SMK Tun Abang Haji Openg RASMI

SMK Tun Abang Haji Openg RASMI Laman rasmi SMK TAHO | Komited melahirkan pelajar cemerlang akademik, kokurikulum & sahsiah

🌟 SELAMAT DATANG KE KELUARGA SMK TUN ABANG HJ OPENG! 🌟Warga SMK Tun Abang Hj Openg mengalu-alukan kehadiran Cikgu Ahmad ...
28/09/2026

🌟 SELAMAT DATANG KE KELUARGA SMK TUN ABANG HJ OPENG! 🌟

Warga SMK Tun Abang Hj Openg mengalu-alukan kehadiran Cikgu Ahmad Termizi bin Jawawi yang memulakan tugas pada 28 September 2026 dan akan mengajar di Pusat Tingkatan 6 sebagai Guru Sejarah. 💚💛💚

Semoga kehadiran cikgu membawa semangat baharu, idea yang segar dan inspirasi dalam bersama-sama mendidik serta membimbing anak-anak TAHO menuju kecemerlangan.

Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga terus mencipta kenangan indah serta menjadi sebahagian daripada perjalanan gemilang keluarga besar SMK TAHO. ✨

Selamat Datang, Cikgu Ahmad Termizi bin Jawawi 😊😊😊



Standard 2 : Pengurusan OrganisasiAspek 2.1 : Pengurusan Sumber Manusia🌸JAMUAN SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH ...
27/09/2026

Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Aspek 2.1 : Pengurusan Sumber Manusia

🌸JAMUAN SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH - CIKGU NAJIHAH BINTI SUBLE🌸

TARIKH : 24 Sep 2026
TEMPAT : Dewan Toh Puan Hajah Masniah
MASA : 01.45 tengah hari – 03.15 petang

✨PENGLIBATAN :
Semua Guru dan AKP SMK Tun Abang Hj Openg
Pengerusi: Pengetua, Encik Loleh Bin Ibrahim

✨OBJEKTIF:
1. Menghargai jasa dan sumbangan guru yang telah berkhidmat di sekolah.
2. Menyampaikan hadiah sebagai tanda kenangan dan penghormatan.
3. Menjadikan dedikasi dan pengalaman guru sebagai inspirasi untuk terus berusaha dalam bidang Pendidikan.

✨RUMUSAN:
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan penghormatan serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Ucapan, hadiah, dan doa diberikan sebagai tanda penghormatan. Diharapkan guru terus berjaya di tempat baharu, dan hubungan baik kekal terjalin.

✨IMPAK:
Guru yang berpindah dapat merasai keikhlasan daripada warga TAHO.
Guru yang berpindah dapat merasai dihargai oleh pihak sekolah dengan jasa dan sumbangan yang telah diberikan selama berkhidmat di TAHO.

✨TINDAK SUSUL:
Majlis diadakan dengan keadaan kesederhanaan (berjimat cermat untuk kos, masa dan tempat).



STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURIDASPEK 3.2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM🌸SEMINAR KENEGARAAN ...
27/09/2026

STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID
ASPEK 3.2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM

🌸SEMINAR KENEGARAAN AKU KASIH MALAYSIA:PIMPINAN BELIA NEGERI SARAWAK🌸

TARIKH : 22 September 2026
TEMPAT : Auditorium Dewan Undangan Negeri Sarawak
MASA : 0730-1400 petang

✨ PENGLIBATAN :
1. Guru pengiring (Cikgu Dayang Silawati)
2. Pelajar Tingkatan 6 Semester 3

✨ OBJEKTIF :
1. Memupuk kefahaman peserta terhadap konsep kenegaraan sebagai rangka pembangunan holistik.
2. Meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip kenegaraan yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
3. Melahirkan kepimpinan belia yang mempunyai semangat patriotisme dan sahsiah terpuji bagi Negeri Sarawak.

✨ RUMUSAN :
Seminar ini telah berlangsung dengan lancar merangkumi slot interaktif kenegaraan, sesi forum, dan majlis penutupan perasmian oleh Speaker DUN Sarawak.

