SK Muhibbah, Kudat

SK Muhibbah, Kudat SK Muhibbah, P.O Box 319, 89058, Kudat, Sabah
Tel:088-615629
email: [email protected] SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

SK. Muhibbah. SK. Jarak SK.

Muhibbah, Kudat diambil sempena nama Kg. Muhibbah telah dibuka pada tahun 1998. Pada tahun 1998 hanya sebuah sahaja bangunan sekolah iaitu balai raya Kg. Muhibbah dijadikan kelas, kemudian pada tahun 1999 sebuah lagi bangunan sementara iaitu gelanggang permainan dijadikan kelas. Muhibbah terletak di kawasan perkampungan, kampung yang hampir dengan sekolah ialah Kg. Muhibbah ke Pekan Kudat lebih ku

rang 10km. Pada awalnya sekolah ini dibuka atas mesyuarat PIBG SK. Pekan Kudat yang melibatkan empat buah kampung iaitu Kg. Pantai Bahagia, Kg. Pengaraban, Kg. Tanjung Kapur dan Kg. Dalam mesyuarat PIBG tersebut kehadiran penduduk Kg. Muhibbah adalah lebih ramai berbanding kampung yang lain. Secara suara ramai Kg. Muhibbah telah dipilih untuk didirikan sekolah atas cawangan SK. Pekan Kudat. Pengasas sekolah ini ialah Ketua Kampung Muhibbah iaitu Hj. Panun Bin Molong. Sejak tahun 1998 hingga 2000, SK. Muhibbah adalah cawangan SK. Pada tahun 2001 sehinggalah sekarang SK. Muhibbah tidak lagi menjadi cawangan atas nama SK. Suku kaum penduduk persekitaran sekolah ini terdiri daripada suku kaum Ubian. Pelajar yang belajar di SK. Muhibbah juga terdiri daripada suku kaum Ubian dari Kg. Muhibbah, Kg. Pengaraban dan Kg. Tanjung Kapur. Bilangan pelajar dan guru mengikut data ini pada tahun 2001 iaitu guru seramai 17 orang, 2 orang KTBM dan 270 orang pelajar. Bilangan kelas dari tahun 1998 hingga 1999 sebanyak 9 buah kelas. Pada pertengahan tahun 2000, sekolah ini telah mendapat projek kilat bangunan tambahan dan diikuti tahun 2001 satu lagi projek kilat bangunan tambahan peruntukan daripada JPPS. Dari tahun 1998 hingga pertengahan tahun 2000, sekolah ini belajar dalam dua sidang. Kemudian sejak pertengahan tahun 2000 sekolah ini belajar dalam satu sidang memandangkan kelas telah pun cukup untuk menampung keperluan pelajar. Bilangan kelas dari tahun 2000 hingga 2001 sebanyak 9 kelas termasuk 1 bilik Pusat Sumber dan 1 bilik guru dan Pejabat Am. Kini pada tahun 2010, warga SK. Muhibbah, Kudat terdiri daripada 247 orang murid, 22 orang guru dan 2 orang kakitangan bukan mengajar. Persekitaran, bangunan dan infrastruktur sekolah yang terdapat di sekolah ini kurang memuaskan tetapi warga pendidik SK. Muhibbah tetap bersemangat untuk membangunkan modal insan untuk negara yang tercinta. SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN TAHUN 2011
BIL NAMA PENUH JAWATAN
01 Wahab Bin Husin Guru Besar
02 Sarifah Binti Ramnah PK. Pentadbiran
03 Lorita Kuntihang PK. Hal Ehwal Murid
04 Saidatul Badriah Binti Mokhtar PK. Kurikulum
05 Martini Binti Jobinal @ Zainal Guru
06 Normah @ Dg Binti Ibrahim Guru Pemulihan
07 Juita Binti Said Guru
08 Noraidah Binti Datu Halim Guru
09 Bariah Binti Bidin Guru
10 Aliman Bin Aliamat Guru
11 Shafinatun Binti Mohamed Guru
12 Eradah @ Elda Binti Marael Guru Media
13 Mohd. Shukri Bin Mamat Guru J-QAF
14 Husnah Binti Patal Guru
15 Norhafizah Binti Yusof Guru J-QAF
16 Rosley Bin Marusin Guru Data
17 Faridah Binti Muda Guru / Ustazah
18 Noor Asimah Binti Mohd Guru
19 Setiyadewi Binti Sutopo Guru / Ustazah
20 Mohd. Faizal Ebnu Bin Mohd. Salleh Guru J-QAF
21 Sharizan Bin Ya’kob Guru J-QAF
22 Helda @ Erra Hazeline Binti Masil Guru Bimbingan
23 Sandallud @ Masran Bin Asun Pembantu Tadbir
24 Rosnah Binti Arsi Pembantu Tadbir



VISI DAN MISI SEKOLAH

“Visi Dan Misi Sekolah Kebangsaan Muhibbah Bagi Memperkasakan Sekolah Ke Arah Sekolah Cemerlang Dan Gemilang.”

VISI SEKOLAH

“Sekolah Kebangsaan Muhibbah Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2010.”

MISI SEKOLAH

“Melahirkan Jati Diri Pelajar Yang Gemilang Dari Aspek Kurikulum, Kokurikulum Dan Sahsiah Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.”

MOTTO SEKOLAH

“Berusaha, Berilmu dan Berbakti.”



