Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud

Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud SRA DH MORTADZA Kuching dibuka bagi menampung permintaan tinggi terhadap pendidikan Islam. Premis siap Okt 2024 dan telah digunakan sepenuhnya pada 5 Mei 2025.

Mula beroperasi 17 Feb 2025 dengan jumlah 14 orang guru, 160 orang murid dan 2 staf sokongan.

26/08/2026

Pertandingan Bercerita Sempena Maulidur Rasul Peringkat SRA Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud❀️

27 Ogos 2026/15 Rabiulawal 1448
Jam 8.00 Pagi

*PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa berdasarkan Kenyataan Rasmi ...
23/08/2026

*PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan Kenyataan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 23 Ogos 2026, sekolah akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin, 24 Ogos 2026, susulan bacaan IPU yang menunjukkan trend penurunan dan berada di bawah paras 200.

Sehubungan dengan itu, sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin, 24 Ogos 2026.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa. Sekiranya bacaan IPU meningkat melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan.

Kerjasama dan perhatian ibu bapa amat dihargai. Mohon ibu bapa memastikan anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa serta membawa bekalan air minuman yang mencukupi dan penutup hidung (nasal mask) sebagai langkah penjagaan kesihatan.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

*_SRADHMMHD_*

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH ATAS FAKTOR JEREBU Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa SRA Datuk Ha...
20/08/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH ATAS FAKTOR JEREBU

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa SRA Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud akan ditutup pada Jumaat, 21 Ogos 2026 berikutan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan Kuching.

Sehubungan itu, semua murid akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepenuhnya. Maklumat berkaitan tugasan dan aktiviti PdPR akan disampaikan melalui WhatsApp Group kelas masing-masing.

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak mengikuti PdPR yang ditetapkan serta menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh jerebu.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih. 🀍

β€œPEMACU KECEMERLANGAN UMMAH”
β€œILMU, IMAN DAN AMAL”




Hebahan semula
10/08/2026

Hebahan semula

πŸ“’ *PEMAKLUMAN UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud kini *membuka permohonan Ujian Kemasukan Tahun 1 Sesi Akademik 2027.*

✨ Pendaftaran dibuka sekarang!

πŸ“ Pendaftaran secara dalam talian (Google Form) sahaja.

πŸ”— Pautan Permohonan: https://forms.gle/sf8XPsKrxSf2N7Y89

Permohonan boleh diisi oleh:
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Ibu bapa/penjaga, atau
🏫 Dibantu oleh pihak tadika, prasekolah, KEMAS atau Tadika Perpaduan.

πŸ“„ Tiada penghantaran borang hardcopy diperlukan.

Maklumat Ujian:

πŸ“… Tarikh Ujian: Sabtu, 17 Oktober 2026
πŸ“ Pusat Ujian: Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud

Syarat Permohonan

βœ… Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021
βœ… Menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
βœ… Telah mencapai Iqra' 4

❌ Sekolah tidak menerima permohonan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

⏳*Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026*

πŸ“ž Maklumat lanjut: 082-313525

πŸ“± Imbas kod QR atau klik pautan Google Form yang disediakan untuk membuat permohonan.

"Bersama Membina Generasi Berilmu, Beriman dan Beramal."

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua ibu bapa dan anak-anak yang bakal menduduki ujian kemasukan. Aamiin. 🀲




πŸ“’ *PEMAKLUMAN UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sekolah Rendah Agama...
03/08/2026

πŸ“’ *PEMAKLUMAN UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud kini *membuka permohonan Ujian Kemasukan Tahun 1 Sesi Akademik 2027.*

✨ Pendaftaran dibuka sekarang!

πŸ“ Pendaftaran secara dalam talian (Google Form) sahaja.

πŸ”— Pautan Permohonan: https://forms.gle/sf8XPsKrxSf2N7Y89

Permohonan boleh diisi oleh:
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Ibu bapa/penjaga, atau
🏫 Dibantu oleh pihak tadika, prasekolah, KEMAS atau Tadika Perpaduan.

πŸ“„ Tiada penghantaran borang hardcopy diperlukan.

Maklumat Ujian:

πŸ“… Tarikh Ujian: Sabtu, 17 Oktober 2026
πŸ“ Pusat Ujian: Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud

Syarat Permohonan

βœ… Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021
βœ… Menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
βœ… Telah mencapai Iqra' 4

❌ Sekolah tidak menerima permohonan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

⏳*Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026*

πŸ“ž Maklumat lanjut: 082-313525

πŸ“± Imbas kod QR atau klik pautan Google Form yang disediakan untuk membuat permohonan.

"Bersama Membina Generasi Berilmu, Beriman dan Beramal."

