Sekolah Kebangsaan Green Road

Sekolah Kebangsaan Green Road ๐Ÿซ Ikuti halaman Facebook rasmi SK Green Road untuk info, pengumuman & aktiviti terkini.
๐Ÿ‘ Tekan Follow untuk terus mengikuti kami.

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASIASPEK 2.1: Pengurusan Sumber Manusia[ 2.1.1] Sumber manusia diurus secara sistematik da...
27/09/2026

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK 2.1: Pengurusan Sumber Manusia
[ 2.1.1] Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang

STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.1 : Ketetapan pelaksanaan kurikulum
[ 3.1.1.1] Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang
[ 3.1.2 .3] Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang

STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
ASPEK 5.1 : Kemenjadian murid dalam akademik
ASPEK 5.3: Kemenjadian sahsiah murid.

๐Ÿ•Œ*KEM GENERASI MADANI: โ€œAL-QURAN DI HATIโ€*

๐Ÿ“… *Tarikh:* 26 September 2026 (Selasa)
โฐ *Masa:* 7.30 pagi โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ *Tempat:* SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching

๐Ÿ”– SASARAN
Murid Tahun 6 yang berada pada *Juzuk 20 dan ke atas*

๐Ÿ”– ANJURAN
*Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran*
*Pejabat Pendidikan Daerah Kuching*

๐Ÿ”– DENGAN KERJASAMA
*SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching*

๐Ÿ•Œ KEM GENERASI MADANI: โ€œAL-QURAN DI HATIโ€
PROGRAM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6

๐Ÿ”–1. OBJEKTIF
1. Memupuk kecintaan murid terhadap Al-Quran serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca dan menghayati Al-Quran dengan bacaan yang betul, lancar dan bertajwid.
3. Membimbing murid agar dapat mempercepatkan dan melengkapkan bacaan Al-Quran sehingga khatam.
4. Mempertingkat penguasaan murid dalam aspek makhraj huruf, sebutan dan hukum tajwid.
5. Membentuk akhlak, sahsiah dan nilai murni murid berlandaskan ajaran Al-Quran.
6. Memupuk sikap istiqamah dalam membaca dan menghayati Al-Quran.
7. Melahirkan Generasi MADANI yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

๐Ÿ”– 2. PELAKSANAAN
๐Ÿ€Peserta yang telah mencapai *Juzuk 20 dan ke atas* mengikuti bimbingan bacaan Al-Quran secara *Talaqqi Musyafahah* dengan bantuan mentor daripada SMKA Tun Ahmad Zaidi.

๐Ÿ€Setiap peserta dibimbing secara berfokus oleh seorang mentor bagi memastikan bacaan Al-Quran dapat diselesaikan sehingga khatam.
๐Ÿ€Mentor berperanan membimbing dan memperbetulkan bacaan peserta, khususnya dari aspek *makhraj huruf, sebutan dan hukum tajwid*.
๐Ÿ€Kaedah *Talaqqi Musyafahah* yang dilaksanakan secara bersemuka membolehkan bacaan murid dipantau dan diperbetulkan secara langsung. Pendekatan ini membantu memastikan bacaan Al-Quran murid dilakukan dengan *betul, lancar dan bertajwid*.

๐Ÿ€Penglibatan mentor daripada SMKA Tun Ahmad Zaidi turut mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dekat, kolaboratif dan berfokus, di samping memberi motivasi kepada murid untuk menyelesaikan bacaan Al-Quran sehingga khatam.

๐Ÿ”– 3. RUMUSAN
*Kem Generasi MADANI: โ€œAl-Quran di Hatiโ€* telah dilaksanakan dengan lancar melalui penglibatan aktif guru, murid serta mentor daripada SMKA Tun Ahmad Zaidi.

Pelaksanaan program yang memberi tumpuan kepada murid yang telah mencapai *Juzuk 20 dan ke atas* membantu mempercepatkan proses bacaan Al-Quran sehingga khatam secara lebih *terancang, sistematik dan berfokus*.

Bimbingan secara talaqqi musyafahah oleh mentor p**a membantu murid memperbetulkan makhraj huruf, sebutan dan hukum tajwid. Pendekatan ini secara tidak langsung meningkatkan kelancaran dan ketepatan bacaan Al-Quran dalam kalangan peserta.

