SK PULO

SK PULO

Share

SEKOLAH KEBANGSAAN PULO,JALAN SEMARANG, PETRA JAYA, 93050 KUCHING.

Photos from SK PULO's post 28/05/2026

Menyantuni Gerak kerja Pengawal Keselamatan di Pondok Jaga SK Pulo.
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : Pembimbing
Aspek 1.3: PGB sebagai pendorong
Standard 2
Aspek 2.1.2 Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.
Aspek 2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara professional dan terancang.
Standard 3
Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid.
📌Perincian
Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin)
Masa: 05:05 ptg
Tempat: Pondok Guard
Penglibatan:
1) Hamsiah binti Yan (GB)
2) Suriani binti Abdul (PK HEM)
3) Pengawal Keselamatan
📌Objektif:
1. Menyantuni serta memberi sokongan moral kepada pengawal keselamatan dalam melaksanakan tugasan harian di sekolah.
2. Memastikan pengurusan keselamatan murid dan warga sekolah dilaksanakan secara sistematik, selamat dan berkesan khususnya pada cuti sekolah.
3. Mengukuhkan kerjasama serta komunikasi antara pihak pentadbir sekolah dan pengawal keselamatan demi kesejahteraan sekolah.
4. Memantau tahap kesiapsiagaan pengawal keselamatan dalam mengawal pergerakan keluar masuk kawasan sekolah.
📌Rumusan:
Taklimat dan pesanan tentang keselamatan sekolah kepada pengawal keselamatan di Pondok Guard SK Pulo telah berlangsung dengan lancar. Pihak pentadbir telah berkesempatan berkongsi pandangan, memberi motivasi serta meneliti gerak kerja pengawal keselamatan dalam memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik. Hubungan kerja berpasukan dan permuafakatan strategik turut diperkukuhkan melalui sesi interaksi yang profesional dan harmoni.
📌Impak:
1. Meningkatkan motivasi dan komitmen pengawal keselamatan dalam menjalankan tugas.
2. Memperkukuh pengurusan keselamatan murid dan warga sekolah secara lebih efisien.
3. Mewujudkan hubungan kerja yang positif antara pentadbir sekolah dan pengawal keselamatan.
4. Menambah baik tahap kesiapsiagaan serta kepekaan terhadap aspek keselamatan khususnya pada cuti sekolah.
Tindak susul:
📌Susul:
1. Mengadakan pemantauan berkala terhadap pengurusan keselamatan di pintu masuk sekolah.
2. Meneruskan sesi libat urus dan komunikasi bersama pengawal keselamatan dari semasa ke semasa.
3. Memastikan rekod keluar masuk pelawat dan pemantauan keselamatan sentiasa dikemas kini dengan teratur.
4. Memberi peringatan dan bimbingan berkaitan prosedur keselamatan sekolah bagi memastikan pematuhan yang konsisten.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 24/05/2026

Menyertai Program Sarawak Biodiversity Day 2026
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : Pembimbing
Aspek 1.3: PGB sebagai pendorong
Standard 2 ( 2.7 Permuafakatan Strategik)
Aspek 2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara professional dan terancang.
Standard 5
Aspek 5.2 Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum
Aspek 5.3 Kemenjadian Sahsiah Murid.
📌Perincian
Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 07:30 pagi - 4:00 ptg.
Tempat: Sarawak Biodiversity Centre
Penglibatan:
1) Hamizah binti Mohtar (Guru
Pengiring)
2) Noraini binti Ali (Guru Pengiring)
3) 6 orang murid Tahun 6
📌Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti serta sumber semula jadi.
2. Meningkatkan pengetahuan murid mengenai kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di Sarawak.
3. Memupuk sikap cintakan alam sekitar, bertanggungjawab dan menghargai khazanah biodiversiti negara.
4. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum yang berteraskan pendidikan alam sekitar.
5. Mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara sekolah dengan agensi luar dalam menyokong pembangunan holistik murid.
📌Rumusan:
Program Sarawak Biodiversity Day 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif guru pengiring dan murid Tahun 6. Murid memperoleh pengalaman pembelajaran secara langsung melalui pelbagai aktiviti berkaitan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian sumber semula jadi. Program ini selaras dengan usaha sekolah dalam melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
📌Impak:
1. Murid memperoleh pengetahuan baharu berkaitan biodiversiti dan kepentingannya kepada kehidupan manusia.
2. Murid menunjukkan peningkatan kesedaran serta sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.
3. Kemahiran komunikasi, kerjasama dan keyakinan diri murid dapat diperkukuhkan melalui penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan.
4. Murid dapat mengaplikasikan nilai murni seperti tanggungjawab, disiplin dan semangat kerja berpasukan.
5. Hubungan kerjasama antara sekolah dan agensi luar dapat diperkukuhkan bagi menyokong pembangunan sahsiah dan kokurikulum murid.
📌Tindak susul:
1. Murid berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi perkongsian semasa perhimpunan atau dalam kelas.
2. Melaksanakan program atau kempen kesedaran alam sekitar di peringkat sekolah seperti kitar semula dan gotong-royong.
3. Menggalakkan penyertaan murid dalam program, pertandingan dan aktiviti berkaitan alam sekitar pada masa akan datang.
4. Memperkukuhkan kerjasama dengan agensi luar bagi membuka lebih banyak peluang pembelajaran luar bilik darjah.
5. Membudayakan amalan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah secara berterusan.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 22/05/2026

Pre-Council Mingguan Barisan SLT
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
1.1.5 PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan pdpc secara profesional dn terancang.
Aspek 1.3: (PGB sebagai pendorong)
1.3.1 PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang.
Standard 3.1 (Pengurusan Kurikulum)
Aspek 3. 1 .1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Standard 3.2 (Pengurusan Ko Kurikulum
Aspek 3.2.4 Pengurusan sukan dan permainan
Standard 3.3 (Pengurusan HEM)
Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran murid.
📌Perincian
Tarikh: 22 Mei 2026
Masa: 07:30 pagi
Tempat: Bilik Guru Besar
Penglibatan:
Hamsiah binti Yan (Guru Besar)
Suriani binti Abdul (PK HEM)
Mohd Hanif bin Mustapa (PK KK)
Pn Hasfiyah ( SU Kurikulum)
📌Objektif:
1. Menyelaras pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan HEM.
2. Membincangkan status pencerapan PdPc serta isu semasa sekolah.
3. Memastikan tindakan dan perancangan sekolah dilaksanakan secara berkesan.
4. Memperkukuh kerjasama dalam kalangan barisan SLT.
📌Rumusan:
Mesyuarat Pre-Council Mingguan SLT telah berlangsung dengan lancar. Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan pencerapan PdPc, pengurusan kurikulum, kokurikulum, bantuan murid serta penyelarasan tindakan bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan teratur dan berkesan.
📌Impak:
1. Pengurusan sekolah lebih tersusun dan sistematik.
2. Pelaksanaan program sekolah dapat dipantau dengan lebih berkesan.
3. Kerjasama dan komunikasi dalam kalangan SLT semakin kukuh.
4. Isu berkaitan murid dan sekolah dapat ditangani dengan segera.
📌Tindak susul:
1. Melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui.
2. Memantau pelaksanaan pencerapan PdPc dan program sekolah.
3. Menyemak status bantuan murid dari semasa ke semasa.
4. Membentangkan perkembangan tindakan dalam mesyuarat berikutnya.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 22/05/2026

Amalan Bacaan Yassin Setiap pagi Jumaat dn penyampaian sijil penghargaan kpd guru2 yang terlibat dalam Kem Cemerlang Jawi 2026.
📌Intipati SK@S:
Standard 1 ( Kepimpinan)
Aspek 1.1 PGB sebagai Peneraju
1.2 PGB sebagai Pembimbing
1.3 PGB sebagai Pendorong
Standard 3 (Pengurusan Kurikulum)
Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran
Standard 5 (Kemenjadian Murid)
Aspek 5.3 Kemenjadian sahsiah murid
📌Perincian;
Tarikh: 22 Mei 2026
Masa: 6:40 pagi
Tempat: Dewan Umar Khayyam
📌 Penglibatan:
Semua murid dn guru muslim.
📌 Objektif:
1. Membudayakan amalan membaca Surah Yassin dalam kalangan murid dan guru sebagai pengisian kerohanian yang berterusan.
2. Memupuk sahsiah, disiplin dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi pembentukan insan seimbang.
3. Meningkatkan penghayatan terhadap amalan keagamaan serta memperkukuh hubungan warga sekolah melalui aktiviti kerohanian.
4. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru yang telah menunjukkan komitmen serta dedikasi dalam menjayakan Kem Cemerlang Jawi 2026.
5. Meningkatkan motivasi warga pendidik untuk terus melaksanakan program-program kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
📌 Rumusan:
Program Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat dan penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam Kem Cemerlang Jawi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Penglibatan aktif murid serta guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembudayaan amalan kerohanian dan penghargaan profesionalisme warga pendidik. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkukuh sahsiah murid serta menghargai sumbangan guru dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah.
📌 Impak:
1. Murid menunjukkan sikap yang lebih positif, berdisiplin dan berakhlak mulia melalui penglibatan dalam aktiviti kerohanian.
2. Amalan membaca Yassin secara konsisten dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian murid.
3. Hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan antara murid dan guru semakin erat.
4. Guru yang menerima penghargaan berasa lebih dihargai dan termotivasi untuk terus memberikan komitmen yang cemerlang dalam melaksanakan program sekolah.
5. Budaya penghargaan dan pengiktirafan dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga sekolah.
📌 Tindak susul:
1. Meneruskan amalan Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat sebagai program rutin sekolah.
2. Memantau tahap penglibatan dan penghayatan murid bagi memastikan objektif pembentukan sahsiah terus dicapai.
3. Mengadakan lebih banyak program kerohanian dan pembangunan sahsiah secara berkala.
4. Meneruskan budaya penghargaan kepada guru dan murid yang menunjukkan prestasi serta komitmen cemerlang.
5. Menggalakkan perkongsian amalan terbaik daripada guru-guru yang terlibat dalam Kem Cemerlang Jawi untuk memperkukuh pelaksanaan program pada masa hadapan.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 22/05/2026

Community Outreach Programme (COP) Bersama Penuntut Faculty Of Law Universiti Malaya.
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : Pembimbing
Aspek 1.3: PGB sebagai pendorong
Standard 2 ( 2.7 Permuafakatan Strategik)
Aspek 2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara professional dan terancang.
📌Perincian
Tarikh: 20 Mei 2026
Masa: 10:00 - 12:30
Tempat: Dewan Umar Khayyam
Penglibatan:
1) Prof. Madya Datin Sri Norbani (UM)
2) 16 org penuntut UM
3) Khairuni guru B&K
5) Guru Besar
6) 50 orang murid Tahap 2
📌Objektif:
1. Mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama strategik antara sekolah dengan institusi pengajian tinggi.
2. Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai pendidikan tinggi, khususnya bidang perundangan dan kerjaya profesional.
3. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan ilmu pengetahuan, sahsiah diri dan pematuhan kepada undang-undang.
4. Memupuk motivasi dan aspirasi murid untuk mencapai kecemerlangan akademik serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
5. Menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman antara penuntut universiti dengan warga sekolah.
📌Rumusan:
Program Community Outreach Programme (COP) anjuran Faculty of Law Universiti Malaya telah dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama strategik antara pihak sekolah dan universiti. Program ini memberi peluang kepada murid memperoleh pendedahan tentang dunia pendidikan tinggi, bidang perundangan serta nilai-nilai kepimpinan dan tanggungjawab sebagai warganegara. Sesi perkongsian yang interaktif berjaya menarik minat peserta dan memberi inspirasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
📌Impak:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang peluang pendidikan serta kerjaya pada masa hadapan.
2. Memupuk semangat belajar dan motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan akademik.
3. Mengukuhkan hubungan profesional dan permuafakatan strategik antara sekolah dengan Universiti Malaya.
4. Meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi murid melalui penglibatan dalam aktiviti program.
5. Menyokong usaha sekolah dalam melahirkan murid yang berpengetahuan, berwawasan dan berdaya saing.
📌Tindak susul:
1. Meneruskan jalinan kerjasama dengan Universiti Malaya dan institusi pengajian tinggi lain melalui program pendidikan dan khidmat masyarakat.
2. Mengadakan program susulan berbentuk motivasi, bimbingan kerjaya dan pendedahan pendidikan tinggi kepada murid.
3. Menggalakkan murid menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan kepimpinan.
4. Mendokumentasikan hasil program sebagai evidens pelaksanaan permuafakatan strategik sekolah.
5. Menilai keberkesanan program melalui maklum balas peserta bagi penambahbaikan program akan datang.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 22/05/2026