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua ibu bapa dan anak-anak yang bakal menduduki ujian kemasukan. Aamiin. 🀲




25 JULAI 2026/11 SAFAR 1448 - HARI PERMUAFAKATAN GURU DAN IBU BAPA SERTA TAKLIMAT KHAS RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH 2026 A...
26/07/2026

25 JULAI 2026/11 SAFAR 1448 - HARI PERMUAFAKATAN GURU DAN IBU BAPA SERTA TAKLIMAT KHAS RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH 2026

Alhamdulillah, Hari Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa serta Taklimat Khas Rancangan Pemajuan Sekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini menjadi wadah penting untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah serta kesejahteraan murid terus diperkasakan. Permuafakatan yang erat antara sekolah dan keluarga merupakan kunci kepada kejayaan serta perkembangan menyeluruh setiap anak.

Sepanjang program, ibu bapa turut diberi peluang berbincang secara langsung bersama guru mengenai prestasi dan perkembangan anak-anak, di samping memperoleh penerangan berkaitan hala tuju serta perancangan sekolah bagi tahun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan komitmen yang tinggi. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.

"Bersama Memacu Kecemerlangan, Membina Masa Depan Gemilang."


🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK KE-63 🌺22 Julai 2026Selamat menyambut Hari Sarawak Ke-63 kepada seluruh rakyat Sarawak....
22/07/2026

🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK KE-63 🌺
22 Julai 2026

Selamat menyambut Hari Sarawak Ke-63 kepada seluruh rakyat Sarawak.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat keamanan, keharmonian dan perpaduan yang telah sekian lama menjadi tunjang kekuatan negeri ini. Kepelbagaian kaum, agama dan budaya merupakan khazanah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar Sarawak.

Semoga sambutan Hari Sarawak pada tahun ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama dalam membina masyarakat yang harmoni. Sebagai warga pendidik, marilah kita terus memperkasa pendidikan sebagai asas melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta cintakan Sarawak dan Malaysia.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan diberkati, serta menjadi bumi yang melahirkan insan berkualiti demi masa depan yang lebih gemilang.

"Bersatu dalam Kepelbagaian, Cemerlang Melalui Pendidikan."

β€οΈπŸ’›πŸ–€ Selamat Hari Sarawak Ke-63! β€οΈπŸ’›πŸ–€

Ikhlas daripada,
Tuan Haji Amir bin Haji Ahmad Dewan
Guru Besar

dan

Seluruh Warga
Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud

8 JULAI 2026 / 23 MUHARRAM 1448 - PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH & PELANCARAN NILAM ANJURAN PANITIA BAHASA-BAHASAMajlis Pelan...
09/07/2026

8 JULAI 2026 / 23 MUHARRAM 1448 - PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH & PELANCARAN NILAM ANJURAN PANITIA BAHASA-BAHASA

Majlis Pelancaran Program NILAM 2026 Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud telah berlangsung dengan jayanya semasa perhimpunan rasmi sekolah semalam.

Majlis ini disempurnakan melalui gimik tandatangan pelancaran oleh Tuan Haji Amir bin Haji Ahmad Dewan, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud, diiringi oleh barisan ketua panitia bahasa iaitu Cikgu Mozanaza bin Mohd Mohaldin, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Dayang Umi Kalsum binti Awang Shadan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, dan Ustaz Mohamad Akmal Hakim bin Hipni, Ketua Panitia Bahasa Arab.

Turut diadakan sesi bacaan buku selama 10 minit yang melibatkan seluruh warga sekolah sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca, memperkukuh amalan membaca dan menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan murid.

Program ini merupakan anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Semoga pelaksanaan Program NILAM 2026 ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan murid yang berilmu, berbudaya membaca serta menjadikan pembacaan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.








8 JULAI 2026 / 23 MUHARRAM 1448 - UCAPAN TAHNIAH ATAS PENYERTAAN MURID-MURID Warga sekolah ingin mengucapkan jutaan tahn...
08/07/2026

8 JULAI 2026 / 23 MUHARRAM 1448 - UCAPAN TAHNIAH ATAS PENYERTAAN MURID-MURID

Warga sekolah ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada:

🌟 Al Iszulhidayat bin Mohamad Iszwan atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Azan Kanak-Kanak sempena Pesta Samariang serta Saguhati dalam Pertandingan Memasang Serban Kanak-kanak sempena Pesta Samariang.

🌟 Nawwar Hoshmand bin Naufal Nadzrullah atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bilal Junior sempena Festival Maal Hijrah 2026M/1448H.

🌟 Ameena Khayla binti Mohd Khairol atas penyertaan dalam Sibu Amateur Muaythai Challenge.

Semoga kejayaan dan penyertaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama sekolah. Syabas dan tahniah! πŸŽ‰πŸ‘




Address

Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category