SK Tabuan

SK Tabuan Jalan Setia Raja, 93450 Kuching, Sarawak

Program Khatam Al Ouran Murid Tahun 6 PPD Kuching 2026 Peringkat KebangsaanSTANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM...
27/09/2026

Program Khatam Al Ouran Murid Tahun 6 PPD Kuching 2026 Peringkat Kebangsaan

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID
• 3.1.4 PENGURUSAN PENILAIAN MURID
• 3.2.5 PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
• 4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF

26 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
7:30 A.M - 4:00 PM
SMKA TUN AHMAD ZAIDI

PENGLIBATAN
1. Muhammad Aqyf Syakir bin Abdullah (6 Amanah)
2. Nur Izzara Jeli binti Abdul Rahim (6 Amanah)
3. Khamisah Umairah binti Sharan (6 Amanah)
4. Ustazah Syarhiyana binti Marhas (Guru Pengiring)

OBJEKTIF
• Memupuk kecintaan dan kesungguhan murid terhadap
pembacaan Al Quran.
• Meningkatkan motivasi murid untuk meneruskan bacaan Al Quran secara konsisten sehingga mencapai khatam.

RUMUSAN
Bimbingan secara berterusan sepanjang kem memberi peluang kepada murid meneruskan bacaan Al Quran berdasarkan juzuk masing- masing. Program ini turut
mewujudkan suasana pembelajaran Al Quran yang positif, santai dan penuh ukhuwah.

IMPAK
Program memberi impak positif terhadap motivasi dan keyakinan murid dalam meneruskan bacaan al-Quran. Murid berpeluang melengkapkan bacaan dengan bimbingan yang lebih terarah serta merasai pengalaman bermakna dalam usaha mencapai khatam Al Quran.


Jom hadir beramai-ramai
24/09/2026

Jom hadir beramai-ramai

📣✨ 𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗘 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲! ✨📣

Sehari Bersama Rakyat, penuh dengan informasi dan aktiviti menarik! 🎉

📚 SIAPA YANG DIJEMPUT?
👩‍🎓 Pelajar Tingkatan 6
🤝 Wakil PIBG/LPS
🏫 Pengetua & Guru Besar
🏘️ Komuniti setempat

📍 Pustaka Negeri Sarawak
📅 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 1.00 petang

Pelbagai ceramah dan pameran pendidikan menanti anda! Antaranya booth bank, kedai buku, MyDigital ID dan Unit Teknologi Pendidikan yang menyediakan pelbagai maklumat serta perkhidmatan untuk warga pendidikan.

🎟️ Khas untuk pelajar Tingkatan 6:
Dapatkan maklumat dan manfaatkan kemudahan penebusan baucar buku yang disediakan! 📖✨

💡 Datang, terokai, dapatkan informasi dan manfaatkan peluang yang ada!

Jom hadir beramai-ramai ke Karnival Pendidikan MADANI 2026!
🙌 Sehari Bersama Rakyat, untuk pendidikan yang lebih bermakna.

🔗 Pautan Buku Program / Maklumat Lanjut:
[𝙝𝙩𝙩𝙥𝙨://𝙖𝙣𝙮𝙛𝙡𝙞𝙥.𝙘𝙤𝙢/𝙗𝙮𝙪𝙠𝙚/𝙛𝙘𝙢𝙨/]

SEGERA DAN  PENTING
23/09/2026

SEGERA DAN PENTING

-SEGERA & PENTING-

PELAN PENGURUSAN RISIKO/BENCANA & PENGURUSAN KOMUNIKASI BERIKUTAN IPU MENUNJUKKAN PENINGKATAN TREND TIDAK SIHAT @ 24 SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan sihat hendaknya sentiasa.

Memandangkan IPU pada hari ini menunjukkan trend makin meningkat, maka tuan/puan gunakanlah punca kuasa yang telah ditetapkan.

Sila patuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam SOP. Langkah penyuraian murid laksanakanlah secara baik dan dikomunikasikan secara baik dengan ibu bapa/penjaga.

