20/04/2026
โจ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI โจ
Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, pihak Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan bulan kemenangan bersama para pelajar dan warga tahfiz ๐๐
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah, memupuk nilai kebersamaan serta menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan ๐
Semoga sambutan ini menjadi kenangan indah buat semua serta terus memperkukuhkan silaturrahim antara kita ๐ค
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin ๐
15/04/2026
Alhamdulillah, selesai sudah sesi pemantauan pertama Institusi Pendidikan Islam Persendirian (IPIP) bagi tahun 2026 di Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh โจ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pegawai Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan (PAIB) atas kunjungan, pemantauan serta teguran yang amat membina dalam usaha memperkasakan lagi mutu pengurusan dan pendidikan di institusi ini.
Segala pandangan dan cadangan yang diberikan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan berterusan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing ๐ฟ
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang baik sepanjang sesi pemantauan ini berlangsung.
11/04/2026
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Program Ramah Tamah Aidilfitri bersama pihak Balai Polis Asajaya telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan ๐คฒโจ
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Asajaya atas jemputan yang diberikan serta layanan yang amat baik sepanjang program berlangsung ๐ค
Kehadiran para pelajar turut memeriahkan majlis di samping memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka ๐
Semoga program seperti ini dapat terus menjadi medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak institusi pendidikan dan masyarakat setempat, serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat ๐ซ
Terima kasih sekali lagi atas kerjasama dan sokongan yang diberikan ๐น
20/03/2026
๐ Salam Aidilfitri 1447H | 2026M ๐
Assalamualaikum w.b.t.
Pihak Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ค
Semoga Aidilfitri yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan ketenangan bersama insan tersayang.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang berurusan.
Semoga silaturrahim antara kita semua terus terjalin erat dan diberkati โจ
Ikhlas daripada,
Warga Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh ๐
16/03/2026
โจ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Telah berlangsung dengan penuh keberkatan Program Ihyaโ Ramadan: Iftar Perdana serta Penyerahan Duit Raya dan Sumbangan Baju Raya Pelajar anjuran Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh.
Majlis yang penuh makna ini telah disempurnakan oleh Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Samarahan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Daerah Asajaya, Encik Jerry Zannuddin Bin Bidin Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Encik Bahrin Bin Kawi serta Temenggong Haji Chek bin Bujang bersama dif-dif kehormat yang lain.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa bersama, bahkan menjadi medan mengukuhkan ukhuwah antara warga tahfiz, para ibu bapa serta masyarakat setempat dalam suasana Ramadan yang penuh rahmat.
Lebih bermakna, para pelajar turut disantuni dengan penyerahan duit raya dan sumbangan baju raya, sebagai tanda kasih dan kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Semoga usaha kecil ini mampu menghadirkan senyuman dan kegembiraan di wajah para pelajar, serta menjadi asbab bertambahnya keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.
Pihak Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
๐คฒ โSemoga kebersamaan ini terus mengikat hati kita dalam kasih sayang dan keberkatan Ramadan.โ
15/03/2026
Alhamdulillah.
Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan bagi peringkat Tahfiz Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh telah berlangsung dengan penuh keberkatan dalam suasana yang meriah dan penuh penghayatan.
Majlis yang diadakan pada Jumaat, 13 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Utama Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh ini menghimpunkan para pelajar yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya mengkhatamkan Al-Quran. Semoga setiap huruf yang dibaca dan dihayati menjadi asbab keberkatan ilmu, serta membentuk generasi yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para asatizah, ibu bapa serta semua pihak yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
Semoga amalan membaca, menghafaz dan mentadabbur Al-Quran terus subur dalam kehidupan kita, bukan hanya di bulan Ramadan, bahkan sepanjang hayat.
ุงูููู
ุงุฌุนู ุงููุฑุขู ุฑุจูุน ูููุจูุง ูููุฑ ุตุฏูุฑูุง
11/03/2026
๐*PROGRAM IHYAโ RAMADAN & IFTAR PERDANA 1447H*โจ
Ramadan adalah bulan keberkatan yang menghimpunkan hati-hati yang rindu kepada rahmat Allah.
