SMK Demak Baru

SMK Demak Baru Page Rasmi SMK Demak Baru

DEMAK BARU BANGKIT BERJAYA 💪 💪 💪
25/09/2026

DEMAK BARU BANGKIT BERJAYA 💪 💪 💪


2026-09-25T14:55:46+08:00 September 25, 2026, Jumaat - 2:55pm Ishak bersama sebahagian peserta dan urus setia selepas berakhirnya Bengkel Fasih Digital AI SMK Demak Baru, baru-baru ini. KUCHING: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan bukan bertujuan menggantikan peranan guru atau kakitan...

LAPORAN SK@STajuk: Bengkel Fasih AI. Tarikh: 23–24 September 2026 Standard SK@S:Standard 2 –Pengurusan OrganisasiObjekti...
24/09/2026

LAPORAN SK@S

Tajuk: Bengkel Fasih AI.
Tarikh: 23–24 September 2026
Standard SK@S:Standard 2 –Pengurusan Organisasi

Objektif:

* Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru serta kakitangan dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
* Memberi pendedahan kepada penggunaan AI dalam melaksanakan tugasan pengurusan dan pendidikan.
* Meningkatkan kecekapan warga sekolah dalam memanfaatkan teknologi digital.
* Menggalakkan penggunaan AI secara kreatif, beretika dan bertanggungjawab.

Rumusan:

Bengkel Fasih AI telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 September 2026 dengan melibatkan guru dan kakitangan sekolah. Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan AI bagi membantu meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan tugasan serta pengurusan sekolah. Program berjalan dengan lancar dan peserta menunjukkan minat serta penglibatan yang baik sepanjang bengkel.

Impak:

* Meningkatkan kompetensi digital guru dan kakitangan.
* Meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan harian.
* Memberi pendedahan kepada kaedah baharu yang dapat membantu menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.
* Mewujudkan warga sekolah yang lebih bersedia menghadapi perkembangan teknologi digital.
* Menggalakkan perkongsian ilmu dan amalan penggunaan AI dalam kalangan warga sekolah.

Tindak Susul:

* Menggalakkan guru dan kakitangan mengaplikasikan kemahiran AI dalam tugasan masing-masing.
* Melaksanakan perkongsian ilmu berkaitan aplikasi AI dalam kalangan warga sekolah.
* Menggalakkan penghasilan bahan dan tugasan menggunakan AI secara beretika.
* Membuat pemantauan terhadap keberkesanan penggunaan AI dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan PdP.

Disediakan oleh
Dayang Juita Binti Awang Junaidi
Ketua Bidang Kemanusiaan



📌STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM📌STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH💥ASPEK 5.2: K...
14/09/2026

📌STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM

📌STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
💥ASPEK 5.2: KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM
💥ASPEK 5.4: PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

📌PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI X LITERASI KEWANGAN 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

📌ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN & MAGGI
📌KAEDAH PERTANDINGAN: SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

📌PENCAPAIAN
🍳 KATEGORI MENENGAH RENDAH:

🥈 NAIB JOHAN
🏫 SMK Demak Baru
👩🏻‍🍳 Nur Ashidah Ain Binti Ramli
👩🏻‍🍳 Hannah Binti Muhammad Harreta

🥉 TEMPAT KETIGA
🏫 SMK Demak Baru
👩🏻‍🍳 Siti Nuriyvfatimah Binti Imran Rashady
👩🏻‍🍳 Dhiarania Batrisyia Binti Mohammad Asrul

🏅 TEMPAT KEEMPAT
🏫 SMK Demak Baru
👩🏻‍🍳 Dayangku Farhana Qistina Yusmie Binti Awangku Yusri
👩🏻‍🍳 Ashleen Cladly Anak Peter

📌NAMA GURU PEMBIMBING: CIKGU SAPTUYAH BINTI LATIP

🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG DAN GURU PEMBIMBING🎉

📌OBJEKTIF
1) Memupuk minat memasak dan mencungkil minat murid sekolah menengah serta meninggikan tahap kreativiti murid dalam bidang masakan/kulinari.
2) Menyemai kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang yang lengkap dalam kehidupan seharian.
3) Menggabungkan pelajaran tentang penganggaran, membeli barangan runcit dan pengambilan keputusan kewangan yang berkaitan dengan memasak dan pembelian makanan.
4) Mengaplikasikan kemahiran pengiraan kos pengeluaran dan kos jualan dalam situasi perniagaan sebenar atau simulasi.

📌RUMUSAN
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI x Literasi Kewangan 2026 Peringkat Negeri Sarawak merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat, kreativiti dan kemahiran dalam bidang masakan serta mengaplikasikan pengetahuan literasi kewangan dalam situasi sebenar. Penyertaan secara dalam talian turut memberi pendedahan kepada murid terhadap penggunaan teknologi dalam aktiviti kokurikulum. Program ini selaras dengan usaha sekolah dalam memperkasa potensi murid secara menyeluruh serta meningkatkan pencapaian murid dan sekolah dalam bidang kokurikulum.

📌IMPAK
💥Meningkatkan bakat dan kreativiti murid dalam bidang masakan dan kulinari melalui pengalaman pertandingan di peringkat negeri.
💥Meningkatkan kemahiran literasi kewangan murid, khususnya dalam membuat anggaran kos, perancangan pembelian dan pengurusan perbelanjaan.
💥Memupuk kemahiran keusahawanan melalui pengiraan kos pengeluaran dan kos jualan serta pendedahan kepada situasi perniagaan sebenar.
💥Meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian.
💥Membina keyakinan, disiplin, daya saing dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.
💥Meningkatkan imej dan pencapaian sekolah melalui penglibatan murid dalam pertandingan di peringkat negeri serta memberi ruang kepada guru membimbing murid mencapai kecemerlangan kokurikulum.

📌TINDAK SUSUL
💥Meneruskan bimbingan dan latihan kepada murid yang mempunyai bakat serta minat dalam bidang masakan dan kulinari.
💥Menggalakkan penyertaan murid dalam pertandingan masakan, keusahawanan dan literasi kewangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
💥Mengintegrasikan elemen literasi kewangan, pengurusan kos dan keusahawanan dalam aktiviti kokurikulum yang bersesuaian.
💥Mendokumentasikan penyertaan, pencapaian dan hasil kerja murid sebagai evidens kemenjadian murid serta pencapaian sekolah.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Kokurikulum
SMK Demak Baru






PERKARA: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINI PSKPP@SCHOOL 2026 SMK DEMAK BARUTARIKH: 7 SEPTEMBER 2026MASA: 10.10 PAGITEMPAT: ...
07/09/2026

PERKARA: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINI PSKPP@SCHOOL 2026 SMK DEMAK BARU

TARIKH: 7 SEPTEMBER 2026
MASA: 10.10 PAGI
TEMPAT: BILIK GURU

📌OBJEKTIF
💥Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah yang berjaya dalam pertandingan Mini PSKPP@School 2026.
💥Menggalakkan penglibatan pentadbir, guru dan AKP dalam aktiviti yang menyokong gaya hidup sihat.
💥Mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam kalangan warga sekolah.
💥Membina kesejahteraan warga sekolah melalui aktiviti s**an dan rekreasi.

📌RUMUSAN
Majlis Penyampaian Hadiah Mini PSKPP@School 2026 SMK Demak Baru telah dilaksanakan pada 7 September 2026, jam 10.10 pagi bertempat di Bilik Guru. Majlis melibatkan pentadbir sekolah, guru dan AKP sebagai penghargaan kepada peserta dan pemenang pertandingan catur, dart dan bola tampar yang telah berlangsung pada 19 Ogos 2026. Program ini menjadi platform untuk membina kesejahteraan melalui hubungan, gaya hidup sihat dan suasana ceria.

📌IMPAK
💥Meningkatkan motivasi dan semangat warga sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti PSKPP@School.
💥Memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
💥Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pentadbir, guru dan AKP.
💥Mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih ceria, positif dan harmoni.

📌TINDAK SUSUL
💥Menggalakkan penglibatan berterusan warga sekolah dalam aktiviti PSKPP@School.
💥Meneruskan pelaksanaan aktiviti s**an dan rekreasi yang bersesuaian.
💥Memberi penghargaan kepada warga sekolah yang aktif dan menunjukkan pencapaian dalam aktiviti PSKPP.
💥Memperkukuh kerjasama antara pentadbir, guru dan AKP dalam menjayakan aktiviti kesejahteraan warga sekolah.

Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Kokurikulum
SMK Demak Baru




05/09/2026

Fungsi, Tanggungjawab dan Autonomi Pengurusan Jerebu Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dalam pengurusan situasi jerebu, setiap peringkat mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan dasar, garis panduan serta memberikan kuasa autonomi melalui Surat Pekeliling dan Garis Panduan bagi memastikan keputusan dapat dibuat dengan pantas berdasarkan keadaan setempat.

Di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN), segala perkembangan dan keputusan berkaitan pengoperasian sekolah akan diselaras berdasarkan situasi negeri. Sebelum sebarang Kenyataan Media dikeluarkan, JPN Sarawak akan terlebih dahulu merujuk kepada YB Menteri Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) bagi memastikan keputusan dan penyampaian maklumat adalah selaras dengan dasar serta ketetapan KPM.

Di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pemantauan keadaan setempat serta penyelarasan dengan sekolah menjadi aspek penting bagi memastikan arahan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Manakala di peringkat Pengetua dan Guru Besar (PGB), kuasa autonomi yang diberikan membolehkan keputusan dibuat berdasarkan keadaan sebenar di sekolah dan kawasan masing-masing, dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah.

Pendekatan ini mencerminkan kepercayaan KPM kepada semua peringkat pengurusan pendidikan untuk membuat keputusan secara cepat, bertanggungjawab dan berasaskan situasi setempat. JPN Sarawak amat menghargai autonomi dan kepercayaan yang diberikan oleh KPM ini dalam memastikan pengurusan jerebu dapat dilaksanakan secara teratur dan responsif.

"Proaktif, Persuasif dan Produktif"

Tahun ini tahun kita.




04/09/2026
30/08/2026

BILA ORANG YANG BANYAK BERJASA PUN CUMA MAHU SATU BENDA: KEJELASAN.

Isu antara Datuk Azizulhasni Awang dan Majlis Sukan Negara sebenarnya menarik untuk dilihat bukan sekadar sebagai isu s**an.

Sebab di sebalik pertikaian tentang program, bajet dan persediaan menuju Olimpik Los Angeles 2028, ada satu perkara yang sangat relatable dengan dunia pekerjaan.

Clarity.


Azizulhasni telah memberikan sebahagian besar hidupnya kepada s**an negara.

Bertahun-tahun berlatih.

Bertanding di pentas dunia.

Menang pingat.

Melalui kecederaan, pembedahan dan tekanan yang mungkin s**ar kita bayangkan.

Selepas semua itu, persoalannya bukan semata-mata,

“Berapa banyak duit saya akan dapat?”

Tetapi lebih asas.

Adakah negara masih mahukan saya untuk LA28?

Kalau ya, apakah perancangannya?

Apakah sokongan yang akan diberikan?

Apa yang perlu saya lakukan selepas ini?


Daripada penjelasan Azizulhasni, beliau merasakan terlalu lama menunggu kepastian mengenai hala tuju tersebut.

MSN p**a menjelaskan bahawa beberapa perbincangan telah dibuat dan sokongan terhadap program beliau memang sedang diusahakan, termasuk permintaan supaya pelan serta bajet dikemukakan untuk dimuktamadkan.

Jadi mungkin masalahnya bukan semudah mengatakan satu pihak betul dan satu pihak salah.

Kadang-kadang dua pihak sebenarnya mahu menuju destinasi yang sama.

Tetapi communication gap di tengah-tengah boleh menyebabkan masing-masing merasakan mereka tidak didengari.


Dan perkara seperti ini bukan berlaku dalam s**an sahaja.

Ia berlaku di pejabat.

Di hospital.

Di sekolah.

Di syarikat.

Di mana-mana organisasi.

Ada pekerja yang tidak kisah diberi kerja berat.

Mereka sanggup bekerja lebih.

Sanggup belajar.

Sanggup memikul tanggungjawab.

Tetapi perkara yang perlahan-lahan memenatkan mereka ialah apabila mereka tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Hari ini kata A.

Esok kata B.

Tunggu keputusan.

Tunggu mesyuarat.

Tunggu kelulusan.

Tunggu arahan.

Bulan berganti bulan.

Akhirnya seseorang yang masih mempunyai tenaga untuk bekerja mula kehilangan tenaga kerana menunggu.


Dalam pengurusan manusia, uncertainty itself can be exhausting.

Pekerja sebenarnya boleh menerima banyak perkara, termasuk keputusan yang mereka tidak s**a, jika keputusan itu disampaikan dengan jelas, jujur dan pada waktunya.

Yang lebih s**ar ialah hidup terlalu lama dalam keadaan tidak pasti.