✨ IMPAK :
Dapat meningkatkan semangat patriotisme, daya kepimpinan, serta jati diri kepada belia dalam memahami prinsip kenegaraan dan peranan mereka sebagai pemimpin masa depan.

✨ TINDAK SUSUL :
Pihak sekolah dan Pengurusan Tingkatan 6 akan memastikan ilmu serta nilai kepimpinan yang diperoleh dimanfaatkan dalam aktiviti persatuan dan pengurusan murid secara berterusan.



STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID STANDARD 3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM STANDARD 5 : KEME...
27/09/2026

STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID
STANDARD 3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM
STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
ASPEK 5.1 : KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIK

🌸PROGRAM PECUTAN SPM 2026 (KIMIA) STEM ANJURAN BIRO PENDIDIKAN PANTAI DAMAI🌸

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2026
TEMPAT : DEWAN TOH PUAN HAJAH MASNIAH SMK TUN ABANG HJ OPENG
MASA : 0700 PAGI – 1230 TENGAHARI

✨PENGLIBATAN :

1. PEGAWAI BIRO PENDIDIKAN PANTAI DAMAI
2. PENOLONG PENTADBIRAN
3. GURU MATA PELAJARAN KIMIA
4. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5. 48 MURID 5 KRIPTONIT DAN 5 ZIRKON

✨OBJEKTIF :
1. Meningkatkan persediaan calon dalam menghadapi peperiksaan SPM 2026
2. Memberi keyakinan dan motivasi kepada calon SPM 2026
3. Meningkatkan prestasi calon terutamanya subjek aliran sains

✨RUMUSAN :

Program Pecutan SPM Kimia berjaya meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik penting, teknik menjawab soalan berformat SPM serta keupayaan mengenal pasti kehendak soalan. Program ini turut meningkatkan keyakinan dan kesediaan pelajar menghadapi peperiksaan sebenar.

✨IMPAK :
Peningkatan markah purata, peratus kelulusan dan bilangan pelajar mencapai gred cemerlang. Di samping itu, pengurangan jurang pencapaian melalui peningkatan penguasaan topik kritikal dan ketepatan teknik menjawab soalan SPM Kimia.

✨TINDAK SUSUL :
Melaksanakan intervensi berfokus berdasarkan analisis pencapaian pelajar, khususnya bagi topik kritikal, disertai latihan pengukuhan dan pemantauan prestasi secara berkala menjelang SPM.



-SEGERA & PENTING-24 SEPTEMBER 2026Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan s...
23/09/2026

-SEGERA & PENTING-
24 SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan sihat hendaknya sentiasa.

Memandangkan IPU pada hari ini (24/9/2026) menunjukkan trend makin meningkat, maka tuan/puan gunakanlah punca kuasa yang telah ditetapkan.

Sila patuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam SOP. Langkah penyuraian murid laksanakanlah secara baik dan dikomunikasikan secara baik dengan ibu bapa/penjaga.

Berikut di bawah saya sediakan sedikit panduan pengurusan risiko dan pelan komunikasi yang tuan/puan boleh gunakan.

Langkah Pengurusan IPU (Tidak Sihat) di Sekolah

Kawalan segera di sekolah
* Hentikan semua aktiviti luar serta-merta.
* Murid kekal di dalam kelas masing-masing.
* Semua aktiviti terbuka seperti perhimpunan dan PJ dibatalkan.

Perlindungan kesihatan murid
* Galakkan pemakaian pelitup muka.
* Kenal pasti murid berisiko (asma, masalah pernafasan).
* Sediakan ruang rawatan sementara bagi murid yang tidak sihat.

Jadual waktu fleksibel (guru & murid)
* Guru kekal bersama murid di dalam kelas untuk pengawasan berterusan.
* Kurangkan pergerakan guru antara blok/bangunan bagi mengurangkan pendedahan.
* Gantikan aktiviti luar dengan PdP dalam kelas yang lebih santai dan fleksibel (contoh: kerja kumpulan kecil, pembelajaran kendiri berpandu, penggunaan bahan digital).
* Susun semula jadual jika perlu (contoh: tukar waktu PJ kepada subjek teori atau ulang kaji).
* Hadkan aktiviti yang memerlukan pergerakan atau pendedahan udara luar.