๐Ÿ€4. IMPAK
Pelaksanaan *Kem Generasi MADANI: โ€œAl-Quran di Hatiโ€* telah memberikan beberapa impak positif kepada peserta, antaranya:

1. Murid mendapat bimbingan bacaan Al-Quran secara lebih dekat, teratur dan berterusan.
2. Murid dapat meningkatkan kelancaran bacaan serta memperbaiki aspek sebutan, makhraj huruf dan hukum tajwid.
3. Bimbingan mentor dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi murid untuk menyelesaikan bacaan Al-Quran sehingga khatam.
4. Murid mendapat pengalaman pembelajaran Al-Quran secara bersemuka melalui kaedah talaqqi musyafahah.
5. Program membantu memupuk kecintaan dan istiqamah murid terhadap Al-Quran.
6. Program menyokong usaha membentuk Generasi MADANI yang **berilmu, beradab dan berakhlak mulia** berlandaskan nilai-nilai Al-Quran.

๐Ÿ”– 5. TINDAK SUSUL
1. Panitia Pendidikan Islam akan meneruskan pemantauan bacaan Al-Quran murid berdasarkan tahap penguasaan masing-masing.
2. Bimbingan susulan akan diberikan kepada murid yang memerlukan pengukuhan dalam aspek bacaan, makhraj huruf, sebutan dan tajwid.
3. Rekod bacaan serta perkembangan murid akan dijadikan rujukan dalam merancang intervensi dan program pengukuhan Al-Quran pada masa akan datang.
4. Usaha membudayakan bacaan Al-Quran secara konsisten akan diteruskan di peringkat sekolah.
5. Murid akan digalakkan untuk meneruskan amalan membaca Al-Quran secara istiqamah dalam kehidupan seharian agar budaya mencintai dan menghayati Al-Quran dapat diperkukuh secara berterusan.

๐Ÿ”–6. PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit Pendidikan Islam PPDK, mentor daripada SMKA Tun Ahmad Zaidi serta murid-murid yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan *Kem Generasi MADANI: โ€œAl-Quran di Hatiโ€*.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang *mencintai, menghayati dan mengamalkan Al-Quran* dalam kehidupan.
*โ€œAl-Quran di Hati, Generasi MADANI Berakhlak Mulia.โ€*

Disediakan Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam. Terima kasih ustazah.

๐Ÿคฒ๐Ÿ“–





STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUMASPEK 3.1: Pengurusan Kurikulum[ 3.1.2.3] Program peningkatan pencapaian murid diurus se...
26/09/2026

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1: Pengurusan Kurikulum
[ 3.1.2.3] Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang

STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN GURU DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
ASPEK 5.1: Kemenjadian Akademik Murid
[5.1.2] Pencapaian Murid dalam Aktiviti Akademik

PROGRAM DROBOTEX 2026

Drone & Robotics Explore โ€“ Anjuran TEGAS

Maklumat Program
๐Ÿ—“๏ธTarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
๐ŸซTempat: Dewan Sukan dan Komuniti Ang Cheng Ho, Batu Kawa, Kuching
๐ŸŽฎ๐Ÿ‘พAnjuran: TEGAS
๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’Pelibatan:
1. Annie Ng ( PKP )
2. Aminuddin bin Madil ( PKKK)
3. Asrey bin Ariffin
4. Jennnifer Martha Sigar
5. Faizatul Nazwa binti Khufadil
6. Nurfasihah binti Ismail
7. 35 orang murid Tahun 4, 5 dan 6
โŒšMasa bertolak: 12.15 tengah hari
โŒšMasa kembali: 3.15 petang
๐ŸšŒPengangkutan: Bas yang disediakan

๐Ÿ–‹๏ธOBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid mengenai teknologi semasa khususnya dron, robotik dan inovasi digital.
2. Meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
3. Memberi peluang kepada murid mengikuti pembelajaran luar bilik darjah melalui pameran, bengkel dan aktiviti berkaitan teknologi.
4. Mengembangkan kemahiran pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah.
5. Mencungkil minat dan potensi murid dalam bidang robotik, teknologi dan inovasi.

