20/08/2026
Aspek 1.2: PGB Sebagai Pembimbing
Standard Kualiti 1.2.1: PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang.
Aspek 1.3: PGB Sebagai Pendorong
Standard Kualiti 1.3.1: PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0 (PPGB 2.0) SK GOEBILT
NAMA PROGRAM
Sesi Penyerahan Surat Lantikan Mentor-Mentee PPGB 2.0 telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai komitmen berterusan sekolah dalam memperkasakan pembangunan profesionalisme guru baharu demi peningkatan kualiti pendidikan.
TARIKH
Tarikh: 03&08 Ogos 2026
Masa: 11:30 Pagi
Tempat: Bilik Guru Besar, SK Goebilt
OBJEKTIF PROGRAM
1.Memantapkan Pementoran Berstruktur:
Memastikan guru baharu mendapat bimbingan profesional secara berterusan daripada mentor yang dilantik demi kelancaran tugas harian.
2.Penerapan Budaya Kerja Profesional:
Membimbing guru baharu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, iklim, dan ikhtisas perguruan di sekolah.
3.Peningkatan Kualiti PdPc:
Membantu mentor dan mentee merancang, melaksanakan, dan menilai PdPc yang berkesan serta berorientasikan kemenjadian murid.
RUMUSAN PROGRAM
Sesi Penyerahan Surat Lantikan Mentor-Mentee PPGB 2.0 telah dilaksanakan sebagai tanda sokongan padu pihak pentadbiran sekolah terhadap pembangunan profesionalisme guru baharu. Majlis penyerahan ini menjadi titik mula rasmi kepada jaringan bimbingan berfokus yang membolehkan perkongsian amalan terbaik, sokongan emosi, dan bimbingan pedagogi dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
IMPAK PROGRAM
Kepada Guru Baharu (Mentee):
Meningkatkan keyakinan diri, pemahaman peranan guru, dan penguasaan kemahiran mengajar di dalam bilik darjah.
Kepada Guru Mentor:
Memantapkan kemahiran kepemimpinan instruksional dan membina budaya perkongsian ilmu (knowledge sharing) sesama warga pendidik.
Kepada Sekolah:
Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang kolaboratif, kondusif, dan menyokong kecemerlangan akademik serta sahsiah murid.
TINDAKAN SUSULAN
Sesi Bimbingan & Refleksi Berkala: Perjumpaan rasmi mentor-mentee sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk perbincangan RPH, pengurusan kelas, dan isu pengajaran.
Pencerapan & Semakan Dokumentasi: Pelaksanaan pencerapan PdPc berfokus secara berkala serta penyediaan Portofolio PPGB 2.0 oleh guru baharu.
Penilaian Penyerapan Unit/Panitia: Pemantauan berterusan oleh Barisan Pentadbir untuk memastikan objektif pementoran tercapai mengikut jadual.
build Succes and Confident Together
# Closing the Gap, Raising the Bar, Together We Succed
# Modul Gerak MADANI
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching