan
Sekolah uzur dibina semula supaya murid belajar dalam persekitaran yang selamat dan bermaruah.

5. 350 Kelas Prasekolah Baharu
Pendidikan awal diperluas akses agar lebih ramai kanak-kanak bermula dengan asas yang kukuh.

6. RM860 Juta untuk Penyelenggaraan Sekolah
Tandas, kantin, musolla dan bilik guru dibaiki supaya sekolah berfungsi seperti sepatutnya.

DOWNLOAD:
LAPORAN PENCAPAIAN REFORMASI PENDIDIKAN 2025 - UNTUK ANAK KITA
https://t.me/pendidik2u/13878

SELIA BANTU PENGURUSAN HEM DAN BAKAT PPD KUDAT 2025Oleh Tn Charles, Tn Paisar, Tn Redzwan dan Pn Norhayati dari JPN Saba...
13/12/2025

SELIA BANTU PENGURUSAN HEM DAN BAKAT PPD KUDAT 2025

Oleh Tn Charles, Tn Paisar, Tn Redzwan dan Pn Norhayati dari JPN Sabah ke SK Loktohog Banggi pada 11 Disember 2025.

Bantu selia ini melibatkan bahagian HEM, Disiplin, Kaunseling, PPDa serta KOKUM. Seterusnya memberikan penarafan bintang untuk setiap bahagian yang di selia bantu.

13/12/2025

πŸŽ₯ Lawatan Life Water η”Ÿε‘½ζ³‰ζΊ ke SK Loktohog Banggi

Terima kasih Life Water Industri atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga SK Loktohog Banggi.
Lawatan ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang proses industri dan kepentingan air bersih

Ilmu bermanfaat, pengalaman bermakna πŸ’§βœ¨


Majlis Jasamu DikenangGuru Besar SK Loktohog Banggi | 4 November 2025πŸ“ Kelas Tahun 6Warga SK Loktohog Banggi merakamkan ...
13/12/2025

Majlis Jasamu Dikenang

Guru Besar SK Loktohog Banggi | 4 November 2025
πŸ“ Kelas Tahun 6

Warga SK Loktohog Banggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Majlis ringkas yang diadakan di Kelas Tahun 6 ini sarat dengan kenangan dan rasa penghargaan.

Semoga segala ilmu, tunjuk ajar dan kepimpinan yang dicurahkan menjadi inspirasi berterusan kepada warga sekolah.

Selamat maju jaya di tempat baharu🌹✨

Majlis Jasamu Dikenang30 Oktober 2025Guru Besar Puan Eradah Elda Binti Marael dan Puan Siti Normazirah Binti Ramin. Atas...
13/12/2025

Majlis Jasamu Dikenang
30 Oktober 2025

Guru Besar Puan Eradah Elda Binti Marael dan Puan Siti Normazirah Binti Ramin. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, guru besar tidak dapat hadir pada majlis ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Normazirah binti Ramin, PPM Prasekolah SK Loktohog Banggi.

Atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai dalam mendidik serta membimbing anak-anak prasekolah dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Semoga segala bakti dan kenangan indah sepanjang perkhidmatan akan sentiasa dikenang.

Selamat maju jaya dan semoga terus sukses di mana jua berada. 🌹✨

Pelaksanaan 60 Minit Generasi MADANI | SK Loktohog Banggi11 Disember 2025 (Khamis) | Dewan Terbuka SK Loktohog BanggiPro...
13/12/2025

Pelaksanaan 60 Minit Generasi MADANI | SK Loktohog Banggi

11 Disember 2025 (Khamis) | Dewan Terbuka SK Loktohog Banggi

Program 60 Minit Generasi MADANI telah berjaya dilaksanakan selama satu jam dengan pengisian yang dirangka secara interaktif dan bermakna untuk murid.

Sesi ini memberi pendedahan tentang nilai-nilai MADANI seperti hormat, bertanggungjawab, beradab, beridentiti nasional dan kasih sayang.

Melalui aktiviti bimbingan, simulasi ringkas dan perkongsian nilai, murid dibimbing untuk menghayati dan mengamalkan nilai MADANI dalam kehidupan seharian, di sekolah mahupun di rumah.