Berikut di bawah saya sediakan sedikit panduan pengurusan risiko dan pelan komunikasi yang tuan/puan boleh gunakan.

LANGKAH PENGURUSAN IPU (TIDAK SIHAT) DI SEKOLAH @ 24.09.2026

KAWALAN SEGERA DI SEKOLAH
* Hentikan semua aktiviti luar serta-merta
* Murid kekal di dalam kelas masing-masing
* Semua aktiviti terbuka seperti perhimpunan dan PJ dibatalkan

PERLINDUNGAN KESIHATAN MURID
* Galakkan pemakaian pelitup muka
* Kenal pasti murid berisiko (asma, masalah pernafasan)
* Sediakan ruang rawatan sementara bagi murid yang tidak sihat

JADUAL WAKTU FLEKSIBEL (GURU & MURID)
* Guru kekal bersama murid di dalam kelas untuk pengawasan berterusan
* Kurangkan pergerakan guru antara blok/bangunan bagi mengurangkan pendedahan
* Gantikan aktiviti luar dengan PdP dalam kelas yang lebih santai dan fleksibel (contoh: kerja kumpulan kecil, pembelajaran kendiri berpandu, penggunaan bahan digital)
* Susun semula jadual jika perlu (contoh: tukar waktu PJ kepada subjek teori atau ulang kaji)
* Hadkan aktiviti yang memerlukan pergerakan atau pendedahan udara luar

PEMANTAUAN KESIHATAN MURID
* Guru kelas/subjek memantau keadaan murid secara berkala
* Rekod murid yang menunjukkan simptom seperti batuk, pening atau sesak nafas
* Rujuk segera kepada tindakan kesihatan jika perlu

TINDAKAN PELEPASAN AWAL
* Sekolah boleh melaksanakan early dismissal secara berperingkat jika IPU kekal atau meningkat
* Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil anak di sekolah
* Murid hanya dibenarkan pulang dengan ibu bapa/penjaga atau wakil yang sah

PENGURUSAN KOMUNIKASI
* Pastikan maklumat disampaikan dengan cepat, jelas dan konsisten
* Gunakan saluran rasmi sekolah (WhatsApp/Telegram/SMS)
* Beri kemas kini berkala kepada semua guru dan ibu bapa untuk mengelakkan kekeliruan

Saya dan pasukan di PPD akan sedia membantu.

Hubungi saya dan team, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita.

Majelan Sulong
Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
24.9.2026 @ 0633 pagi

21/09/2026
17/09/2026

SEGERA & PENTING

13/09/2026

UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
(14-18 SEPTEMBER 2026)

Assalamualaikum wbt dan salam hormat ditujukan khas kepada seluruh warga pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Dengan penuh rasa syukur dan harapan yang tinggi, saya dan seluruh warga PPD Kuching mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Kembali Bertugas kepada semua barisan Pengurusan Sekolah, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta anak-anak murid di seluruh sekolah di daerah Kuching.

Sesungguhnya, cabaran yang telah dilalui sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) pada minggu ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kesungguhan, ketabahan dan komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa warga pendidikan Kuching sentiasa cekal dan berjiwa besar dalam memastikan pendidikan terus berjalan tanpa henti. Anda semua adalah nadi kekuatan sistem pendidikan kita.

Dalam kita melangkah kembali ke sekolah, marilah kita terus meningkatkan semangat kita dengan motivasi, disiplin dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.

Kepada anak-anak murid, jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan yang gemilang.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta PIBG/PIBKS atas kerjasama yang erat, padu dan berterusan.

Sokongan anda semua amat besar maknanya dan menjadi tunjang penting dalam membantu melancarkan segala urusan serta kejayaan pendidikan di sekolah. Kalian adalah kekuatan semangat kami, kalian juga adalah nyala motivasi kami.

Dalam masa yang sama, seluruh warga sekolah dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, membawa bekalan air kosong secukupnya, serta menjaga kesihatan diri setiap masa.