Pemantauan Talian İnternet dan Aset (ICT) di SK Pulo
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : Pembimbing
Aspek 1.3: PGB sebagai pendorong
Standard 2 ( 2.2 Pengurusan Aset)
Aspek 2.2.1 Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.
📌Perincian
Tarikh: 20 Mei 2026
Masa: 10:00 pagi
Tempat: SK Pulo
Penglibatan:
1) Ahmad Nor Khushairy bin Sehat( PPTM)
2) Azam Baiduri bin Busman (PPTM)
3) Mohd Firrwan bin Maseri (PPTM)
4) Penyelaras Aset SKP
5) Guru Besar
6) Semua penolong kanan
Objektif:
1. Memastikan talian internet sekolah berfungsi dengan baik dan menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta PdP.
2. Menilai status, keadaan dan penggunaan aset ICT sekolah secara sistematik dan terancang.
3. Mengenal pasti keperluan penyelenggaraan, pembaikan atau penggantian aset ICT yang rosak atau usang.
4. Memastikan pengurusan aset ICT mematuhi prosedur serta rekod inventori yang ditetapkan.
5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan penggunaan kemudahan ICT dalam kalangan warga sekolah.
Rumusan:
Pemantauan talian internet dan aset ICT telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak teknikal, penyelaras aset dan pentadbir sekolah. Semakan mendapati kemudahan internet dan aset ICT berada dalam keadaan yang memuaskan serta dapat menyokong keperluan pengurusan dan pengajaran. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan kemudahan ICT sentiasa berada pada tahap optimum.
Impak:
1. Pengurusan aset ICT sekolah menjadi lebih sistematik, teratur dan berkesan.
2. Sebarang isu berkaitan talian internet dan peralatan ICT dapat dikenal pasti serta ditangani dengan lebih awal.
3. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP dan urusan pentadbiran yang memerlukan capaian internet.
4. Membantu pihak sekolah merancang keperluan penyelenggaraan dan perolehan aset ICT secara lebih terancang.
5. Memastikan kemudahan ICT sentiasa dalam keadaan baik untuk kegunaan warga sekolah.
Tindak susul:
1. Melaksanakan tindakan pembaikan terhadap aset ICT yang dikenal pasti mengalami kerosakan atau kelemahan.
2. Mengemaskini rekod inventori dan status aset ICT dari semasa ke semasa.
3. Membuat pemantauan berkala terhadap kestabilan talian internet sekolah.
4. Mengemukakan permohonan penyelenggaraan atau penggantian aset yang telah usang mengikut keperluan.
5. Memastikan semua warga sekolah menggunakan kemudahan ICT secara berhemah dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 21/05/2026

