SJKC Sungai Apong 新渔村政府华文小学

SJKC Sungai Apong 新渔村政府华文小学 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SJKC Sungai Apong 新渔村政府华文小学, Elementary School, Jalan Sungai Apong, Sungai Apong, Kuching.

28/09/2026
🤖 Bukan Sekadar Hobi, Tapi Ruang Asah Potensi! 🤖✨Siapa kata pasang model kit cuma permainan biasa? Program "FUN TO BUILD...
28/09/2026

🤖 Bukan Sekadar Hobi, Tapi Ruang Asah Potensi! 🤖✨
Siapa kata pasang model kit cuma permainan biasa? Program "FUN TO BUILD GUNPLA" terbukti membawa banyak manfaat luar biasa buat pembangunan minda dan kemahiran para pelajar! 🚀
Berikut 4 impak utama program ini:
🎯 Pembangunan Kemahiran Motor Halus & Koordinasi: Memasang kepingan Gunpla yang kecil melatih kawalan jari serta ketelitian koordinasi mata dan tangan secara optimum.
📐 Pengukuhan Kemahiran STEM / TVET: Membaca manual dan mengikut urutan pemasangan berstruktur mendedahkan pelajar kepada pemahaman lukisan teknikal serta pemikiran berasaskan kejuruteraan.
⏳ Latihan Kesabaran & Fokus: Proses menyiapkan sesuatu model secara berperingkat memupuk tumpuan berterusan dan disiplin diri tanpa bersikap terburu-buru.
🎨 Kreativiti & Ekspresi Diri: Pendedahan kepada teknik panel lining, mewarna, dan pembinaan diorama membolehkan peserta mencetuskan idea seni serta mengolah reka bentuk mengikut imaginasi sendiri.
Syabas buat semua peserta yang terlibat! Teruskan berkarya dan mengasah bakat. 🛠️🔥
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 [𝟐.𝟓.𝟏]𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎...
25/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 [𝟐.𝟓.𝟏]
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏.
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟑: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟒 [𝟑.𝟑.𝟒.𝟏]
𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡.
𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

🔍𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟑𝟔𝟎º – 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 🦟
📅Tarikh : 24 September 2026 (Khamis)
⏰Masa : 9:55 pagi – 10:30 pagi
📍Lokasi : Persekitaran Sekolah
👥Penglibatan : Penolong Kanan Kokurikulum (PK KK), Setiausaha Hal Ehwal Murid (SU HEM) dan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
🎯Memeriksa kawasan sekolah bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes serta mengesan kehadiran jentik-jentik.
🎯Menilai pematuhan terhadap langkah pencegahan pembiakan Aedes dan kawalan vektor penyakit.
🎯Mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai kesihatan bagi memperkukuh langkah pencegahan dan kawalan Aedes.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈
🔶Pemeriksaan Pembiakan Aedes: Pegawai kesihatan telah menjalankan pemeriksaan di kawasan sekolah bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes serta mengesan kehadiran jentik-jentik.
🔶Pematuhan dan Pencegahan: Pegawai kesihatan telah menilai amalan pencegahan pembiakan Aedes serta memberikan khidmat nasihat berkaitan tindakan kawalan yang sesuai.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🌟Mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes serta mengesan kehadiran jentik-jentik.
🌟Meningkatkan pematuhan terhadap langkah pencegahan pembiakan Aedes dan kawalan vektor penyakit.
🌟Memperkukuh pengetahuan dan amalan pihak sekolah melalui khidmat nasihat pegawai kesihatan berkaitan pencegahan dan kawalan Aedes.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
📌PK KK telah mengemukakan laporan hasil pemantauan kepada pihak pentadbir serta memaklumkan perkara yang berkaitan kepada semua guru dan pekerja kebersihan sekolah.
📌Pihak pentadbir bersama-sama pekerja kebersihan sekolah telah mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh pegawai kesihatan.
📌Pekerja kebersihan sekolah dengan pemantauan Task Force HEM bertanggungjawab membersihkan dan memantau tempat takungan air serta kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes secara berkala.
📌Task Force HEM bertanggungjawab merekod dan menilai tindakan susulan bagi memastikan langkah pencegahan Aedes dilaksanakan secara berkesan.

“𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗶𝘁𝗮, 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗞𝗶𝘁𝗮”





Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓: 𝐈𝐊𝐋𝐈𝐌 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛...
25/09/2026

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓: 𝐈𝐊𝐋𝐈𝐌
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏.
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 (𝟐.𝟓.𝟏)
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 (𝟐.𝟓.𝟐)
𝑆𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑚𝑜𝑛𝑖 𝑑𝑖𝑤𝑢𝑗𝑢𝑑 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑘𝑒𝑘𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.
📢 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟑𝟔𝟎° 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊-𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐇𝐀𝐒📢
🗓️ Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7:30 pagi – 10:30 pagi
📍 Lokasi: Bilik Guru & Bilik Pemulihan Khas, SJK (C) Sungai Apong
👥 Penglibatan: Penolong Kanan Pentadbiran, Setiausaha Kurikulum dan Penyelaras Bilik- bilik Khas.

🎯 𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅:
1. Memastikan bilik-bilik khas (Bilik Guru & Bilik Pemulihan Khas) sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih, kemas dan kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta pengurusan kerja harian.
2. Mengenal pasti potensi risiko keselamatan, kerosakan atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan KPM agar tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera.
3. Memastikan semua peralatan, perabot, fasiliti elektrik serta laluan kecemasan disusun dan diselenggara secara sistematik.

📝 𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍:
Audit Persekitaran 360° Keselamatan telah dilaksanakan dengan lancar. Hasil audit mendapati:
• Bilik Pemulihan Khas: Berada dalam keadaan sangat baik, bersih, teratur dan sangat kondusif untuk aktiviti PdP murid.
• Bilik Guru: Susun atur meja baharu lebih kemas dan selesa bagi memudahkan pergerakan. Kerusi guru juga telah dinaik taraf kepada kerusi ergonomik. Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati terdapat 1 soket elektrik dan 1 kipas dinding mengalami kerosakan dan memerlukan tindakan penyelenggaraan segera.

💡 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊:
• Peningkatan Keselamatan: Pengesanan awal kerosakan elektrik dapat mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya kebakaran.
• Keselesaan & Produktiviti: Suasana bilik khas yang bersih, teratur serta penaiktarafan kerusi ergonomik membantu meningkatkan keselesaan dan produktiviti guru.

🛠️ 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
• Tindakan penyelenggaraan dan pembaikan segera akan dilaksanakan ke atas soket elektrik dan kipas dinding yang rosak.
• Memastikan susun atur perabot dan peralatan kekal teratur serta tidak menghalang laluan keluar/kecemasan.

✨ " 𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝑲𝒊𝒕𝒂, 𝑻𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈𝒋𝒂𝒘𝒂𝒃 𝑲𝒊𝒕𝒂" ✨





Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐀𝟓: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌𝑃𝑟𝑎𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑘𝑢𝑟𝑖𝑘𝑢𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑢𝑘𝑢𝑝𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑓𝑢𝑛𝑔𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑢ℎ...
24/09/2026

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐀𝟓: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌
𝑃𝑟𝑎𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑘𝑢𝑟𝑖𝑘𝑢𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑢𝑘𝑢𝑝𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑓𝑢𝑛𝑔𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑢ℎ𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑘𝑢𝑟𝑖𝑘𝑢𝑙𝑢𝑚 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒 𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑘𝑢𝑟𝑖𝑘𝑢𝑙𝑢𝑚.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟐 (𝟐.𝟐.𝟏)
𝐴𝑠𝑒𝑡 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑗𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ𝑎𝑛, 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ.
𝐴𝑠𝑒𝑡 𝑎𝑙𝑖ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑠𝑒𝑡 𝑡𝑎𝑘 𝑎𝑙𝑖ℎ 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟒 (𝟐.𝟒.𝟏)
𝑆𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑜𝑘𝑜𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛.
𝑆𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 (𝟐.𝟓.𝟏)
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏.
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟑𝟔𝟎º – 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌
📅 Tarikh: 24 September 2026 (Khamis) 🗓️
⏰ Masa: 09:00 pagi - 10:00 pagi ⏳
📍 Lokasi: Kawasan Prasarana Kokurikulum- Stor Sukan, Alatan Sukan 🏫🚪
👥 Penglibatan: Cikgu Tiong Yea Ching 👩‍🏫

