SK Petra Jaya

SK Petra Jaya Welcome to SK Petrajaya, Kuching. Located in the heart of Matang Jaya, SK Petrajaya is home to over 900 students.

Our school embraces diversity and innovation to prepare students for the future.

Sesi undian kini telah ditutup.Post undian telah di-hide sementara supaya jumlah likes tidak terus bertambah selepas tem...
24/09/2026

Sesi undian kini telah ditutup.

Post undian telah di-hide sementara supaya jumlah likes tidak terus bertambah selepas tempoh undian tamat. Keputusan akan diumumkan esok.

Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan!

KELULUSAN SUMBANGAN BAGI PPKI DAN PASUKAN ROBOTIK SK PETRA JAYAAlhamdulillah, SK Petra Jaya merakamkan kesyukuran atas k...
24/09/2026

KELULUSAN SUMBANGAN BAGI PPKI DAN PASUKAN ROBOTIK SK PETRA JAYA

Alhamdulillah, SK Petra Jaya merakamkan kesyukuran atas kelulusan sumbangan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Sumbangan tersebut merangkumi pembelian alat terapi dan peralatan sukan untuk kegunaan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), serta set LEGO Education Spike Prime bagi pembangunan program robotik SK Petra Jaya dan pembelajaran STEM murid.

Sumbangan ini akan diuruskan melalui PIBG SK Petra Jaya sebelum disalurkan kepada pihak berkenaan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong pembelajaran, perkembangan dan pembangunan potensi murid di SK PETRA JAYA.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof atas keprihatinan serta sokongan beliau terhadap kebajikan dan kecemerlangan murid-murid SK Petra Jaya.

Penghargaan turut ditujukan kepada Haji Morshidi bin Haji Said, Setiausaha Sulit kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, atas perhatian, sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan sumbangan ini.

Semoga segala kemudahan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak SK Petra Jaya.

IKLAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SK PETRA JAYASK Petra Jaya mempelawa individu atau syarikat yang berminat untuk mengemu...
01/09/2026

IKLAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SK PETRA JAYA

SK Petra Jaya mempelawa individu atau syarikat yang berminat untuk mengemukakan tawaran bagi pengusahaan Kantin SK Petra Jaya.

đź“… Tempoh pengusahaan:
1 Disember 2026 hingga 30 November 2028

đź“„ Pengambilan borang:
Borang tender/sebut harga boleh didapatkan secara percuma di Pejabat SK Petra Jaya pada waktu pejabat, mulai 2 September hingga 15 September 2026.

⏰ Tarikh tutup permohonan:
30 September 2026 (Rabu), jam 4.30 petang

Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dipertimbangkan. Mohon jasa baik semua untuk berkongsi hebahan ini kepada pihak yang berminat. Terima kasih.

📢 PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI AKADEMIK 2027Salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tingkatan Sa...
21/08/2026

📢 PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI AKADEMIK 2027

Salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu bagi sesi akademik 2027 untuk Kolej Sarawak, Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) kini dibuka secara dalam talian.

đź“… Tarikh permohonan:
17 Ogos hingga 18 September 2026

Ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR pada poster untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi permohonan.

Mohon ambil perhatian dan pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada XFAB Sarawak Sdn. Bhd. atas tajaan L...
03/07/2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada XFAB Sarawak Sdn. Bhd. atas tajaan LEGO Education SPIKE Expansion Set kepada Pasukan Robotik SK Petra Jaya.

Semoga tajaan ini menjadi pendorong kepada perkembangan STEM di SK Petra Jaya dan meningkatkan lagi penglibatan murid dalam aktiviti robotik serta pembelajaran berasaskan teknologi.

Sektor Pembangunan Murid, PPD Padawan
SK Petra Jaya Robotic

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil PPD Padawan dari SK Petra Jaya yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam...
18/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil PPD Padawan dari SK Petra Jaya yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Sibu.