Tidak tahu sama ada masih diperlukan.

Tidak tahu apa hala tuju.

Tidak tahu apa yang organisasi harapkan.

Tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.


Dan lebih tinggi prestasi seseorang, lebih penting perkara ini.

High performers biasanya sudah tahu bagaimana hendak bekerja.

Mereka tidak perlukan micromanagement setiap hari.

Tetapi mereka perlukan satu perkara daripada organisasi:

direction.

Beritahu apa sasaran.

Beritahu apa resources yang ada.

Beritahu apa yang tidak boleh diberikan.

Beritahu timeline.

Jika belum ada keputusan, beritahu bila keputusan akan dibuat.

Kadang-kadang ayat,

“Kami belum ada jawapan sekarang, tetapi kami akan beri keputusan sebelum tarikh ini,”

jauh lebih baik daripada membiarkan seseorang terus menunggu tanpa kepastian.


Kejelasan juga satu bentuk penghormatan.

Terutamanya kepada seseorang yang sudah lama memberi sumbangan kepada organisasi.

Kita mungkin tidak mampu memenuhi setiap permintaan mereka.

Tetapi kita masih boleh mendengar.

Kita masih boleh menjelaskan.

Kita masih boleh berkomunikasi dengan baik.

Dan jika akhirnya jawapannya adalah “tidak”, sampaikanlah dengan hormat.


Sebab kadang-kadang orang tidak meninggalkan organisasi kerana kerja terlalu banyak.

Mereka pergi selepas terlalu lama tertanya-tanya,

“Adakah tempat ini masih menghargai apa yang saya lakukan?”

Bukan semua orang meminta ganjaran besar.

Kadang-kadang mereka cuma mahu hala tuju yang jelas, komunikasi yang jujur dan rasa dihormati.

Kadang-kadang yang paling melelahkan bukan kerja itu sendiri.

Tetapi menunggu kepastian.

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.Aspek: 3.1.2 Pengurusan Matapelajaran.3.1.2.3 Program peningkatan ...
29/08/2026

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.
Aspek: 3.1.2 Pengurusan Matapelajaran.
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional

TAJUK: LDP- BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) MENENGAH RENDAH

TARIKH: 19 Ogos 2026 (Rabu)
MASA: 1.15 petang -2.45 petang
TEMPAT: Makmal Fizik1, SMK Demak Baru
Bilangan guru yang terlibat: Semua guru Sains. (8 orang)
PENGLIBATAN:
1. Inon binti Osman (KB Sains dan Matematik)
2. Zumilawati binti Kadir (KP Panitia Sains)
3. Hannizah binti Ali
4. Tea Su yong
5. Fa’izah binti Boing
6. Al-Idrus bin Jais
7. Jusliana binti Kese
8. Rosmawaty bt Yahya (Fasilitator)

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kefahaman guru tentang kaedah menjawab soalan yang melibatkan hipotesis, inferens serta definisi secara operasi.
2. Memperkukuh kemahiran guru dalam membimbing murid menjawab soalan bahagian B dan C melibatkan hipotesis, inferens dan juga definisi secara operasi.
RUMUSAN:
1. Sesi perkongsian pemantapan Kemahiran Proses Sains (KPS) Menengah Rendah telah berjaya memberikan pendedahan yang jelas kepasa guru Sains.
2. Guru turut didedahkan dengan teknik membimbing murid menjawab soalan struktur dengan lebih sistematik selaras dengan kehendak soalan.
3. Diharapkan sesi ini dapat mewujudkan keseragaman dalam amalan pengajaran serta meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan struktur melibatkan penulisan hipotesi, inferens dan definisi secara operasi.

IMPAK:
1. Guru lebih memahami tentang kaedah menjawab soalan yang melibatkan hipotesis, inferens serta definisi secara operasi.

TINDAK SUSUL:
1. Guru melaksanakan teknik menjawab soalan yang melibatkan hipotesis, inferens serta definisi secara operasi Bersama semua peringkat muridmenengah rendah.
2. Melaksanakan pemantauan melalui analisis markah bahagian yang melibatkan hipotesis, inferens serta definisi secara operasi.

Laporan disediakan oleh;
Rosmawaty bt Yahya
Guru Sains Menengah Rendah
SMK Demak Baru



Address

Jalan Diplomatik
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00

Telephone

+6082311670

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Demak Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Demak Baru:

Shortcuts

Share

Category