Taska nurain

Taska nurain we care about your child.

08/12/2025

Antara intipati ucapan Pengusaha Taska Nurain pada majlis konvokesyen:

Pengusaha Taska Nurain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa menyokong serta memberi kepercayaan kepada pihak taska dalam menjaga, membimbing dan mendidik anak-anak tuan puan. Sokongan yang berterusan inilah yang menjadi kekuatan utama kami untuk terus memberikan yang terbaik.

Tujuan majlis konvokesyen ini diadakan adalah bagi memberi semangat dan penghargaan kepada anak-anak kecil kita, agar mereka lebih berani mencuba, yakin dengan kemampuan diri, serta termotivasi untuk terus berusaha dan berjaya pada masa hadapan.

Pengusaha turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang serta menyokong perjalanan Taska Nurain sejak awal penubuhan.

Tidak dilupakan, ucapan penghargaan yang penuh kasih sayang ditujukan kepada guru-guru Taska Nurain yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menyayangi anak-anak comel kita setiap hari. Dedikasi dan kesabaran para guru amatlah dihargai.

08/12/2025

Terima kasih anakku, Mohd Nor Zulkarnain, kerana setiap tahun sudi menjadi pengacara majlis (MC) untuk Taska Nurain dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dan membantu dalam urusan pengurusan taska. Sokonganmu amat kami hargai.

08/12/2025

Terima kasih kepada Puan Angelina Ensingan Anak Bansi, wakil ibu bapa, atas ucapan yang disampaikan sempena Majlis Konvokesyen ke-12 Taska Nurain.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang sentiasa menyokong serta memberi kepercayaan kepada kami untuk menjaga dan mendidik anak-anak kalian. Sokongan ini amat kami hargai dan menjadi kekuatan untuk kami terus memberikan yang terbaik.

Simpanlah kenangan Konvokesyen ke-12 Tahun 2025 ini dalam hati. Walaupun majlis dijalankan dengan sederhana, namun ia sa...
08/12/2025

Simpanlah kenangan Konvokesyen ke-12 Tahun 2025 ini dalam hati. Walaupun majlis dijalankan dengan sederhana, namun ia sangat bermakna bagi kami dan juga anak-anak didik kami. Inilah memori berharga yang akan mereka ingat apabila suatu hari nanti melangkah ke menara gading.

Di taska inilah mereka bermula dari angka kosong—belajar mengenal huruf, membaca, mengira, berdikari dan membina disiplin diri. Kami sentiasa mendoakan agar setiap anak-anak terus melakar kejayaan hingga ke puncak impian.

Wahai anak-anak didik kami, ingatlah… kami di sini sentiasa menyokong dan mendoakan perjalanan kalian.

Simpan kenangan konvoksyen untuk tahun 2024 dan 2025
08/12/2025

Simpan kenangan konvoksyen untuk tahun 2024 dan 2025

25/11/2025

708 likes, 30 comments. “ ”

14/11/2025

Aktiviti kanak kanak umur 1
Tahun 9 bulan.

“Kanak-kanak mampu memadankan warna dengan tepat apabila diberikan objek atau kad warna yang berbeza. Kanak-kanak menunjukkan kefahaman awal konsep persamaan dengan mencari warna yang sepadan, seperti memadankan merah dengan merah , kuning ,hijau dan biru dengan biru.” dengan bimbingan guru.

Aktiviti 3/11/2025Cuba tgok anak -anak apa mereka buat
04/11/2025

Aktiviti 3/11/2025
Cuba tgok anak -anak apa mereka buat

Lawatan ke Walai Rabbit dan Taman Rekresi Santai Kota Marudu.2/11/2015
04/11/2025

Lawatan ke Walai Rabbit dan Taman Rekresi Santai Kota Marudu.2/11/2015

Aktiviti kanak kanak taska
12/10/2025

Aktiviti kanak kanak taska

01/10/2025

Pendidikan Awal Bermula dari Rumah

Ramai yang menyangka pendidikan anak bermula apabila mereka masuk ke taska, tadika atau sekolah. Hakikatnya, pendidikan sebenar bermula sejak anak lahir di rumah sendiri.

Rumah adalah madrasah pertama dan ibu bapa p**a adalah guru terawal. Segala tutur kata, perlakuan, serta suasana dalam keluarga menjadi asas pembelajaran seorang anak.

Apa yang Anak Belajar di Rumah?

Akhlak dan adab – melalui cara ibu bapa bercakap dan berinteraksi.

Nilai agama – mengenal Allah, doa-doa harian, solat dan membaca al-Quran bagi yang beragam islam, bagi yang beragama kristian atau sebagainya ajar cara agama masing- masing

Kecerdasan emosi – dengan kasih sayang, perhatian dan belaian.

Kemahiran asas – menyebut perkataan, mengenal warna, nombor, huruf, serta membantu dalam kerja rumah.

Taska, tadika dan sekolah hanyalah pelengkap kepada pendidikan yang sudah dibina sejak awal di rumah.

Pepatah Arab menyebut:
"Al-ummu madrasatul ula" – Ibu adalah sekolah pertama.

---

Contoh Praktikal untuk Ibu Bapa

1. Waktu pagi

Ajarkan anak mengucap syukur dan doa bangun tidur.

Tunjukkan cara mengemas katil bersama.

2. Waktu makan

Ajar doa sebelum dan selepas makan.

Biasakan anak makan bersama keluarga untuk belajar adab di meja.

3. Waktu bermain

Gunakan permainan sebagai alat pembelajaran (contoh: menyusun blok untuk kenal bentuk & warna).

Galakkan anak berkongsi mainan dengan adik-beradik.

4. Waktu belajar ringkas

Bacakan buku cerita atau kisah teladan sebelum tidur.

Perkenalkan huruf atau nombor secara santai, bukan paksaan.

5. Waktu solat

Bawa anak duduk bersama semasa solat berjemaah.

Ajar perlahan-lahan bacaan mudah seperti Allahu Akbar dan Al-Fatihah.

6. Waktu membantu di rumah

Ajar anak melipat kain, menyapu atau menyusun kasut.

Beri pujian setiap kali mereka berusaha.

Address

KG. PINAWANTAI, POS MINI MATUNGGONG , PETI SURAT 29 , 89058 , KUDAT
Kudat
89057

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+601125312596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska nurain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska nurain:

Shortcuts

Share

Category