Kem Cemerlang Jawi 2026
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : Pembimbing
Aspek 1.3: PGB sebagai pendorong
Standard 3.1 (Pengurusan Kurikulum)
Aspek 3. 1 .1 Ketetapan Pelaksanaan kurikulum
Standard 5
Aspek 5.1
Kemenjadian murid dalam akademik.
📌Perincian
Tarikh: 20 Mei 2026
Masa: 01:30 - 04:00 ptg.
Tempat: Surau SK Pulo.
Penglibatan:
1) Murid Tahap 2 yang dipilih
2) Semua guru pendidikan Islam
Objektif:
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan murid Tahap 2.
2. Membimbing murid mengenal, mengeja dan menulis perkataan Jawi dengan lebih tepat dan sistematik.
3. Memupuk minat serta keyakinan murid terhadap pembelajaran Jawi melalui aktiviti yang interaktif dan berfokus.
4. Memperkasa peranan guru Pendidikan Islam dalam membimbing murid ke arah kecemerlangan akademik khususnya dalam bidang Jawi.
5. Melahirkan murid yang mampu menguasai asas Jawi sebagai sokongan kepada pembelajaran Pendidikan Islam.
Rumusan:
Kem Cemerlang Jawi 2026 telah dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua guru Pendidikan Islam dan penglibatan aktif murid Tahap 2 yang terpilih. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan kemahiran membaca dan menulis Jawi melalui aktiviti bimbingan, latih tubi dan pembelajaran secara berkumpulan. Murid menunjukkan komitmen dan minat yang baik sepanjang program dijalankan
Impak:
1. Murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan asas bacaan dan penulisan Jawi.
2. Murid lebih yakin untuk membaca dan menulis perkataan Jawi semasa aktiviti PdP.
3. Guru dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid dan memberikan intervensi yang lebih berfokus.
4. Wujud suasana pembelajaran yang lebih aktif, menyeronokkan dan berkesan dalam kalangan murid.
5. Program membantu meningkatkan motivasi murid untuk terus menguasai kemahiran Jawi.
Tindak susul:
1. Mengadakan kelas bimbingan dan intervensi Jawi secara berkala kepada murid yang masih lemah.
2. Melaksanakan aktiviti pengukuhan Jawi semasa PdP Pendidikan Islam.
3. Menyediakan modul dan latihan berfokus mengikut tahap penguasaan murid.
4. Mengadakan pemantauan berterusan terhadap pencapaian murid dalam kemahiran Jawi.
5. Merancang program susulan seperti pertandingan atau klinik Jawi bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