๐Ÿ–‹๏ธRUMUSAN
1. Program Drobotex 2026 โ€“ Drone & Robotics Explore anjuran TEGAS telah disertai oleh 35 orang murid di kalangan Tahun 4, 5 dan 6 bersama 6 orang guru SK Green Road.
2. Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki bas yang disediakan dan kembali pada pukul 3.15 petang.
3.Program yang mengetengahkan elemen Workshop, Competition dan Exhibition ini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid melalui pendedahan kepada teknologi dron, robotik dan inovasi. 4.Penyertaan ini turut menyokong usaha sekolah memperkasakan pendidikan STEM serta menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih autentik di luar bilik darjah.
5.Terima kasih kepada ibu bapa / penjaga murid yang terlibat kerana memberi kebenaran untuk anak anak mengikuti program ini.
6.Terima kasih kepada pihak TEGAS kerana telah menyediakan pengangkutan dan makanan kepada pihak sekolah.

๐Ÿ–‹๏ธIMPAK
1. Program ini dapat meningkatkan minat, pengetahuan dan rasa ingin tahu murid terhadap bidang STEM, khususnya robotik dan teknologi dron.
2.Murid memperoleh pengalaman baharu yang dapat menghubungkan pembelajaran di sekolah dengan aplikasi teknologi dalam kehidupan sebenar.
3. Program turut membantu membina kemahiran abad ke-21 seperti kreativiti, komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, di samping meningkatkan keyakinan murid untuk meneroka bidang teknologi dan inovasi.

๐Ÿ–‹๏ธTINDAK SUSUL
1. Mengadakan sesi perkongsian pengalaman oleh murid yang menyertai Drobotex kepada rakan-rakan di sekolah.
2. Menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam Kelab STEM, robotik, pengaturcaraan dan aktiviti inovasi.
3. Mengenal pasti murid yang mempunyai minat dan potensi dalam bidang STEM untuk dibimbing secara berterusan.
4. Merancang penyertaan murid dalam bengkel, pertandingan atau program robotik dan teknologi pada masa akan datang.
5. Memperkukuh jaringan dan kerjasama SK Green Road dengan TEGAS serta agensi berkaitan STEM dan teknologi bagi memperluas peluang pembelajaran murid.






STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASIAspek 2.1: Pengurusan Sumber ManusiaItem 2.1.2: Pembangunan sumber manusia diurus secar...
26/09/2026

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
Aspek 2.1: Pengurusan Sumber Manusia
Item 2.1.2: Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.

KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026: ASPIRASI RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026โ€“2035 โ€œSehari Bersama Rakyatโ€

๐Ÿ—“๏ธTarikh:
26 September 2026 (Sabtu)
โŒšMasa:
7:00 pagi โ€“ 1:00 petang
๐Ÿ“šTempat:
Pustaka Negeri Sarawak
๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’Penglibatan:
1. Cikgu Ishak bin Bujang (PKHEM)
2. Cikgu Gerald anak Benjamin (wakil PIBG)
3. Cikgu Rohami binti Supertan (wakil PIBG)

๐Ÿ–‹๏ธOBJEKTIF:
1. Meningkatkan kefahaman tentang agenda pendidikan yang menekankan pembangunan murid secara holistik.
2. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara warga pendidikan dengan masyarakat.
3. Memberi peluang kepada peserta mendapatkan maklumat serta berkongsi pandangan berkaitan perkembangan pendidikan semasa.

๐Ÿ–‹๏ธRUMUSAN :
1. Cg Ishak ( PKHEM ) serta 2 orang guru wakil kepada PIBG untuk menghadiri Karnival Pendidikan Madani 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.
2. Karnival telah memberikan pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada peserta berkaitan aspirasi RPM 2026โ€“2035.
3.Program ini turut menjadi platform untuk memahami hala tuju pendidikan serta kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, agensi pendidikan dan masyarakat dalam memperkukuh kualiti pendidikan.

๐Ÿ–‹๏ธIMPAK:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta terhadap aspirasi RPM 2026โ€“2035.
2. Memupuk kesedaran tentang peranan warga pendidikan dalam merealisasikan agenda pendidikan negara.
3. Memperkukuh jaringan hubungan antara sekolah dengan komuniti dan pihak berkepentingan.

