20/02/2021
SELAMAT MAJU JAYA PB ISMAIL
Setelah lama tidak meneruskan aktiviti kokurikulum pada tahun 2020. Tahun 2021, pihak sekolah telah kejutkan dengan berita pertukaran jurulatih kadet Bomba dari BBP Padungan iaitu PB Ismail ke BBP Limbang atas kenaikan pangkat beliau. Justeru itu, kami warga guru kadet Bomba sekolah telah mengadakan majlis ringkas mengikut SOP bagi meraikan perpindahan beliau walaupun sedih dengan perpindahan beliau kerana komitmen dan sumbangan beliau terhadap kadet bomba sekolah amatlah tinggi. Patah tubuh hilang berganti.
Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Majlis ringkas ini turut disertai oleh PB Herman yang akan sentiasa menemani kadet sekolah buat masa ini dan turut disertai oleh PB Danial dari BBP Petrajaya yang turut dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke BBP Bau.