Pemantauan kesihatan murid
* Guru kelas/subjek memantau keadaan murid secara berkala.
* Rekod murid yang menunjukkan simptom seperti batuk, pening atau sesak nafas.
* Rujuk segera kepada tindakan kesihatan jika perlu.

Tindakan pelepasan awal
* Sekolah boleh melaksanakan early dismissal secara berperingkat jika IPU kekal atau meningkat.
* Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil anak di sekolah.
* Murid hanya dibenarkan pulang dengan ibu bapa/penjaga atau wakil yang sah.

PENGURUSAN KOMUNIKASI
* Pastikan maklumat disampaikan dengan cepat, jelas dan konsisten.
* Gunakan saluran rasmi sekolah (WhatsApp/Telegram/SMS).
* Beri kemas kini berkala kepada semua guru dan ibu bapa untuk mengelakkan kekeliruan.

Saya dan pasukan di PPD akan sedia membantu. Hubungi saya dan team, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita.

Majelan Sulong
24.09.2026
0633 pagi

-SEGERA & PENTING-

PELAN PENGURUSAN RISIKO/BENCANA & PENGURUSAN KOMUNIKASI BERIKUTAN IPU MENUNJUKKAN PENINGKATAN TREND TIDAK SIHAT @ 24 SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan sihat hendaknya sentiasa.

Memandangkan IPU pada hari ini menunjukkan trend makin meningkat, maka tuan/puan gunakanlah punca kuasa yang telah ditetapkan.

Sila patuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam SOP. Langkah penyuraian murid laksanakanlah secara baik dan dikomunikasikan secara baik dengan ibu bapa/penjaga.

Berikut di bawah saya sediakan sedikit panduan pengurusan risiko dan pelan komunikasi yang tuan/puan boleh gunakan.

LANGKAH PENGURUSAN IPU (TIDAK SIHAT) DI SEKOLAH @ 24.09.2026

KAWALAN SEGERA DI SEKOLAH
* Hentikan semua aktiviti luar serta-merta
* Murid kekal di dalam kelas masing-masing
* Semua aktiviti terbuka seperti perhimpunan dan PJ dibatalkan

PERLINDUNGAN KESIHATAN MURID
* Galakkan pemakaian pelitup muka
* Kenal pasti murid berisiko (asma, masalah pernafasan)
* Sediakan ruang rawatan sementara bagi murid yang tidak sihat

JADUAL WAKTU FLEKSIBEL (GURU & MURID)
* Guru kekal bersama murid di dalam kelas untuk pengawasan berterusan
* Kurangkan pergerakan guru antara blok/bangunan bagi mengurangkan pendedahan
* Gantikan aktiviti luar dengan PdP dalam kelas yang lebih santai dan fleksibel (contoh: kerja kumpulan kecil, pembelajaran kendiri berpandu, penggunaan bahan digital)
* Susun semula jadual jika perlu (contoh: tukar waktu PJ kepada subjek teori atau ulang kaji)
* Hadkan aktiviti yang memerlukan pergerakan atau pendedahan udara luar

PEMANTAUAN KESIHATAN MURID
* Guru kelas/subjek memantau keadaan murid secara berkala
* Rekod murid yang menunjukkan simptom seperti batuk, pening atau sesak nafas
* Rujuk segera kepada tindakan kesihatan jika perlu

TINDAKAN PELEPASAN AWAL
* Sekolah boleh melaksanakan early dismissal secara berperingkat jika IPU kekal atau meningkat
* Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil anak di sekolah
* Murid hanya dibenarkan pulang dengan ibu bapa/penjaga atau wakil yang sah

PENGURUSAN KOMUNIKASI
* Pastikan maklumat disampaikan dengan cepat, jelas dan konsisten
* Gunakan saluran rasmi sekolah (WhatsApp/Telegram/SMS)
* Beri kemas kini berkala kepada semua guru dan ibu bapa untuk mengelakkan kekeliruan

Saya dan pasukan di PPD akan sedia membantu.