Kepada pihak Pengurusan Sekolah dan semua guru, teruskan peranan sebagai pemimpin dan pembimbing dengan memastikan SOP pengurusan jerebu dipatuhi sepenuhnya, demi kesejahteraan dan keselamatan semua warga sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama melangkah dengan penuh keyakinan, memperkukuh kerjasama dan terus menyemarakkan semangat pendidikan demi anak bangsa tercinta.

Kebersamaan kita semua adalah kekuatan kita. PPD ini adalah PPD kita bersama.

“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”
PPD Kuching, BITARA Sentiasa

Ikhlas Daripada;
Dr. Majelan bin Sulong & seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
13 September 2026

Untuk makluman semua warga SK Tabuan:KENYATAAN RASMIPEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH TERJEJAS DISEBABKAN JEREBU
12/09/2026

Untuk makluman semua warga SK Tabuan:

KENYATAAN RASMI
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH TERJEJAS DISEBABKAN JEREBU

12/09/2026

Untuk makluman semua ibubapa, guru, murid dan warga pendidikan Negeri Sarawak

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) AKIBAT JEREBU Standard 1 – KepemimpinanStandard 3.1 – Pengurusan...
11/09/2026

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) AKIBAT JEREBU

Standard 1 – Kepemimpinan
Standard 3.1 – Pengurusan Kurikulum
Standard 4 – Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

ASPEK:
1.1 – PGB sebagai Peneraju
1.2 – PGB sebagai Pembimbing
3.1.2 – Pengurusan Mata Pelajara
4.1 – Guru sebagai Perancang

Tarikh: 7 - 11 September 2026

PENGLIBATAN :
Semua guru

👩🏻‍💻 OBJEKTIF:

1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat diteruskan walaupun sesi persekolahan bersemuka tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan jerebu.
2. Memberi peluang kepada murid mengikuti pembelajaran dari rumah secara terancang dan berterusan.
3. Meningkatkan penglibatan serta kerjasama ibu bapa atau penjaga dalam membantu murid mengikuti PdPR.

👩🏻‍💻 RUMUSAN

Pelaksanaan PdPR telah dijalankan bagi memastikan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran murid sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat keadaan jerebu. Guru menyediakan bahan pembelajaran, arahan tugasan dan aktiviti yang bersesuaian melalui platform komunikasi serta pembelajaran yang digunakan oleh sekolah. Murid melaksanakan tugasan dari rumah dengan pemantauan dan bimbingan guru serta sokongan ibu bapa atau penjaga. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PdPR dapat membantu memastikan proses pembelajaran terus berjalan dalam keadaan yang lebih selamat.

👩🏻‍💻 IMPAK

1. Murid dapat meneruskan pembelajaran walaupun tidak hadir ke sekolah secara bersemuka.
2. Keselamatan dan kesihatan murid lebih terpelihara dengan mengurangkan pendedahan kepada keadaan jerebu.
3. Murid dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri, pengurusan masa dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
4. Guru dapat mempelbagaikan kaedah penyampaian bahan pembelajaran mengikut keperluan murid.

👩🏻‍💻 TINDAK SUSUL

1. Guru membuat pemantauan terhadap kehadiran, penglibatan dan penghantaran tugasan murid sepanjang pelaksanaan PdPR.
2. Guru memberikan maklum balas serta bimbingan kepada murid bagi tugasan yang telah dihantar.
3. Murid yang belum melengkapkan tugasan akan diberikan peluang dan bimbingan untuk membuat pembetulan atau melengkapkan tugasan.
4. Guru mengenal pasti murid yang menghadapi kekangan dari segi peranti, capaian internet atau sokongan pembelajaran di rumah untuk tindakan intervensi yang bersesuaian.
5. Apabila keadaan jerebu bertambah baik dan sesi persekolahan bersemuka disambung semula, guru akan membuat pengukuhan dan pemulihan terhadap topik yang telah dipelajari sepanjang PdPR.
6. Pemantauan keadaan kualiti udara akan terus diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan warga sekolah.


Address

Jalan Setia Raja
Kuching
93450

Telephone

+6082365408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tabuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tabuan:

Shortcuts

Share