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
⚠️ Mengenal pasti tahap kecukupan, kefungsian dan keselamatan peralatan serta prasarana sukan dan kokurikulum yang terdapat di sekolah.
⚠️ Memastikan aset alih, aset tak alih dan sumber pendidikan berkaitan kokurikulum diurus secara sistematik, terancang dan selamat.
⚠️ Memastikan Stor Sukan dan ruang penyimpanan alatan berada dalam keadaan kemas, bersih, teratur dan kondusif untuk kegunaan guru serta murid.
⚠️ Mengenal pasti peralatan yang rosak, tidak berfungsi atau tidak selamat untuk tindakan penyelenggaraan, pembaikan, penggantian atau pelupusan.
⚠️ Memastikan prasarana dan peralatan kokurikulum dapat menyokong pelaksanaan aktiviti sukan, 1 Murid 1 Sukan (1M1S), kelab, persatuan dan unit beruniform dengan lancar.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈
💡Pemeriksaan fizikal secara menyeluruh telah dijalankan terhadap Stor Sukan dan alatan sukan bagi mengenal pasti keadaan, kuantiti, kefungsian dan tahap keselamatan peralatan.
💡Keadaan rak penyimpanan, ruang laluan, pencahayaan, kebersihan dan susunan peralatan telah diperiksa bagi memastikan persekitaran stor berada dalam keadaan kemas, teratur dan kondusif.
💡Peralatan sukan telah diperiksa untuk mengenal pasti peralatan yang masih berfungsi dengan baik serta peralatan yang memerlukan penyelenggaraan, pembaikan atau penggantian.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🗂️Pengurusan Aset yang Sistematik
Pengurusan dan penyimpanan aset serta peralatan sukan menjadi lebih teratur, sistematik dan mudah dipantau.
🗂️ Peningkatan Keselamatan Warga Sekolah
Pemeriksaan berkala membantu mengenal pasti peralatan dan keadaan prasarana yang berpotensi menimbulkan risiko keselamatan serta membolehkan tindakan penambahbaikan diambil.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
🔧 Mengasingkan peralatan yang rosak atau tidak selamat untuk digunakan serta mengambil tindakan penyelenggaraan, pembaikan, penggantian atau pelupusan mengikut keperluan.
🔧 Mengemukakan cadangan pembelian peralatan sukan dan kokurikulum baharu bagi menggantikan peralatan yang telah rosak, tidak mencukupi atau dilupuskan.
🔧 Memastikan Stor Sukan sentiasa bersih, kemas, tersusun dan mempunyai ruang laluan yang selamat.
🔧 Meneruskan pelaksanaan Audit Persekitaran 360º secara berkala untuk memastikan prasarana sukan dan kokurikulum sentiasa mencukupi, berfungsi, selamat dan kondusif.

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐊𝐢𝐭𝐚






Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 : 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟑 [𝟑.𝟑.𝟑.𝟏]𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙...
24/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 : 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟑 [𝟑.𝟑.𝟑.𝟏]
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑.
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟓 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
Tarikh: 23.09.2026 📅
Masa: 1:35 – 1:40 petang ⏰
Lokasi: Bilik Kelas 1Q, 1K 4S, 6K dan Perpustakaan Sekolah 🏫
Kehadiran:
Murid-murid Tahap 2 👥, Cikgu Diana Lenggok Anak Thomas Sudin 👩‍🏫, Cikgu Lee Hung Ing 👩‍🏫, Cikgu Tiong Siew Ing 👩‍🏫, Cikgu Teo Ang Na 👩‍🏫, Cikgu Evon Chai Ee Weng 👩‍🏫, Cikgu Annie Wong Mee Mee 👩‍🏫, Cikgu Lee Hui Ling 👩‍🏫, Cikgu Christine Jong P*k Lang 👩‍🏫, Cikgu Lee Chiaw Wei 👨‍🏫, Cikgu Kung Siew Kwong 👨‍🏫, Cikgu Chai Min Choo 👩‍🏫, Cikgu Tay Mui Yang 👩‍🏫, Cikgu Sia Siew Ping 👩‍🏫, Cikgu Lee Siok Pin 👩‍🏫, Cikgu B**g Nyuk Ngo 👩‍🏫, Cikgu Siti Nooradila Binti Azman 👩‍🏫.