๐Ÿ–‹๏ธTindak Susul:
1. Berkongsi maklumat dan pengetahuan yang diperoleh bersama warga Sekolah Kebangsaan Green Road
2. Mengambil kira aspirasi RPM 2026โ€“2035 dalam perancangan dan pelaksanaan program sekolah.
3. Memperkukuh kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam menyokong perkembangan murid.
4. Melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap program dan aktiviti sekolah selaras dengan hala tuju pendidikan semasa





STANDARD 1: KEPEMIMPINAN ASPEK 1.3: PGB sebagai pendorong [ 1.3.3] PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tan...
26/09/2026

STANDARD 1: KEPEMIMPINAN
ASPEK 1.3: PGB sebagai pendorong
[ 1.3.3] PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang

STANDARD 2 : PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK 2. 1 : Pengurusan Sumber Manusia
[ 2.1.2] Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang
ASPEK 2.5: Iklim
[ 2.5.1] Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang

TAJUK: LAPORAN PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 25 September 2026
โŒšMasa: 10.30 pagi
๐ŸซTempat: Kelas masing-masing
๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’Pelibatan diketuai oleh:
1. Sharifah Linora'Ashikin binti Dato' Haji Wan Zaim ( GB)
2. Semua Penolong Kanan
3. Semua guru kelas dan pembantu
4. Pihak Kebersihan Sekolah
5. Semua murid SK Green Road
6. AKP - En Hisyam

๐Ÿ–‹๏ธOBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah.
2. Memupuk sikap bertanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan murid.
3. Membudayakan amalan menjaga kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.
4. Mewujudkan bilik darjah yang bersih, kemas, ceria, selamat dan kondusif untuk PdP.

๐Ÿ–‹๏ธRUMUSAN
1.Program Hari Cuci Malaysia 2026 mula pada pukul 10.30 - 11.30 dilaksanakan melalui aktiviti gotong-royong di kelas masing-masing.
2.Murid bersama guru kelas dan penolong guru kelas menjalankan aktiviti membersih, mengemas serta menceriakan bilik darjah menggunakan peralatan yang bersesuaian. 3.Program ini memberi pengalaman secara langsung kepada murid untuk mengamalkan nilai kebersihan, kerjasama, disiplin dan tanggungjawab terhadap persekitaran pembelajaran.
4.Murid berasa seronok dan mereka tahu tanggungjawab dan peranan masing- masing untuk membersihkan kelas.
5.Guru kelas dan pembantu turut sama membersihkan kelas sambil memantau keselamatan murid-murid mereka. Tahniah

๐Ÿ–‹๏ธIMPAK
1.Program berjaya meningkatkan kesedaran murid bahawa kebersihan kelas merupakan tanggungjawab bersama.
2.Murid menunjukkan kerjasama dan penglibatan aktif dalam menjaga kebersihan serta kekemasan kelas.
3.Persekitaran bilik darjah menjadi lebih bersih, teratur dan ceria, sekali gus menyokong suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

๐Ÿ–‹๏ธTINDAK SUSUL
1. Guru kelas dan penolong guru kelas akan meneruskan pemantauan kebersihan serta keceriaan kelas secara berkala.
2.Jadual bertugas murid diperkasakan dan amalan membersihkan ruang pembelajaran selepas aktiviti akan terus dibudayakan.
3.Murid juga akan sentiasa diberi peringatan supaya menjaga kemudahan kelas, mengurus sampah dengan betul dan mengekalkan kebersihan sebagai amalan harian.
4.Pihak pentadbir terutama PK Hem akan sentiasa memantau tahap kebersihan setiap kelas juga.






STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUMASPEK 3.1.2: PENGURUSAN MATA PELAJARANLAPORAN OPR BENGKEL MATEMATIK TAHUN 6Anjuran: Pa...
25/09/2026

STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM

ASPEK 3.1.2: PENGURUSAN MATA PELAJARAN

LAPORAN OPR BENGKEL MATEMATIK TAHUN 6
Anjuran: Panitia Matematik, SK Green Road

Tarikh: 21 September 2026
Masa: 2:00 petang
Tempat: Pusat Sumber dan Kelas Tahun 6

Penglibatan:
1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Semua murid Tahun 6
4. Semua Guru Matematik:
-Cikgu Rohami binti Supertan
-Cikgu Wee Chuan Siew
-Cikgu Dayang Azrin binti Hasbi
-Cikgu Rohameza binti Hizmi
-Cikgu Grace anak Ubong
-Cikgu Julia anak Adat
-Cikgu Suganthi a/p Ramasamy
-Cikgu Wong Khai Fang
-Cikgu Dayang Santi Kesuma

Objektif:

1. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 6 dalam mata pelajaran Matematik.
2. Membimbing murid memahami dan menyelesaikan soalan Matematik dengan kaedah yang betul.
3. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan serta ketepatan dalam pengiraan.

Rumusan:
Bengkel Matematik Tahun 6 telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir, guru-guru Matematik serta semua murid Tahun 6. Aktiviti bengkel memberi peluang kepada murid untuk membuat pengukuhan, perbincangan dan latihan dalam menyelesaikan soalan Matematik.

Impak:

1. Murid lebih memahami konsep dan kaedah penyelesaian soalan Matematik.
2. Murid dapat mengenal pasti kesilapan dan membuat pembetulan terhadap jawapan.
3. Meningkatkan kesediaan murid menghadapi UP DLP 2026.

Tindak Susul:

1. Memberikan latihan pengukuhan secara berkala kepada murid Tahun 6.
2. Membimbing murid yang masih lemah berdasarkan kesalahan dan kelemahan yang dikenal pasti.
3. Melaksanakan perbincangan serta semakan jawapan secara berterusan.

Disediakan oleh Setiausaha Panitia Matematik . Tahniah semua cikgu. Anda memang hebat. ๐Ÿค๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช






STANDARD 3.2 : PENGURUSAN KOKURIKULUMASPEK 3.2.2 : Pengurusan Kelab dan PersatuanTajuk:Pertandingan Kitar Semula Siri Ke...
25/09/2026

STANDARD 3.2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM
ASPEK 3.2.2 : Pengurusan Kelab dan Persatuan

Tajuk:
Pertandingan Kitar Semula Siri Ke-7 (Anjuran Kelab Pencinta Alam, SK Green Road)

Tarikh:
15/9/2026 hingga 23/9/2026

Masa:
6:30 pagi โ€“ 2:00 petang

Penglibatan:
1. Ahli Kelab Pencinta Alam
2. Murid Tahun 1 โ€“ 6
3. Semua warga SK Green Road (Pentadbir, Guru, Anggota Kump**an Pelaksana, dan Pekerja Swasta)

Objektif:
1. Memupuk Kesedaran:Meningkatkan keprihatinan dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan amalan am 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian.
2. Pengurangan Sisa: Mengurangkan penjanaan jumlah sampah di kawasan sekolah melalui aktiviti pengump**an bahan kitar semula secara sistematik.
3. Penglibatan Aktif & Kepimpinan:Melatih ahli Kelab Pencinta Alam menguruskan projek alam sekitar, menyusun strategi pengump**an, dan mengumpul data secara berpasukan.

Rumusan:
Pertandingan Kitar Semula Siri Ke-7 telah berlangsung dengan jayanya sepanjang tempoh sembilan hari program dijalankan. Aktiviti penimbangan dan pengump**an bahan kitar semula (seperti kertas, plastik, dan tin aluminium) telah diuruskan oleh ahli Kelab Pencinta Alam di bawah bimbingan guru penasihat pada sebelah pagi (6:30 pagi) dan sewaktu tamat persekolahan (2:00 petang). Kerjasama serta sokongan padu daripada murid-murid Tahun 1 hingga 6, barangan simpanan rumah daripada ibu bapa, serta komitmen warga sekolah telah membolehkan pengump**an barangan kitar semula mencapai sasaran yang ditetapkan.

Impak:
1. Kepada Murid:Murid mengamalkan budaya tidak membuang sisa boleh guna semula dan dapat membezakan kategori bahan kitar semula dengan tepat.
2. Kepada Kelab & Persatuan:Ahli Kelab Pencinta Alam dapat mengasah kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, serta pengurusan rekod timbangan barangan dengan lebih efisien.
3. Kepada Persekitaran Sekolah:Kawasan persekitaran SK Green Road kekal bersih, indah, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif (Sekolah Hijau).

Tindak Susul:
1. Anugerah & Pengiktirafan: Mengumumkan pemenang (kategori kelas dan individu) serta menyampaikan sijil dan hadiah semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah untuk memberi motivasi berterusan.
2. Jualan Barangan Kitar Semula:Menguruskan penyerahan dan jualan bahan yang dikumpul kepada pihak kontraktor/pembeli kitar semula berdaftar untuk mengisi tabung aktiviti Kelab Pencinta Alam.
3. Penambahbaikan Program:Menyediakan stesen pengump**an kekal yang lebih teratur bagi memudahkan proses pengasingan sisa mengikut kategori untuk siri akan datang.

Disediakan oleh Setiausaha Kelab Pencinta Alam. Tahniah cikgu semua dan ahli kelab. ๐Ÿ’ช๐Ÿค





STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUMASPEK 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran[3.1.2.3] Program peningkatan pencapaian murid diu...
25/09/2026

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran
[3.1.2.3] Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.

PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

๐Ÿ“† Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8:00-9:30 pagi
๐Ÿซ Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling, SK Green Road
Anjuran: Panitia Sejarah SK Green Road

PENGLIBATAN:
- Sharifah Linora'Ashikin binti Dato' Haji Wan Zain ( GB )
- Aminuddin bin Madil ( PKKK )
- Panitia Sejarah
- Guru-guru AJK Pertandingan
- 20 orang peserta Tahun 1 - Tahun 6

OBJEKTIF:
- Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid melalui kreativiti menghasilkan reka bentuk pakaian bertemakan kemerdekaan.
- Meningkatkan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan kitar semula dan pengurusan sisa pepejal yang mampan di peringkat sekolah.
- Mencungkil bakat terpendam dan kreativiti murid dalam seni reka fesyen menggunakan bahan terbuang seperti plastik, kotak, dan kain perca.
- Memupuk kerjasama berpasukan dan semangat setiakawan antara murid, guru, serta ibu bapa dalam proses penyediaan pakaian.

RUMUSAN:
Panitia Sejarah SK Green Road telah menganjurkan Pertandingan Pakaian Patriotik Menggunakan Bahan Kitar Semula bersempena Bulan Kebangsaan. Pertandingan ini sepatutnya diadakan pada 28 Ogos 2026 semasa sambutan Hari Kebangsaan namun telah ditunda beberapa kali disebabkan oleh keadaan cuaca jerebu. Oleh itu, guru-guru Panitia Sejarah dan pihak pentadbir sekolah bersetuju untuk mengadakan pertandingan ini di tempat tertutup iaitu di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Daripada pertandingan ini, jelas menunjukkan bahawa ibu bapa murid SK Green Road sangat memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid-murid bersama ibu bapa dapat menghasilkan pakaian-pakaian patriotik daripada bahan kitar semula yang nampak sangat menarik dan kreatif. Pakaian-pakaian tersebut diperagakan oleh peserta-peserta dengan penuh rasa bangga.

IMPAK:
- Peningkatan kefahaman sivik: Murid lebih menghayati makna kemerdekaan dan menghargai jasa tokoh negara melalui penghasilan karya bertema.
- Budaya kitar semula sekolah: Warga sekolah menjadi lebih prihatin terhadap pengurangan sisa dan mengamalkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian.
- Penglibatan komuniti yang kukuh: Hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjadi lebih erat menerusi sokongan moral dan fizikal.
- Keyakinan diri murid: Pementasan atau peragaan pakaian di pentas membantu meningkatkan keyakinan diri murid untuk berucap dan tampil di khalayak ramai.

TINDAK SUSUL:
- Pendokumentasian dan perkongsian: Merekodkan aktiviti dalam bentuk video atau laporan digital untuk dimuat naik ke portal rasmi atau media sosial sekolah sebagai inspirasi.
- Penilaian dan penambahbaikan: Mengadakan mesyuarat pos-mortem bersama jawatankuasa untuk menilai keberkesanan program dan merancang penambahbaikan bagi siri tahun hadapan.

Disediakan oleh Ketua Panitia Sejarah. Tahniah cikgu ๐Ÿค๐Ÿ’ช

STANDARD 3.3 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURIDASPEK 3.3.2: Pengurusan Disiplin Muridโ€ข Guru bertugas memastikan kawalan disipl...
25/09/2026

STANDARD 3.3 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
ASPEK 3.3.2: Pengurusan Disiplin Murid
โ€ข Guru bertugas memastikan kawalan disiplin berjalan sepanjang sesi melalui pemantauan di pintu pagar, Blok A, Blok B, kantin, dewan dan kawasan sekolah.
โ€ข Kebersihan kelas sebelum PdP serta pergerakan murid semasa rehat dan waktu p**ang turut diberi perhatian secara berterusan.

ASPEK 3.3.3: Pengurusan Keselamatan Murid
โ€ข Keselamatan murid dipantau pada waktu ketibaan dan kep**angan serta ketika murid berada di kawasan tumpuan seperti kantin dan dewan.
โ€ข IPU yang tidak sihat sepanjang minggu ( 21-25 September 2026 ) turut menjadi perkara yang dipantau bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa diberi perhatian.

TAJUK: LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
SK GREEN ROAD ( MINGGU KE-33)

๐Ÿ—“๏ธ 21 September 2026โ€“ 25 September 2026
๐Ÿ“† Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat
โฐ 6.30 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ SK Green Road

โ™ฆ๏ธ GURU BERTUGAS:
- Asrey B. Ariffin
- Dara @ Danna Bt. Lamat
- Grace Ubong
- Jennifer Martha Sigar
- Maureen Stephen Satup
- Normaliza Bt. Yusoff
- Regina Jana
โ€ข Sollehuddin B. Saree
โ€ข Surimawati Bt. Saini

โ™ฆ๏ธ ANJURAN:
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM)

โ™ฆ๏ธ FOKUS TUGASAN:
๐Ÿ”น Sambutan dan pemantauan kedatangan murid di pintu pagar.
๐Ÿ”น Pemantauan kebersihan kelas dan disiplin murid di Blok A dan Blok B sebelum PdP.
๐Ÿ”น Pemantauan murid, makanan dan kebersihan di kantin serta dewan ketika rehat.
๐Ÿ”น Kawalan pergerakan dan keselamatan murid ketika waktu p**ang.

โ™ฆ๏ธ RUMUSAN MINGGUAN:
Alhamdulillah, perjalanan aktiviti persekolahan sepanjang minggu ke-33 berlangsung dengan lancar, teratur dan terkawal.
โ˜‘๏ธ Guru bertugas melaksanakan pemantauan secara berterusan dari awal pagi sehingga waktu p**ang dengan memberi fokus kepada disiplin, kebersihan, keselamatan dan pergerakan murid.
โ˜‘๏ธ Keadaan IPU yang tidak sihat memberi kesan kepada penurunan peratus kehadiran murid sepanjang minggu ini.
โ˜‘๏ธ Antara soroton menarik minggu ini :
1๏ธโƒฃ Kunjung bantu dan pencerapan 8 orang guru BM, RBT & PM oleh 3 orang Nazir pada hari Isnin.
2๏ธโƒฃ Mini perhimpunan masih dijalankan di dalam kelas pada hari Selasa dengan 12 pesanan penting diberikan kepada para murid.
3๏ธโƒฃ Pengagihan face mask ๐Ÿ˜ท kepada semua guru dan murid susulan IPU yang semakin meningkat.
4๏ธโƒฃ Aktiviti KK Kelab dan Permainan pada hari Rabu masih dijalankan di dalam kelas sahaja akibat IPU yang masih tidak sihat.
5๏ธโƒฃ Pertandingan Pakaian Patriotik sempena bulan kebangsaan diadakan pada hari Rabu di bilik bimbingan dan kaunseling.
6๏ธโƒฃ Program Generasi Madani : Ikon Lestari pada hari Khamis di mana 23 orang murid dianugerahkan lencana Ikon Lestari.
7๏ธโƒฃ Program Hari Cuci Malaysia 2026 pada hari Jumaat di mana semua guru dan murid bergotong-royong membersihkan kelas masingยฒ.

โ™ฆ๏ธ IMPAK:
๐ŸŒŸ Disiplin dan pergerakan murid dapat dipantau dengan lebih konsisten.
๐ŸŒŸ Kebersihan kelas, kantin dan dewan mendapat perhatian secara berterusan.
๐ŸŒŸ Pemantauan di pintu pagar membantu meningkatkan kawalan keselamatan murid.
๐ŸŒŸ Rekod dan pemerhatian guru menyokong pengurusan data, dokumentasi serta tindakan susulan HEM.

