KAFA Daerah KUDAT

KAFA Daerah KUDAT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA Daerah KUDAT, Education Website, Kudat.
(1)

11/05/2026
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPKK 2025 DAN KHATAM AL-QURAN KAFA DAERAH KUDAT Tarikh: 9 Mei 2026 SabtuTempat: Dewan Perp...
09/05/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPKK 2025 DAN KHATAM AL-QURAN KAFA DAERAH KUDAT

Tarikh: 9 Mei 2026 Sabtu
Tempat: Dewan Perpusatakaan Daerah Kudat
Masa: 8 pagi - 10 pagi

Majlis ini telah dilaksanakan bagi memberi penghargaan kepada 20 orang murid KAFA Kudat yang mendapat markah cemerlang dalam UPKK 2025. Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi motivasi kepada murid KAFA untuk sentiasa ingin Khatam Al-Quran dengan 30 Juzuk, pada masa akan datang. Kehadiran murid-murid disamping ibubapa amat memberangsangkan. Manakala kerjasama guru-guru dalam penganjuran majlis ini juga adalah sangat baik. Syabas Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga objektif program dapat dicapai dengan baik.

KAFA Sabah

BENGKEL TAHSIN ALQURAN GURU DAN PENYELIA KAFA DAERAH KUDAT TAHUN 2026
23/04/2026

BENGKEL TAHSIN ALQURAN GURU DAN PENYELIA KAFA DAERAH KUDAT TAHUN 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN JASAMU DI KENANG KAFA DAERAH KUDATSuasana sambutan Majlis Hari Raya yang meriah ini telah ...
20/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN JASAMU DI KENANG KAFA DAERAH KUDAT

Suasana sambutan Majlis Hari Raya yang meriah ini telah dilaksanakan hasil kerjasama semua guru. Majlis ini juga dilaksanakan bagi meraikan Penyelia berpindah dan Guru KAFA yang telah bersara dan berpindah. Semoga perpindahan guru dan penyelia mempunyai hikmahNya dan selamat bertugas ditempat baru. Selain itu, semoga guru yang bersara juga diberikan kesihatan yang baik, diucapkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga diterima Allah SWT majlis dan usaha kita semua.

KAFA Sabah

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KAFA AL-ZUNNUR TAHUN 2026Sambutan Hari Raya telah diraikan dengan meriah. Kerjasama penganjura...
13/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KAFA AL-ZUNNUR TAHUN 2026

Sambutan Hari Raya telah diraikan dengan meriah. Kerjasama penganjuran antara ibubapa murid, guru-guru KAFA dan masyarakat kampung setempat menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar. Kehadiran Penyelia KAFA Kudat dan Ketua Kampung, Tuan Ismail bin Idris serta Pengerusi KAFA, Puan Wiwin Nuri Astutik telah menambahkan seri perjalanan majlis. Antara pengisian dalam majlis ini adalah persembahan lagu raya oleh murid KAFA dan pertandingan cipta Logo kreatif bertemakan Hari Raya.

Semoga objektif program dapat dicapai sebaiknya dan mendapat berkahNya. Tahniah atas penganjuran yang baik.πŸ‘πŸ˜Š

12/03/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG: GURU PROGRAM KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) NEGERI SABAH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Sabah. πŸŒ™πŸ“–

πŸ•Œ Maklumat Jawatan:
πŸ”Ή Jawatan: Guru KAFA (Kontrak Tidak Berskim)
πŸ”Ή Elaun: RM1,100.00 (36 jam sebulan)
πŸ”Ή Kekosongan: 121 (seluruh Sabah kecuali kawasan Dun Klias Beaufort)

πŸ“‹ Syarat Permohonan:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun
βœ… Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang berikut:
(i) lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu;
(ii) lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek berkaitan bidang Pengajian Islam; dan
(iii) lulus bagi mana-mana subjek dalam bidang Bahasa Arab atau setaraf dengannya

πŸ“ Hantar Borang Ke:
JAKIM Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P: Unit Pengurusan KAFA)

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2026

πŸ“² Muat turun borang permohonan melalui imbasan QR atau layari https://shorturl.at/P2KhF pada poster ini dan sertakan dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan.

πŸ’« Sertailah barisan pendidik KAFA yang berdedikasi dalam mendidik generasi celik Al-Quran dan berakhlak mulia!

PROGRAM IHYA' RAMADHAN: KHATAM QURAN DAN IFTAR JAMA'ISambutan telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua guru...
12/03/2026

PROGRAM IHYA' RAMADHAN: KHATAM QURAN DAN IFTAR JAMA'I

Sambutan telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua guru KAFA Kudat, terima kasih diucapkan. Program bertujuan mengeratkan hubungan kerja dan silaturrahim dalam KAFA. Pengisian program adalah tazkirah Ramadhan, khatam Quran, Iftar Jama'i dan solat maghrib berjemaah. Semoga ibadah dan amanah kerja kita semua diterima olehNya. πŸ™‚

KAFA Sabah

Assalamualaikum..Pendaftaran murid KAFA tahun 1-5 sesi 2024KAFA SK PEKAN KUDAT 2
09/01/2024

Assalamualaikum..

Pendaftaran murid KAFA tahun 1-5 sesi 2024
KAFA SK PEKAN KUDAT 2

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUDATAlhamdulillah KAFA Daerah KUDAT telah menyertai  perarakan dan Pertandinga...
04/11/2023

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUDAT

Alhamdulillah KAFA Daerah KUDAT telah menyertai perarakan dan Pertandingan sepanduk daerah kudat Anjuran JHEAINS Daerah Kudat.

TAHNIAH!!
Sepanduk Kategori Jabatan mendapat tempat ketiga.
Sepanduk kategori Sekolah rendah mendapat tempat kedua.

Semoga memberi semangat kepada semua warga KAFA daerah kudat khususnya guruΒ², muridΒ² dan Ibubapa untuk lebih menimarahkan MAJLIS seumpama ini.

Sekian, terima kasih.

Jasamu tetap dikenang.Terima kasih atas usaha dan kebajikan untuk guru2 KAFA Sabah .Semoga ustz Sentiasa sihat dan diper...
06/10/2023

Jasamu tetap dikenang.
Terima kasih atas usaha dan kebajikan untuk guru2 KAFA Sabah .
Semoga ustz Sentiasa sihat dan dipermudahkan di Tempat baru.
Amiiin

πŸŽ€ JASAMU DIKENANG πŸ’

Kepada Ustaz Saiful Mukharrom Bin Mohd Tahrir,

Tidak ada yang dapat dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang telah Ustaz kongsikan dalam memajukan Unit KAFA Sabah. Bagi kami, Ustaz telah menunjukkan kualiti kepimpinan dan menjadi mentor yang hebat. Kami berharap Ustaz diberkati dengan setiap kejayaan semasa Ustaz melangkah ke masa depan yang lebih gemilang.

Pada kesempatan ini, Unit KAFA Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya dan sentiasa berdoa agar Ustaz sukses di tempat baru.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Ingatan Tulus Ikhlas,
UNIT KAFA SABAH
06 Oktober 2023

Tahniah.....!!!
27/08/2023

Tahniah.....!!!

Address

Kudat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Daerah KUDAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share