Tahniah kepada Deandra Rumaisya binti Ismawi (5 Cempaka) yang berjaya meraih Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan, serta Muhammad Harraz Ukhael bin Mohd Hafif (5 Dahlia) yang berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Tilawah Al-Quran Lelaki.

Tahniah juga diucapkan kepada Uwais bin Muhammad Yasir (4 Cempaka) yang telah mewakili Bahagian Padawan dalam acara Hafazan Al-Quran di peringkat negeri. Kejayaan melangkah sehingga ke pentas MQNKSS Peringkat Negeri merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan usaha, komitmen serta kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang persiapan dan pertandingan.

Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh oleh para peserta menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Pada minggu lepas, wakil murid SK Petra Jaya yang diiringi oleh beberapa orang guru telah berpeluang menghadiri Sarawak ...
12/06/2026

Pada minggu lepas, wakil murid SK Petra Jaya yang diiringi oleh beberapa orang guru telah berpeluang menghadiri Sarawak Career & Training Fair (S**T Fair) 2026 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.

Program ini memberikan pendedahan kepada murid tentang pelbagai peluang pendidikan, latihan kemahiran, kerjaya serta perkembangan teknologi yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan organisasi. Murid-murid turut berpeluang meneroka pelbagai pameran dan aktiviti interaktif yang berkaitan dengan STEM, inovasi dan pembangunan kemahiran.

Diharapkan pengalaman ini dapat membuka minda murid tentang pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan, di samping menyemai minat untuk terus belajar, meneroka dan mengembangkan potensi diri.

Warga SK Petra Jaya mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada ...
12/06/2026

Warga SK Petra Jaya mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada para pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan melaksanakan program di sekolah ini.

Selamat maju jaya kepada Muhammad Aidil Akmal bin Rizal, Francine Sharez anak Franky, Muhammad Aiman Sha’aban bin Jamal dan Amalina Batrisya binti Kalana sepanjang menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Petra Jaya.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan memperoleh pengalaman yang bermanfaat sepanjang berada bersama warga sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang murid yang akan mewakili Bahagian Padawan ke Mahrajan Al-Q...
11/06/2026

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang murid yang akan mewakili Bahagian Padawan ke Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang akan berlangsung di Sibu pada 12 hingga 14 Jun 2026.

Wakil yang akan membawa cabaran Bahagian Padawan ialah Deandra Rumaisya binti Ismawi (5C) dan Muhammad Harraz Ukhael bin Mohd Hafif (5D) bagi acara Tilawah Al-Quran, serta Uwais bin Muhammad Yasir (4C) bagi acara Hafazan Al-Quran.

Semoga segala usaha, latihan dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Warga sekolah turut mendoakan agar mereka diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga berjaya mengharumkan nama Bahagian Padawan dan membawa pulang pengalaman yang berharga serta kenangan yang membanggakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid PPKI SK Petra Jaya yang telah menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan...
10/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid PPKI SK Petra Jaya yang telah menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Padawan yang dianjurkan bersama oleh tiga buah sekolah pengelola iaitu PPKI SK Petra Jaya, SMK Batu Kawa dan SK Stapok.

Penyertaan murid-murid PPKI SK Petra Jaya pada tahun ini amat membanggakan apabila sekolah berjaya mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan. Komitmen, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang kejohanan wajar diberikan penghargaan.

Tahniah diucapkan kepada Nuraini yang berjaya terpilih ke peringkat negeri bagi acara lontar peluru serta Alia Haziqah bagi acara lompat jauh. Kedua-dua atlet akan mewakili daerah ke Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung di Miri pada bulan Julai nanti.

Bagi murid-murid yang belum berjaya, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Setiap penyertaan dan usaha yang dicurahkan merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, seluruh warga SK Petra Jaya serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kejohanan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Address

Lorong Matang Jaya 6, Matang Jaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Petra Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Petra Jaya:

Shortcuts

Share

Category