19/09/2026
🌷 UCAPAN PENGHARGAAN 🌷
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan Kelas Online KAFA SK GITA sepanjang minggu ini. 🤍
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru KAFA atas komitmen, kesabaran dan usaha dalam memastikan pembelajaran tetap berjalan walaupun dari jarak jauh.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan, kerjasama dan kesudian membantu anak-anak mengikuti kelas.
Buat semua murid KAFA SK GITA, tahniah kerana terus hadir, belajar, memberi kerjasama dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti. 🥰📚
Jarak bukan penghalang untuk menuntut ilmu.
Teruskan belajar, teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti memperbaiki diri.
🌸 Adab Dulu, Baru Ilmu 🌸
Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dan keberkatan dalam kehidupan.
Terima kasih semua. Jumpa lagi di kelas seterusnya! 🤍