Semoga penerapan ini membantu membentuk generasi yang berakhlak, berfikiran matang dan berdaya saing! πŸŒŸπŸ‡²πŸ‡Ύ

Perkhemahan Unit Beruniform SK Loktohog Banggi | 4 – 6 Disember 2025Perkhemahan Unit Beruniform tahun ini berlangsung de...
12/12/2025

Perkhemahan Unit Beruniform SK Loktohog Banggi | 4 – 6 Disember 2025
Perkhemahan Unit Beruniform tahun ini berlangsung dengan penuh semangat dan disiplin! Sepanjang tiga hari, murid mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti kawad statik, Amazing Race, malam kebudayaan, ikhtiar hidup, serta latihan simpulan & gajet.

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, tetapi juga membentuk kepimpinan, kerjasama, dan keyakinan diri dalam kalangan murid. Tahniah kepada semua yang terlibat atas komitmen dan semangat juang yang tinggi! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯⛺️

Lawatan Life Water Industries Life Water η”Ÿε‘½ζ³‰ζΊ ke SK Loktohog Banggi | 12 Disember 2025Hari ini murid SK Loktohog Banggi ...
12/12/2025

Lawatan Life Water Industries Life Water η”Ÿε‘½ζ³‰ζΊ ke SK Loktohog Banggi | 12 Disember 2025
Hari ini murid SK Loktohog Banggi menerima kunjungan istimewa daripada Life Water Industries melalui ceramah β€œAirku, Hidupku”. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya air bersih, penjimatan air, dan penjagaan alam sekitar.

Selama dua jam, murid mengikuti aktiviti interaktif dan menerima air minuman percuma. Semoga pendedahan ini mendorong murid mengamalkan gaya hidup sihat dan mesra alam di sekolah dan di rumah! πŸ’§πŸŒβœ¨

Selamat petang dan salam sejahtera. Mohon kepada ibubapa/penjaga murid-murid Tahun 6 Zamrud (23 orang) dan PPKI Delima (...
12/12/2025

Selamat petang dan salam sejahtera. Mohon kepada ibubapa/penjaga murid-murid Tahun 6 Zamrud (23 orang) dan PPKI Delima (1 orang) ambil maklum berkaitan pendaftaran Tingkatan 1 ke SMK Banggi, Kudat pada 16 Disember (Selasa) 2025.

Sila sediakan dokumen berikut semasa pendaftaran:
1. Dokumen pengenalan (Murid, Ibu, Bapa, Penjaga)
2. Surat Penempatan ke SMK Banggi, Kudat.
3. Wang berjumlah (xx.xx) bagi keperluan sekolah yang boleh dibeli melalui koperasi sekolah.

Sekian. Harap maklum πŸ™πŸ™

πŸ“’ MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 2026

Pihak SMK Banggi mempelawa semua ibu bapa/penjaga untuk hadir ke Pendaftaran Kemasukan Murid PPKI, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (K9) bagi sesi 2026.

πŸ”Ή Tarikh: 16 Disember 2025
πŸ”Ή Hari: Selasa
πŸ”Ή Masa: 7.30 pagi – 1.30 petang
πŸ”Ή Tempat: Makmal Komputer, SMK Banggi

Mohon hadir mengikut masa yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pendaftaran. Kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai demi memastikan sesi persekolahan 2026 dapat dimulakan dengan teratur dan sistematik.

Terima kasih atas sokongan anda.

πŸ“’ PEMAKLUMAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LOKTOHOG BANGGI 2025πŸ“… 3 – 5 Disember 2025 (Rabu – Jumaat)πŸ“ Kawasan s...
03/12/2025

πŸ“’ PEMAKLUMAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LOKTOHOG BANGGI 2025
πŸ“… 3 – 5 Disember 2025 (Rabu – Jumaat)
πŸ“ Kawasan sekolah SK Loktohog Banggi

Pihak sekolah sedang melaksanakan Program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2025 yang melibatkan murid Tahap 2 termasuk murid PPKI. Program ini dijalankan bertujuan membina disiplin, jati diri, kemahiran asas ikhtiar hidup dan semangat bekerjasama dalam kalangan murid.

Sepanjang tiga hari ini, murid akan mengikuti pelbagai aktiviti berkhemah yang dipantau sepenuhnya oleh guru-guru pembimbing bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak, khususnya ibu bapa dan penjaga.






Address

PETI SURAT 382
Kudat
89050

Opening Hours

Monday 07:00 - 14:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 14:00
Thursday 07:00 - 14:00
Friday 07:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LOKTOHOG BANGGI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category