15/05/2026

Guru Bitara Nadi Negara❤️

Photos from SK PULO's post 15/05/2026

Pre-Council Mingguan Barisan SLT
📌Intipati SK@:
Aspek 1.1 : PGB sebagai Peneraju
1.1.5 PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan pdpc secara profesional dn terancang.
Aspek 1.3: (PGB sebagai pendorong)
1.3.1 PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang.
Standard 3.1 (Pengurusan Kurikulum)
Aspek 3. 1 .1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Standard 3.2 (Pengurusan Ko Kurikulum
Aspek 3.2.4 Pengurusan sukan dan permainan
Standard 3.3 (Pengurusan HEM)
Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran murid.
📌Perincian
Tarikh: 15 Mei 2026
Masa: 09:00 pagi
Tempat: Bilik Guru Besar
📌Penglibatan:
Hamsiah binti Yan (Guru Besar)
Jaya bin Leng (PK Pentadbiran)
Suriani binti Abdul (PK HEM)
Mohd Hanif bin Mustapa (PK KK)
📌Objektif:
1. Menyelaras perancangan dan pelaksanaan pengurusan sekolah melibatkan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid secara sistematik.
2. Membincangkan status pelaksanaan pencerapan PdPc serta memastikan tindakan susulan dilaksanakan secara profesional dan terancang.
3. Menyemak ketetapan pelaksanaan kurikulum, aktiviti sukan dan kebajikan murid bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah.
4. Mengukuhkan kerjasama dan kepimpinan barisan SLT dalam membuat keputusan strategik sekolah.
📌Rumusan:
Mesyuarat Pre-Council Mingguan Barisan SLT telah berlangsung dengan lancar dan memberi ruang kepada pentadbir membincangkan isu semasa berkaitan kurikulum, kokurikulum dan HEM. Perbincangan yang berfokus membantu menyelaras tindakan serta memastikan setiap program dan perancangan sekolah dilaksanakan secara terancang.
📌Impak:
1. Penyelarasan maklumat dan tindakan antara barisan SLT menjadi lebih jelas dan berfokus.
2. Pelaksanaan program sekolah dapat dipantau dengan lebih sistematik dan berkesan.
3. Keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat bagi menangani isu semasa sekolah.
4. Mengukuhkan budaya kerja berpasukan dan kepimpinan instruksional dalam kalangan pentadbir.
📌Tindak susul:
1. Memastikan setiap keputusan mesyuarat direkod dan dimaklumkan kepada guru serta pihak berkaitan.
2. Melaksanakan pemantauan berkala terhadap tindakan yang telah dipersetujui.
3. Menetapkan agenda mingguan yang lebih berfokus berdasarkan keperluan semasa sekolah.
4. Mengadakan sesi susulan bagi menilai keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Photos from SK PULO's post 15/05/2026

Amalan Bacaan Yassin Setiap pagi Jumaat.
📌Intipati SK@S:
Standard 1 ( Kepimpinan)
Aspek 1.1 PGB sebagai Peneraju
1.2 PGB sebagai Pembimbing
1.3 PGB sebagai Pendorong
Standard 3 (Pengurusan Kurikulum)
Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran
Standard 5 (Kemenjadian Murid)
Aspek 5.3 Kemenjadian sahsiah murid
📌Perincian;
Tarikh: 15 Mei 2026
Masa: 6:40 pagi
Tempat: Dewan Umar Khayyam
📌 Penglibatan:
Semua murid dn guru muslim.
📌 Objektif:
1. Membudayakan amalan kerohanian dan penghayatan nilai Islam dalam kalangan murid dan guru.
2. Membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia, berdisiplin dan beradab melalui amalan bacaan Yassin secara konsisten.
3. Memupuk semangat kebersamaan dan ukhwah antara warga sekolah melalui aktiviti kerohanian mingguan.
4. Menyokong kesejahteraan emosi dan spiritual warga sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang harmoni.
📌 Rumusan:
Program Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua murid dan guru Muslim. Penglibatan yang konsisten menunjukkan komitmen warga sekolah dalam membudayakan amalan kerohanian sebagai rutin mingguan sekolah.
📌 Impak:
1. Murid menunjukkan peningkatan disiplin, adab dan sikap hormat dalam kehidupan seharian di sekolah.
2. Wujud suasana sekolah yang lebih tenang, harmoni dan positif sebelum sesi pembelajaran bermula.
3. Hubungan silaturahim antara murid dan guru semakin erat melalui aktiviti keagamaan bersama.
4. Membantu membina keseimbangan emosi dan spiritual murid selaras dengan kemenjadian sahsiah murid.
📌 Tindak susul:
1. Meneruskan pelaksanaan bacaan Yassin secara konsisten setiap pagi Jumaat sebagai program rutin sekolah.
2. Melibatkan murid secara bergilir sebagai pengacara majlis, pembaca doa dan pemimpin bacaan bagi meningkatkan keyakinan diri.
3. Memperluas aktiviti kerohanian seperti tazkirah ringkas atau perkongsian nilai murni selepas bacaan Yassin.
4. Memantau kehadiran dan penglibatan murid bagi memastikan penyertaan berterusan dan menyeluruh.

"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan SEMARANG, PETRA JAYA
Kuching
93050