โ™ฆ๏ธ TINDAK SUSUL:
-Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan memberi perhatian kepada disiplin, kebersihan, keselamatan serta keadaan persekitaran sekolah, khususnya apabila IPU menunjukkan peningkatan. -Sebarang isu yang dikenal pasti akan direkodkan dan disalurkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan sewajarnya.

๐Ÿค๐ŸซฐTerima kasih dan penghargaan kepada semua guru bertugas serta seluruh warga SK Green Road atas komitmen dan kerjasama sepanjang minggu ini๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Disediakan oleh guru bertugas. Tahniah cikgu.




๐Ÿงน๐ŸŒบ PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSK Green Road akan melaksanakan Program Hari Cuci Malaysia 2026 sebagai usaha memup...
24/09/2026

๐Ÿงน๐ŸŒบ PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SK Green Road akan melaksanakan Program Hari Cuci Malaysia 2026 sebagai usaha memupuk budaya kebersihan, keceriaan serta semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga sekolah.

๐Ÿ“… Tarikh: 25 September 2026
โฐ Masa: 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Kelas masing-masing

โœจ Aktiviti:
Gotong-royong membersih, mengemas dan menceriakan kelas bersama guru kelas dan penolong guru kelas.

๐Ÿงน Murid digalakkan membawa peralatan yang sesuai seperti penyapu, baldi kecil dan kain lap mengikut keperluan serta memakai pakaian sukan rasmi sekolah.

Semoga program ini dapat membentuk sikap prihatin, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan kondusif. ๐ŸŒฟโœจ

โ€œSekolah Bersih, Tanggungjawab Bersamaโ€
๐Ÿ’š Bersama Kita Jayakan Hari Cuci Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ







๐Ÿ“ฃ JOM KE KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSalam sejahtera ibu bapa/penjaga ๐ŸŒทIbu bapa/penjaga dijemput hadir ke Karniv...
24/09/2026

๐Ÿ“ฃ JOM KE KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Salam sejahtera ibu bapa/penjaga ๐ŸŒท

Ibu bapa/penjaga dijemput hadir ke Karnival Pendidikan MADANI 2026 โ€“ Sehari Bersama Rakyat.

๐Ÿ“… 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 7.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Pustaka Negeri Sarawak

๐ŸŽช Pelbagai pameran, ceramah dan informasi pendidikan disediakan, termasuk booth bank, kedai buku, MyDigital ID dan Unit Teknologi Pendidikan.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Terbuka kepada ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat.

โœจ Jom hadir beramai-ramai dan manfaatkan peluang serta informasi yang disediakan!

Terima kasih. ๐ŸŒน



๐Ÿ“ฃโœจ ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! โœจ๐Ÿ“ฃ

Sehari Bersama Rakyat, penuh dengan informasi dan aktiviti menarik! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“š SIAPA YANG DIJEMPUT?
๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ Pelajar Tingkatan 6
๐Ÿค Wakil PIBG/LPS
๐Ÿซ Pengetua & Guru Besar
๐Ÿ˜๏ธ Komuniti setempat

๐Ÿ“ Pustaka Negeri Sarawak
๐Ÿ“… 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 7.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Pelbagai ceramah dan pameran pendidikan menanti anda! Antaranya booth bank, kedai buku, MyDigital ID dan Unit Teknologi Pendidikan yang menyediakan pelbagai maklumat serta perkhidmatan untuk warga pendidikan.

๐ŸŽŸ๏ธ Khas untuk pelajar Tingkatan 6:
Dapatkan maklumat dan manfaatkan kemudahan penebusan baucar buku yang disediakan! ๐Ÿ“–โœจ

๐Ÿ’ก Datang, terokai, dapatkan informasi dan manfaatkan peluang yang ada!

Jom hadir beramai-ramai ke Karnival Pendidikan MADANI 2026!
๐Ÿ™Œ Sehari Bersama Rakyat, untuk pendidikan yang lebih bermakna.

๐Ÿ”— Pautan Buku Program / Maklumat Lanjut:
[๐™๐™ฉ๐™ฉ๐™ฅ๐™จ://๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™›๐™ก๐™ž๐™ฅ.๐™˜๐™ค๐™ข/๐™—๐™ฎ๐™ช๐™ ๐™š/๐™›๐™˜๐™ข๐™จ/]

Address

Lebuh Cloud Estate, Jalan Green
Kuching
93150

Telephone

+6082241943

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Green Road posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share