07/04/2026
LAPORAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD BAU 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Bola Tampar Lelaki 12TKB yang berjaya meraih tempat ketiga bersama serta pasukan Bola Tampar Perempuan 12TKB yang cemerlang muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Bola Tampar Peringkat Awal MSSB Kuching bertempat di Dewan Kpg Buso.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti jelas hasil daripada latihan berterusan, disiplin tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur dalam kalangan pemain. Setiap keringat yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil yang gemilang.
Penghargaan khas turut diberikan kepada barisan jurulatih yang telah menunjukkan komitmen luar biasa, kesungguhan serta dedikasi tanpa mengenal penat lelah dalam membimbing dan mempersiapkan pasukan ke tahap terbaik.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Besar serta semua rakan guru atas sokongan padu yang diberikan sama ada melalui kehadiran sit-in, bantuan pengurusan pasukan, mahupun sokongan moral sepanjang kejohanan berlangsung. Semangat kebersamaan ini menjadi pemangkin utama kejayaan pasukan.
Sesungguhnya, kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama adalah kunci utama kecemerlangan. Apabila semua pihak berganding bahu dan bergerak seiring, tiada yang mustahil untuk dicapai. Inilah kekuatan sebenar sebuah pasukan. Kesatuan hati antara guru dan murid.
Syabas dan tahniah kepada semua! Kejayaan ini adalah milik kita bersama. Teruskan melakar kecemerlangan pada masa hadapan!
Seramai enam orang pemain SK St John telah terpilih untuk mewakili pasukan Daerah Bau, iaitu adik Micheal Willis, Victor Viviano, Alexander Alverick, Mia Mireilla, Ozynia dan Joanne Amber. Pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta membuktikan bakat, usaha dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh mereka.
Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan persembahan terbaik dalam pertandingan yang akan datang. Selamat maju jaya! ๐ชโจ
๐ช๐ฅ๐ซฐ