Program Senibina. Kampus Samarahan

Program Senibina. Kampus Samarahan Program Seni Bina. Est 2014
UiTM Sarawak Kampus Samarahan
ماسوقله انتوق بلاجر

Setiap insan bernilai. Setiap cerita masih ada harapan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan bantuan, ja...
10/09/2026

Setiap insan bernilai. Setiap cerita masih ada harapan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan bantuan, jangan hadapi seorang diri. Dapatkan sokongan daripada individu yang dipercayai atau hubungi Talian HEAL 15555.



ما سوقله انتوق بلاجر

09/09/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dengan hati yang amat berat, saya menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan waris mangsa tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Sebagai seorang anak Sarawak dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak, saya melihat pengorbanan ini sebagai satu bentuk khidmat bakti yang amat besar nilainya.

Mereka bukan sekadar menjalankan tugas, mereka terbang merentasi segenap jarak demi memastikan rakyat di pedalaman tidak dilupakan dan tetap mendapat hak mereka kepada perkhidmatan kesihatan.

Perginya mereka ketika sedang berbakti kepada masyarakat adalah satu kehilangan yang amat dirasai.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan Allahyarhamah, mengampuni segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga dan waris yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Khidmat kalian kepada rakyat Sarawak akan terus dikenang.

Al-Fatihah. 🤲🏼






إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa tragedi nahas helikopter terhem...
09/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa tragedi nahas helikopter terhempas di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Semoga roh para mangsa dibawah rahmat Allah, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Ikhlas daripada Program Senibina UiTM Kota Samarahan

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

07/09/2026

🌟 Sekalung Penghargaan & Selamat Maju Jaya 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TS. Lukmanulhakim bin Adhar, Jurutera Kanan, Bahagian Pengurusan Fasiliti, atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di UiTM Cawangan Sarawak.

Sesungguhnya, dedikasi dan kepakaran yang diberikan telah banyak membantu dalam memastikan kelancaran pengurusan serta pembangunan infrastruktur kampus.

Seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan mendoakan agar TS. Lukmanulhakim terus melakar kejayaan serta memberikan khidmat terbaik di UiTM Cawangan Perak.

Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu!
Semoga terus sukses dalam setiap langkah dan amanah yang dipikul.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Kenangan bersama akan sentiasa dihargai.

Now it's official for 𝐀𝐒𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐈𝐎 farewell. All the best for your future.    ما سوقله انتوق بلاجر
04/09/2026

Now it's official for 𝐀𝐒𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐈𝐎 farewell. All the best for your future.



ما سوقله انتوق بلاجر

Usaha Tak Pernah Sia-siaKini tiba masa untuk menunggu dengan hati yang tenang. Jangan biarkan kebimbangan hari ini meram...
01/09/2026

Usaha Tak Pernah Sia-sia

Kini tiba masa untuk menunggu dengan hati yang tenang. Jangan biarkan kebimbangan hari ini merampas kegembiraan selepas perjuangan yang panjang.

Keputusan penting, tetapi keberanian untuk terus belajar dan memperbaiki diri jauh lebih berharga.



ما سوقله انتوق بلاجر

DeCoW: Bengkel Koordinasi: Rekabentuk dan Soalan Peperiksaan yang berlangsung pada 26 & 27 Ogos 2026 yang diadakan secar...
31/08/2026

DeCoW: Bengkel Koordinasi: Rekabentuk dan Soalan Peperiksaan yang berlangsung pada 26 & 27 Ogos 2026 yang diadakan secara maya. Sesi kali ini dihoskan oleh Kampus Samarahan.

Tujuan utama bengkel adalah bagi memastikan penyediaan brif rekabentuk yang mengikut standard parameter yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kampus Centre of Studies for Architecture UiTM Program Senibina. UiTM Sarawak Senibina UiTMSI (PaKsSi) dan mengemaskini parameter berdasarkan maklumbalas dari panel luar.

Selain itu, ia adalah untuk memperkasakan penyediaan soalan peperiksaan serta kerja kursus agar mengikut standard piawaian universiti.

Terima kasih 𝖆𝖐𝖆𝖗 𝖚𝖆𝖗𝖆 atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan sempena 37th Architectural Students Workshop anjuran UiT...
31/08/2026

Terima kasih 𝖆𝖐𝖆𝖗 𝖚𝖆𝖗𝖆 atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan sempena 37th Architectural Students Workshop anjuran UiTM Puncak Alam yang disertai sebanyak 20 institusi pengajian senibina.

Terima kasih kepada rektor.uitmcs dan UiTM Cawangan Sarawak-Media Rasmi atas segala sokongan yang diberikan.

Tidak lupa buat warga Program Senibina. UiTM Sarawak atas sokongan dalam usaha membawa delegasi untuk penyertaan. Terima kasih juga kepada Centre of Studies for Architecture UiTM atas kemudahan & hospitaliti sepanjang berada di Kampus Puncak Alam.

Tahniah buat .Mulasemula atas perlaksanaan program dengan jayanya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiIkhlas daripada Program Senibina UiTM Kot...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada Program Senibina UiTM Kota Samarahan



ما سوقله انتوق بلاجر

24/08/2026

Address

Jalan Meranek
Kuching
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Senibina. Kampus Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category