Ayuh bersama memeriahkan Program Ihyaโ Ramadan dan Iftar Perdana anjuran Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh Sarawak.
Program ini menghimpunkan warga madrasah, ibu bapa serta komuniti untuk bersama-sama menghidupkan malam Ramadan melalui pengisian rohani serta berbuka puasa dalam suasana ukhuwah dan keberkatan.
๐
15 Mac 2026 | 25 Ramadan 1447H
๐ Dewan Utama Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh
Majlis akan disempurnakan oleh:
YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
merangkap Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan.
Semoga program ini menjadi medan menyatukan hati, mengeratkan silaturrahim dan menambah keberkatan Ramadan buat semua.
โจ_*โMenyatu Hati Dalam Keberkatanโ*_โจ
08/03/2026
Alhamdulillah ๐คฒ
Program Quranic Hours (Tadarus Al-Quran) yang berlangsung di Masjid Darul Solihin, Kampung Asajaya Ulu pada 8 Mac 2026 (Ahad) telah berjalan dengan lancar.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh yang telah mengambil bahagian serta menunjukkan semangat dalam menghidupkan majlis tadarus Al-Quran bersama masyarakat.
Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna buat anak-anak serta menambahkan lagi kecintaan mereka terhadap Al-Quran.
Jazakumullahu khairan kepada semua pihak yang terlibat dan ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap program anak-anak. ๐ค
08/03/2026
โจ LAN BERAMBEH SUNGKEY ASAJAYA 2026 โจ
Alhamdulillah, seramai 50 orang pelajar Tahfiz dari Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri Program Lan Berambeh Sungkey Asajaya 2026 anjuran Pejabat Daerah Asajaya.
Program berbuka puasa ini menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana santai dan penuh kemesraan bagi menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan. Kehadiran para pelajar tahfiz ini bukan sahaja memeriahkan majlis, malah menjadi satu simbol kebersamaan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.
๐
7 Mac 2026 (Sabtu)
๐ 4.30 petang
๐ Kompleks Sukan Asajaya
Majlis ini juga akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan program berbuka puasa bersama masyarakat.
Semoga penyertaan ini memberi pengalaman yang bermakna buat para pelajar serta terus menyemai nilai ukhuwah, kebersamaan dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan yang mulia. ๐๐คฒ
03/03/2026
Alhamdulillah, Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh telah mengadakan Kelas Intensif UPKK pada tahun 2025.
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun ini memperlihatkan pencapaian yang amat membanggakan. Setiap usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil sesuatu kejayaan.
Pencapaian ini merupakan hasil usaha yang bersungguh-sungguh daripada para murid, disertai bimbingan penuh dedikasi daripada guru-guru serta doa dan sokongan berterusan daripada ibu bapa. Setiap kejayaan yang diraih bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik, malah membuktikan kesungguhan dalam menuntut ilmu agama.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada semua murid Kelas Intensif UPKK PPMAF 2025 atas pencapaian yang membanggakan ini.
Ini bukan sesuatu penamat tetapi sesuatu langkah permulaan untuk cemerlang dalam bidang keagamaan.
Mabruk alaik.
26/02/2026
MasyaAllah tabarakallah โจ Tahniah buat semua calon UPKK 2025!
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha yang tidak pernah kenal penat, Keputusan Keseluruhan UPKK 2025 Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh menjadi bukti bahawa doa, disiplin dan kesungguhan itu membuahkan hasil.
Setiap huruf A itu bukan sekadar gred
ia adalah simbol pengorbanan, air mata, doa ibu ayah yang tidak pernah putus, serta didikan dan sentuhan ilmu daripada para asatizah yang penuh sabar dan istiqamah.
Buat yang cemerlang, terus melangkah dengan tawaduk.Buat yang belum capai sasaran, jangan pernah rasa kecil Allah menilai usaha, bukan semata-mata angka.
Tahniah anak-anak hebat ๐ค
Ini bukan penamat, ini permulaan perjalanan yang lebih besar.
ู
ุจุฑูู ูุจุงุฑู ุงููู ูููู
โจ