Program Teknologi Pemesinan Industri KV Kudat

Program Teknologi Pemesinan Industri KV Kudat Ini merupakan laman page rasmi bagi Program Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional Kudat. Se

INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid T...
07/08/2025

INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
* Semakan pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 1: 6 – 17 Oktober 2025




01/03/2024
Selamat petang dan salam sejahtera pada rakan2 FB. Bagi rakan2 yg ingin membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional...
01/03/2024

Selamat petang dan salam sejahtera pada rakan2 FB. Bagi rakan2 yg ingin membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional kudat samada saudara mara anda, boleh datang ke kolej vokasional pada 11 march ini ya. Mohon hebahkan maklumat ini kepada orang kampung, jiran dan saudara mara anda yang ingin masuk ke kolej vokasional kudat boleh la datang untuk ditemuduga. Terima kasih


Semakan Kelayakan Ambilan Pelajar Baru Kolej Vokasional Kudat Sabah

Program Taklimat Selangkah ke UMP ( Universiti Malaysia Pahang)  anjuran bersama Program Teknologi Pemesinan Industri (M...
05/11/2023

Program Taklimat Selangkah ke UMP ( Universiti Malaysia Pahang) anjuran bersama Program Teknologi Pemesinan Industri (MPI) dan UPK yang dilakasanakan pada 14 MAC 2023, 9.30am-12.00pm di Dewan Gemilang, Kolej Vokasional Kudat .

Objektif program:
1. Pendedahan awal kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian di UMP di bawah Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Megatronik.

2. Menyuntik semangat pelajar untuk berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga pelajar MPI mendapat motivasi semasa mengikuti program ini.

Kejohanan KVSkills Zon Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan yang berlangsung pada 15 julai 2023 lepas bertempat di Kolej...
04/11/2023

Kejohanan KVSkills Zon Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan yang berlangsung pada 15 julai 2023 lepas bertempat di Kolej Vokasional Tawau, sabah. Syabas diucapkan kepada para pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Kudat atas semangat yang ditunjukkan semasa kejohanan berlangsung. Semoga di masa akan datang program teknologi pemesinan industri kolej vokasional kudat terus mendapat nama dihati para masyarakat.

Pertandingan KVSkills peringkat zon sabah dan labuan berlangsung pada 15 julai 2023 yang lepas bertempat di Kolej Vokasi...
05/10/2023

Pertandingan KVSkills peringkat zon sabah dan labuan berlangsung pada 15 julai 2023 yang lepas bertempat di Kolej Vokasional Tawau. Program Teknologi Pemesinan industri telah menghantar 3 orang calon bagi dua kategori yang dipertandingkan antaranya ialah:

1. Pemesinan industri
2. Lukisan Kejuruteraan CADCAM

Pertandingan tersebut berlangsung selama sehari dan syabas diucapkan atas usaha diberikan oleh para pelajar program teknologi pemesinan industri sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Turut serta dalam kejohanan KVSkills tersebut 2 orang pensyarah teknologi pemesinan industri Cikgu Demkin & Cikgu hafizullah sebagai jurulatih kepada pelajar kolej vokasional kudat.

Pada 17 Februari 2023 yang lepas kolej vokasional kudat telah menerima kunjungan daripada Syarikat Kibing Sdn.Bhd. Antar...
05/10/2023

Pada 17 Februari 2023 yang lepas kolej vokasional kudat telah menerima kunjungan daripada Syarikat Kibing Sdn.Bhd. Antara agenda selain perbincangan jalinan kerjasama diantara kolej vokasional kudat dan syarikat kibing, pihak syarikat juga turut membuat lawatan ke setiap program- program yang ada di kolej vokasional kudat dan salah satu daripadanya ialah program teknologi pemesinan industri (Engineering course). Pihak syarikat kibing sangat tertarik dengan kemudahan fasiliti yang terdapat pada program teknologi pemesinan industri kerana kemudahan yang disediakan banyak digunapakai dalam industri pada masa kini. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah barisan pentadbir kolej vokasional kudat G3, ketua unit perhubungan awam, ketua unit latihan industri, ketua2 jabatan dan beberapa pensyarah teknologi pemesinan industri.

Program intervensi pelajar baharu teknologi pemesinan industri yang diadakan pada 6 september 2023 bertempat di pusat su...
05/10/2023

Program intervensi pelajar baharu teknologi pemesinan industri yang diadakan pada 6 september 2023 bertempat di pusat sumber kolej vokasional kudat anjuran program teknologi pemesinan industri. Program intervensi ini juga merupakan persediaan (teknik menjawab) pentaksiran akhir bagi pelajar baharu yang bakal menduduki penilaian akhir bagi semua subjek program teknologi pemesinan industri. Program ini disertai seramai 29 orang pelajar baharu dan beberapa pensyarah MPI.

Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil kumpulan serta hadiah pemenang kepada pelajar yang disampaikan oleh Ketua Prog...
08/02/2023

Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil kumpulan serta hadiah pemenang kepada pelajar yang disampaikan oleh Ketua Program Teknologi Pemesinan Industri En.Robert bin Lalim dan turut serta Penceramah program teknik menjawab En.Pomin bin Kanahong. Tahniah diucapkan semua yang terlibat dalam program teknik menjawab soalan SVM format penilaian akhir.

Sesi aktiviti perbincangan pelajar SVM 1 teknologi pemesinan industri dalam kumpulan sepanjang program teknik menjawab s...
08/02/2023

Sesi aktiviti perbincangan pelajar SVM 1 teknologi pemesinan industri dalam kumpulan sepanjang program teknik menjawab soalan SVM format penilaian akhir brlangsung.

Program MPI Kolej Vokasional Kudat mengadakan program menjawab soalan (SVM) format penilaian akhir semester 1 2022 pada ...
08/02/2023

Program MPI Kolej Vokasional Kudat mengadakan program menjawab soalan (SVM) format penilaian akhir semester 1 2022 pada 25/08/2022 sebagai persediaan menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) penilaian akhir.

Address

Kudat
89050

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Teknologi Pemesinan Industri KV Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category