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
🚨Memberi pendedahan kepada murid tentang punca dan tanda-tanda keracunan makanan.
🚨Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan makanan.
🚨Membimbing murid mengetahui tindakan yang betul apabila mengalami gejala keracunan makanan.
🚨Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta rakan-rakan.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈
Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah ⏱️ telah berjaya dilaksanakan kepada murid-murid Tahap 2 dan meningkatkan kefahaman antara murid dengan penerangan ringkas oleh guru mengenai tentang maksud keracunan makanan dan punca berlakunya keracunan makanan 🗣️💡. Murid didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila mengalami gejala keracunan makanan 🛑. . Murid juga diberikan penerangan tentang kepentingan mencuci tangan dan memastikan makanan bersih sebelum dimakan 🧼🍔. Sesi turut disertakan dengan soal jawab dan perbincangan situasi bagi meningkatkan kefahaman murid ❓💬.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🛡️Murid dapat memahami punca dan tanda-tanda keracunan makanan dengan lebih jelas.
🛡️Murid lebih peka terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian.
🛡️Murid mengetahui tindakan yang sesuai apabila mengalami gejala keracunan makanan.
🛡️Murid dapat meningkatkan kesedaran untuk menjaga kesihatan diri dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak selamat.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
📢 Guru akan mengingatkan murid secara berkala tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan makanan.
📢 Guru akan membimbing murid mengamalkan amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
📢 Murid digalakkan melaporkan segera kepada guru sekiranya mengalami gejala keracunan makanan di sekolah.
📢 Guru akan membuat pemantauan terhadap amalan kebersihan murid semasa waktu rehat dan makan.
📢 Pihak sekolah akan meneruskan kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan dan kesihatan murid.
📢 Kerjasama dengan ibu bapa akan digalakkan bagi memastikan murid mengamalkan keselamatan makanan di rumah dan di sekolah.

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐊𝐢𝐭𝐚




Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 : 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟑 [𝟑.𝟑.𝟑.𝟏]𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙...
21/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 : 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟑 [𝟑.𝟑.𝟑.𝟏]
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑.
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟓 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
Tarikh 📅 21 September 2026
Masa ⏰ 1:30 – 1:35 petang
Tempat📍Bilik Aktiviti

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 👥
• Murid Tahap 2 👦👧
• Cikgu Ng Kee Han 👨‍🏫
• Cikgu Emmee Kuek Kim 👩‍🏫

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
🎯Meningkatkan kesedaran murid tentang langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit di sekolah.
🎯Memupuk amalan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin serta tidak berkongsi barangan peribadi.
🎯Mendidik murid supaya mengambil tindakan yang betul apabila bergejala dengan memaklumkan kepada guru dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan penyakit.
🎯Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan kondusif melalui kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍
Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah telah berjaya dilaksanakan kepada murid Tahap 2 dengan memberi penerangan ringkas berkaitan panduan keselamatan menghadapi penyakit berjangkit. 💡 Murid didedahkan tentang kepentingan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mencuci tangan, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, tidak berkongsi barangan peribadi, memaklumkan kepada guru sekiranya tidak sihat serta memakai pelitup muka apabila bergejala. 🧼😷 Diharapkan amalan ini dapat dibudayakan oleh semua murid bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat serta mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit. 🌿🌱

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🌟Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga keselamatan, kebersihan dan kesihatan diri bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di sekolah.
🌟Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit seperti mencuci tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin serta tidak berkongsi barangan peribadi.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
🔄Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah dilaksanakan secara berkala semasa perjumpaan mingguan kokurikulum.
🔄Peringatan dan pengukuhan secara berterusan diberikan oleh guru bagi memastikan amalan mencuci tangan, etika batuk dan bersin serta penjagaan kebersihan diri menjadi budaya dalam kalangan murid.
🔄Guru memantau amalan kebersihan dan keselamatan murid serta memberikan teguran, bimbingan dan pengukuhan positif apabila perlu.

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐊𝐢𝐭𝐚



Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 [ 𝟐.𝟓.𝟏]𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎...
20/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 [ 𝟐.𝟓.𝟏]
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏.
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

📚𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝟑𝟔𝟎° - 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥 & 𝐂𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐏𝐒𝐒) 📚
Tarikh: 17 September 2026 (Khamis)
Masa: 11:10 - 11:30 Pagi
Lokasi: Pusat Sumber SJK (C) Sungai Apong
Kehadiran: Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), SU Kurikulum, Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
📍Mewujudkan Ciri Keselamatan & Mesra Murid (User-Friendly): Menggunakan rak buku berparas rendah yang stabil bagi memastikan capaian buku oleh murid sekolah rendah adalah selamat dan mesra pengguna.
📍Memulihkan & Optimasikan Ruang Fizikal: Memantapkan susun atur meja kecil yang lebih banyak untuk menampung kapasiti pengguna yang lebih ramai serta menjadikan ruang PSS kelihatan lebih luas dan teratur.
📍Meningkatkan Kesejahteraan Warga Sekolah: Menyediakan persekitaran kerja dan tempat belajar yang bersih, selamat, dan berorganisasi.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈
📌Penggunaan Rak Buku Rendah (User-Friendly & Selamat): Penataan semula rak buku kepada ketinggian yang sesuai untuk murid sekolah rendah. Ini mengelakkan risiko murid menjengket untuk mencapai buku, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan di kawasan bacaan.
📌Susunan Meja Kompak & Kapasiti Tinggi: Penggunaan meja bersaiz lebih kecil dalam bilangan yang banyak. Susunan ini membolehkan PSS memuatkan lebih ramai pengguna dan kelihatan lebih luas.
📌Pengurusan Ruang Kerja yang Selamat: Ruang kerja PSS dinaik taraf melalui penyusunan kubikel yang lebih kemas dan teratur. Peningkatan ini memberi keselesaan kepada GPM serta pustakawan sekolah untuk mengendalikan urusan peminjaman dan pemulangan buku serta aktiviti pembalutan dan penyelenggaraan buku secara efisien di samping memastikan sistem pendawaian ICT diurus dengan selamat dan bebas daripada risiko bahaya.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🚀Keselamatan Warga Sekolah Terjamin: Pemasangan rak rendah serta susunan meja yang berstruktur mengurangkan risiko kemalangan fizikal dan memudahkan laluan pergerakan murid.
🚀Pengurusan Ruang yang Cekap: Menampung kapasiti murid yang lebih ramai tanpa menjejaskan keselesaan dan ruang legar PSS.
🚀Persekitaran Pembelajaran Kondusif: PSS kini lebih mesra murid, kemas dan menarik minat murid untuk menjayakan Program NILAM serta aktiviti pembelajaran.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
✏Pemantauan kebersihan dan susun atur PSS akan dijalankan secara berterusan dan berkala mengikut ketetapan serta prosedur yang ditetapkan.

“𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐊𝐢𝐭𝐚”





Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐀𝟔: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃𝑃𝑟𝑎𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐻𝑎𝑙 𝐸ℎ𝑤𝑎𝑙 𝑀𝑢𝑟𝑖𝑑 (𝐻𝐸𝑀) 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑢𝑘𝑢𝑝𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑓𝑢𝑛𝑔𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑢ℎ𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑒...
18/09/2026

𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐀𝟔: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃
𝑃𝑟𝑎𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐻𝑎𝑙 𝐸ℎ𝑤𝑎𝑙 𝑀𝑢𝑟𝑖𝑑 (𝐻𝐸𝑀) 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑢𝑘𝑢𝑝𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑓𝑢𝑛𝑔𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑢ℎ𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝐻𝐸𝑀 𝑘𝑒 𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟐.𝟓 [𝟐.𝟓.𝟏]
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑑𝑢𝑠𝑖𝑓 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏.
𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟑𝟔𝟎º – 𝐊𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
📅Tarikh : 18 September 2026 (Jumaat)
⏰Masa : 9:40 pagi – 10:10 pagi
📍Lokasi : Kantin Sekolah
👤Penglibatan : Setiausaha Hal Ehwal Murid (SU HEM)