Hubungi saya dan team, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita.

Majelan Sulong
Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
24.9.2026 @ 0633 pagi

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nursharmimi Izzaty binti Abdullah Razi Shariman dan Muhamm...
22/09/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nursharmimi Izzaty binti Abdullah Razi Shariman dan Muhammad Fathullah bin Zainuddin, wakil Tingkatan Enam SMK Tun Abang Haji Openg, atas pelantikan dalam Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE) PPD Kuching Sesi 2026/2027.

🏅 Nursharmimi Izzaty binti Abdullah Razi Shariman
Penolong Bendahari

🏅 Muhammad Fathullah bin Zainuddin
Exco Hubungan Industri dan Alumni

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, integriti, dedikasi dan profesionalisme. Jadikan peluang kepimpinan ini sebagai ruang untuk menimba pengalaman, membina jaringan serta menyumbang idea demi kecemerlangan Tingkatan Enam.

✨ Pemimpin hari ini, pencorak masa depan.
Terus melangkah, memimpin dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan serta warga sekolah.



STANDARD3.3  : Pengurusan Hal Ehwal MuridASPEK 3.3.3 : Pengurusan Keselamatan Murid ASPEK 3.3.4 : Pengurusan Kesihatan M...
22/09/2026

STANDARD3.3 : Pengurusan Hal Ehwal Murid
ASPEK 3.3.3 : Pengurusan Keselamatan Murid
ASPEK 3.3.4 : Pengurusan Kesihatan Murid

🌸AGIHAN PELITUP MUKA (FACE MASK) KEPADA WARGA SMK TAHO SUMBANGAN NADMA DENGAN KERJASAMA KPM & JPBNS🌸

TARIKH : 21.09.2026 (Isnin)
TEMPAT : Ruang Pejabat Pentadbir
MASA : 0700 - 0800 pagi

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan pelitup muka (face mask) yang disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi kegunaan warga sekolah sepanjang tempoh bencana jerebu. Pelitup muka tersebut telah diagihkan kepada semua murid, guru dan AKP.

✨PENGLIBATAN :
1. Pihak Pentadbir Sekolah
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling

✨OBJEKTIF :
1. Membekalkan pelitup muka kepada warga sekolah sebagai langkah perlindungan semasa jerebu.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan semasa jerebu.
3. Mengamalkan langkah perlindungan diri ketika jerebu.

✨RUMUSAN :
Agihan pelitup muka dilaksanakan sebagai langkah sokongan dan kesiapsiagaan sekolah dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan murid ketika berlaku bencana jerebu. Murid turut diberikan peringatan tentang langkah penjagaan diri dan kepentingan mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar. Setiap murid, guru dan AKP telah menerima 5 keping pelitup muka.

✨IMPAK :
Meningkatkan tahap perlindungan dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara semasa jerebu.

✨TINDAK SUSUL :
Memantau keadaan jerebu dan tahap kualiti udara serta meneruskan hebahan langkah keselamatan kepada warga sekolah. Stok pelitup muka juga perlu dipastikan mencukupi untuk kegunaan sekiranya keadaan jerebu berterusan atau berulang.



STANDARD 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal MuridSTANDARD 5 : Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru, Dan P...
22/09/2026

STANDARD 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
STANDARD 5 : Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru, Dan Pencapaian Sekolah
ASPEK 5.2 Kemenjadian Murid Salam Kurikulum
ASPEK 5.4: Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

🌸SARAWAK SPACE CHALLENGE 2026 WORKSOP🌸

TARIKH : 21/9/2026
TEMPAT : Dewan Toh Puan Hajah
MASA : 2:00 pm

✨PENGLIBATAN :
Guru: PANITIA SAINS
Murid: 3 ZAMRUD , 3 TOPAZ, 3 NILAM, 3 MUTIARA

✨OBJEKTIF :
1. Memberi peluang murid-murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan menghasilkan produk STEM yang boleh menyelesaikan masalah komuniti berkaitan dengan angkasa lepas.
2. Memupuk dan meningkatkan kebolehan membentang dalam kalangan murid.