LAGU SEKOLAH

Berusaha, Berilmu, Berbakti,
Cogan Kata SK. Muhibbah,
Tingkatkan Usaha Setiap Masa,
Demi Masa Depan Yang Gemilang. Tekun Belajar Setiap Hari,
Berdisiplin Serta Bersopan,
Hormat Guru Dan Ibu Bapa,
Itulah Amalan Kita Semua. Berusaha, Berilmu, Berbakti. LENCANA SEKOLAH

Pengertian Lencana Sekolah

Warna Biru: Suasana yang ceria dan persefahaman guru, murid dan masyarakat setempat. Komputer : Kemajuan dan pemikiran yang pantas kreatif dan inovatif. Buku : Belajar sepanjang hayat. Topi dan Sijil: Kejayaan akan tercapai dengan usaha dan tawakkal kepadaTuhan. Wadah penyampaian maklumat dan perbincangan profesional antara guru-guru dan murid-murid SK Muhibbah.

TERIMA KASIH YAYASAN SABAH!Seramai 50 orang murid terpilih untuk menerima Skim Bantuan Khas (SBK) daripada pihak Yayasan...
19/11/2025

TERIMA KASIH YAYASAN SABAH!

Seramai 50 orang murid terpilih untuk menerima Skim Bantuan Khas (SBK) daripada pihak Yayasan Sabah.


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SK MUHIBBAH 2025ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN...
19/11/2025

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SK MUHIBBAH 2025

ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

TARIKH: 17 & 18 NOVEMBER 2025

☘️Tahniah kepada semua murid-murid yang menyertai semua pertandingan yang dianjur kan oleh guru-guru.

☘️Tahniah buat guru-guru yang terlibat menjayakan aktiviti Sambutan Hari Kanak-Kanak.

17/11/2025
16/11/2025

Selamat datang kepada guru baharu yang akan berkhidmat di SK Muhibbah Kudat Sesi November 2025 ini.

NAMA : SITI MARYAM BINTI ABDUL AZIZ
ASAL : SELANGOR
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
1. SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT
2. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI YARMOUK JORDAN.
3. PDPP IPG DARUL AMAN KEDAH

Terbang ke Jordan menuntut ilmu,
Pergi bersama sebuah harapan,
Disini tempat mencurah baktimu,
Menggalas harapan aspirasi pendidikan.

Bunga kembang mekar berseri,
Harumnya lembut sungguh menenangkan. Hadir mu cikgu kami hargai,
Moga cemerlang dalam tugasan.

Tahniah cikgu💐

Ikhlas daripada;
Warga SK Muhibbah

Majlis Penutupan Karnival Kurikulum dan Kokurikulum (KuriKo) 2025
18/10/2025

Majlis Penutupan Karnival Kurikulum dan Kokurikulum (KuriKo) 2025

KARNIVAL KURIKO : DAY 2Pertandingan menu kreatif (Bahan utama bunga telang)Pertandingan Roket AirMini FunFairSpelling Be...
18/10/2025

KARNIVAL KURIKO : DAY 2

Pertandingan menu kreatif (Bahan utama bunga telang)
Pertandingan Roket Air
Mini FunFair
Spelling Bee Tahap 1 dan 2

KARNIVAL KURIKO DAY 1 : 15 OKTOBER 2025SenamrobikMini FunFairSukaneka Tahap 1Mirror DanceAero DanceSepak ManggisBola sep...
18/10/2025

KARNIVAL KURIKO DAY 1 : 15 OKTOBER 2025
Senamrobik
Mini FunFair
Sukaneka Tahap 1
Mirror Dance
Aero Dance
Sepak Manggis
Bola sepak kain pelikat

GOTONG ROYONG MADANI SK MUHIBBAHTerima kasih atas penglibatan dan kerjasama dari semua guru, AKP, PIBG, pekerja kebersih...
29/08/2025

GOTONG ROYONG MADANI SK MUHIBBAH

Terima kasih atas penglibatan dan kerjasama dari semua guru, AKP, PIBG, pekerja kebersihan, pekerja keselamatan, murid dan komuniti yang terlibat. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang menyumbang makanan dan minuman, terima kasih. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Gotong royong bukan hanya tentang bekerja bersama, tapi juga menjaga silaturahim .

TERIMA KASIH sekali lagi atas semangat gotong royong yang ditunjukkan. Kebersamaan kita membuat pekerjaan menjadi lebih ringan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL HEMPP 2025 YANG DIRASMIKAN OLEH YANG BERUSAHA KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABA...
04/08/2025

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL HEMPP 2025 YANG DIRASMIKAN OLEH YANG BERUSAHA KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT TN. AG DARAMAT BIN AG MATTIASIN

ANJURAN
HEM
PENTADBIRAN
PIBG

HARI KETIGA KARNIVAL HEMPPMINI FUNFAIR SKMK
30/07/2025

HARI KETIGA KARNIVAL HEMPP
MINI FUNFAIR SKMK

HARI KETIGA KARNIVAL HEMPPPERTANDINGAN BOLA TAMPAR
30/07/2025

HARI KETIGA KARNIVAL HEMPP
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

HARI KEDUA KARNIVAL HEMPP SK MUHIBBAHPertandingan Master Chef Junior
29/07/2025

HARI KEDUA KARNIVAL HEMPP SK MUHIBBAH
Pertandingan Master Chef Junior

Address

Kudat
89050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Muhibbah, Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Muhibbah, Kudat:

Shortcuts

Share

Category