𝗢𝗕𝗝𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙
🎯Memantau tahap kebersihan dan kekemasan kantin serta persekitarannya.
🎯Mengenal pasti keadaan kemudahan dan persekitaran yang memerlukan perhatian.
🎯Memastikan persekitaran kantin berada dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif.
🎯Mengenal pasti tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈
🔶Susun Atur dan Kebersihan Tempat Makan : Pemeriksaan mendapati meja dan kerusi murid tersusun dengan teratur, manakala kawasan tempat makan bersih dan sesuai digunakan. Laluan antara ruang makan juga didapati bebas daripada halangan.
🔶Sinki Cuci Tangan dan Kesihatan : Sinki cuci tangan berada dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik. Sabun cuci tangan serta poster kesihatan turut tersedia untuk kegunaan dan rujukan murid.
🔶Pengurusan Sisa dan Kitar Semula : Tong sampah bertutup dan sangkar kitar semula disediakan di kawasan kantin bagi menyokong pengurusan sisa makanan serta pengasingan bahan kitar semula secara teratur.
🔶Keadaan Fizikal dan Persekitaran : Pemeriksaan meliputi keadaan dinding, cermin tingkap, poin soket elektrik pada tiang kantin, laluan pejalan kaki dan longkang kantin. Longkang didapati berumput serta mempunyai mendapan tanah yang memerlukan pembersihan bagi memastikan aliran air tidak terhalang. Kesan serapan air pada dinding luar turut dikenal pasti untuk tindakan penyelenggaraan.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🌟Meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan, kekemasan dan keselamatan persekitaran kantin.
🌟Membantu mengenal pasti keperluan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan kantin.
🌟Menyokong pengurusan sisa makanan dan amalan kitar semula secara lebih teratur.
🌟Mewujudkan persekitaran kantin yang bersih, teratur dan selesa untuk kegunaan murid.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
📌Membersihkan longkang yang berumput serta mengeluarkan mendapan tanah bagi memastikan aliran air tidak terhalang.
📌Membersihkan kesan serapan air pada dinding luar dan memantau keadaan dinding.
📌Memaklumkan perkara yang memerlukan penyelenggaraan kepada pihak berkaitan.
📌Menjalankan pemantauan susulan dan mendokumentasikan tindakan yang telah diambil.

“𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗶𝘁𝗮, 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗞𝗶𝘁𝗮”





Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟏:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟏.𝟐 [𝟏.𝟐.𝟏]𝑃𝐺𝐵 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑖𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑘𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑑𝑖𝑣𝑖𝑑𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎...
18/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟏:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟏.𝟐 [𝟏.𝟐.𝟏]
𝑃𝐺𝐵 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑖𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑘𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑑𝑖𝑣𝑖𝑑𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ.
𝑃𝐵𝐺 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑏𝑖𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑔𝑢𝑟𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝐴𝐾𝑃 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟏:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟏.𝟑 [𝟏.𝟑.𝟑]
𝑃𝐺𝐵 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑜𝑟𝑜𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑜𝑡𝑖𝑣𝑎𝑠𝑖 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ-𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖.
𝑃𝐵𝐺 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟑:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟏 [𝟑.𝟑.𝟏.𝟏]
𝘒𝑒𝘵𝑒𝘵𝑎𝘱𝑎𝘯 𝘥𝑖𝘣𝑢𝘢𝑡 𝑢𝘯𝑡𝘶𝑘 𝑚𝘦𝑚𝘢𝑠𝘵𝑖𝘬𝑎𝘯 𝘬𝑒𝘱𝑎𝘵𝑢𝘩𝑎𝘯 𝘥𝑎𝘯 𝘬𝑒𝘴𝑒𝘭𝑎𝘳𝑎𝘴𝑎𝘯 𝘱𝑒𝘭𝑎𝘬𝑠𝘢𝑛𝘢𝑎𝘯 𝘩𝑎𝘭 𝘦ℎ𝘸𝑎𝘭 𝘮𝑢𝘳𝑖𝘥.
𝑃𝘦𝑙𝘢𝑘𝘴𝑎𝘯𝑎𝘢𝑛 ℎ𝘢𝑙 𝑒𝘩𝑤𝘢𝑙 𝑚𝘶𝑟𝘪𝑑 𝑑𝘪𝑢𝘳𝑢𝘴 𝘴𝑒𝘤𝑎𝘳𝑎 𝑠𝘪𝑠𝘵𝑒𝘮𝑎𝘵𝑖𝘬 𝘥𝑎𝘯 𝘵𝑒𝘳𝑎𝘯𝑐𝘢𝑛𝘨.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟑:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟐 [𝟑.𝟑.𝟐.𝟏]
𝐷𝑖𝑠𝑖𝑝𝑙𝑖𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑖𝑘𝑎𝑝 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢𝑎𝑛 𝑝𝑜𝑠𝑖𝑡𝑖𝑓 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑠𝑖𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑.
𝐷𝑖𝑠𝑖𝑝𝑙𝑖𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟑:𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟑.𝟑.𝟑 [𝟑.𝟑.𝟑.𝟏]
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑,
𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟑:𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝟑.𝟑.𝟒 [𝟑.𝟑.𝟒.𝟏]
𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡.
𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔

🏆 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐌-𝐍𝐄𝐗𝐓𝐆𝐄𝐍 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨
📅Tarikh : 15 September 2026 (Selasa)
⏰Masa : 7:00 pagi – 7:30 pagi
📍Lokasi : Gelanggang Bola Keranjang SJK(C) Sungai Apong
👥Kehadiran : Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Cikgu B**g Ko Jen (Peserta NPQEL), semua guru dan murid SJK (C) Sungai Apong

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
🎯Memberi apresiasi dan pengiktirafan kepada murid yang telah menunjukkan komitmen, tanggungjawab dan kepimpinan sepanjang pelaksanaan STM–Nextgen Leaders 2026.
🎯Meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
🎯Memupuk budaya kepimpinan, disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan murid.
🎯Memperkukuh komitmen warga sekolah terhadap kelestarian STM–Nextgen Leaders sebagai satu sistem pengurusan tanggungjawab murid yang diteruskan pada tahun 2027.

📝𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 📝
Majlis Apresiasi dan Pengiktirafan STM–Nextgen Leaders 2026 telah dilaksanakan sebagai kemuncak kepada pelaksanaan STM bagi tahun 2026. Majlis merangkumi bacaan ikrar STM, ucapan guru besar, penyampaian apresiasi dan pengiktirafan kepada murid serta Simbolik Kelestarian STM–Nextgen Leaders. Majlis ini bukan sahaja menghargai usaha dan komitmen murid, malah menjadi platform untuk memperbaharui komitmen warga sekolah terhadap pembudayaan kepimpinan dan tanggungjawab murid. Melalui Simbolik Kelestarian, kesinambungan pelaksanaan STM–Nextgen Leaders ke tahun 2027 turut dizahirkan.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
🌟Murid yang menunjukkan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab menerima penghargaan dan pengiktirafan, sekali gus meningkatkan motivasi untuk terus menjalankan tugas dengan baik.
🌟Bacaan ikrar membantu memperkukuh kesedaran murid terhadap amanah, disiplin dan tanggungjawab yang diberikan.
🌟Majlis memberi ruang untuk menonjolkan dan menghargai kepimpinan murid sebagai sebahagian daripada pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid.
🌟Simbolik kelestarian mewujudkan komitmen bersama warga sekolah bahawa STM–Nextgen Leaders tidak berakhir selepas projek perantisan, sebaliknya diteruskan dan diperkasakan pada tahun 2027.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋
🔹 Meneruskan pelaksanaan STM–Nextgen Leaders pada tahun 2027 dengan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan dan penilaian tahun 2026.
👥 Mengemas kini pelantikan dan pembahagian tanggungjawab murid mengikut enrolmen serta keperluan semasa sekolah bagi sesi 2027.
💻 Meneruskan pemantauan, bimbingan dan penilaian oleh guru mentor secara sistematik melalui Sistem Digital STM.
📊 Menggunakan data pelaksanaan STM untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dan tindakan susulan, serta murid yang layak diberikan pengiktirafan.
🏆 Menjadikan apresiasi dan pengiktirafan murid sebagai amalan berterusan bagi menggalakkan budaya kepimpinan dan tanggungjawab dalam kalangan murid.

“𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗶𝘁𝗮, 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗞𝗶𝘁𝗮”









Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Jalan Sungai Apong, Sungai Apong
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 06:30 - 04:30
Tuesday 06:30 - 04:30
Wednesday 06:30 - 04:30
Thursday 06:30 - 04:30
Friday 06:30 - 04:30

Telephone

+6082333994

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKC Sungai Apong 新渔村政府华文小学 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SJKC Sungai Apong 新渔村政府华文小学:

Shortcuts

Share