✨RUMUSAN :
Hackathon Sarawak Space Challenge Workshop merupakan bengkel inovasi yang memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi angkasa, STEM, penyelesaian masalah dan pembangunan idea secara kreatif. Peserta turut mengembangkan kemahiran pemikiran kritis, kreativiti, kolaborasi dan inovasi melalui aktiviti secara berkumpulan.

✨IMPAK :
Meningkatkan minat dan pengetahuan peserta dalam bidang STEM dan teknologi angkasa, di samping mengembangkan kemahiran kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah melalui aktiviti inovasi secara berkumpulan.

✨TINDAK SUSUL :
Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam projek inovasi STEM
Menggalakkan penyertaan dalam pertandingan inovasi dan hackathon pada masa akan datang.
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan murid lain melalui aktiviti STEM di sekolah.



STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH ASPEK 5.1 : KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIKASPEK...
22/09/2026

STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
ASPEK 5.1 : KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIK
ASPEK 5.4 : PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

🌸PROGRAM QUICK WIN CITRA BITARA SPM (TAHUN 2026) MASTERI BM SPM : LALUAN EKSPRES MENUJU KECEMERLANGAN BERSAMA GURU SUMBER MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PPD KUCHING🌸

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2026
TEMPAT : DEWAN TPHM & DEWAN KULIAH SMK TAHO
MASA : 2:00-4:00 PETANG

✨PENGLIBATAN :
1.5 orang Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
2. Kesemua Murid Tingkatan 5 SMK TAHO

✨OBJEKTIF :
1.Meningkatkan penguasaan dan pencapaian akademik murid Tingkatan 5 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.Memantapkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan SPM melalui bimbingan dan perkongsian teknik menjawab yang berkesan.
3.Meningkatkan motivasi dan keyakinan murid untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

✨RUMUSAN :
Program ini telah dilaksanakan dengan melibatkan lima orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan semua murid Tingkatan 5 SMK Tun Abang Haji Openg. Program ini memberi penekanan terhadap peningkatan penguasaan akademik, terutama bagi subjek Bahasa Melayu, pemantapan teknik menjawab soalan serta persediaan murid menghadapi peperiksaan SPM.

✨IMPAK :
1.Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan murid dalam menjawab soalan peperiksaan SPM.
2.Meningkatkan motivasi murid untuk mencapai sasaran akademik yang ditetapkan.
3.Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta prestasi akademik sekolah.

✨TINDAK SUSUL :
1.Melaksanakan latihan pengukuhan dan latih tubi berfokus mengikut keperluan murid.
2.Mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan tambahan dan menyediakan intervensi bersasar.
3.Memantau perkembangan pencapaian murid melalui analisis latihan, ujian dan peperiksaan secara berkala.


📚✨ PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2 TINGKATAN 5 | 2026 ✨📚Selamat maju jaya kepada semua murid Tingkatan 5 SMK Tun Abang Hj Op...
19/09/2026

📚✨ PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2 TINGKATAN 5 | 2026 ✨📚

Selamat maju jaya kepada semua murid Tingkatan 5 SMK Tun Abang Hj Openg yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2 bermula 21 September hingga 5 Oktober 2026.

Inilah masanya untuk menguji persediaan, memperbaiki kelemahan dan membuktikan hasil usaha selama ini. Hadapi setiap kertas dengan tenang, fokus, yakin dan penuh integriti. 💪📖

🌟 Usaha hari ini adalah langkah menuju kejayaan esok.

Jangan takut pada soalan yang sukar, tetapi yakinlah pada usaha yang telah dilakukan.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan fikiran dan memperoleh keputusan yang membanggakan. SPM 2026 semakin dekat teruskan berusaha dan jangan mengalah! 🎓✨

“Percaya. Usaha. Pasti Boleh!”

Salam kejayaan daripada seluruh warga SMK Tun Abang Hj Openg. 💚💛💚



Address

SMK Tun Abg. Hj. Openg, Jalan Demak, Petra Jaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tun Abang Haji Openg RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Tun Abang Haji Openg RASMI:

Shortcuts

Share