Pembimbing Rakan Siswa Unimas atau PRSU di Universiti Malaysia Sarawak ditubuhkan pada tahun 2001 dibawah kendalian pengagas Pembimbing Rakan Sebaya sendiri iaitu Profesor Madya Zuraidah Abdul Rahman dengan keahlian seramai 10 orang pelajar Kaunseling tahun 1 pada masa itu. Pada tahun 2004,keahlian PRS seramai 106 orang,iaitu 43 orang merupakan ahli PRS yang
bertauliah kerana telah melalui 2 fasa latihan iaitu fasa 1(Latihan Pebimbing Rakan Siswa ) dan fasa 2 (Latihan Lanjutan Pebimbing Rakan Siswa ) dan 54 orang ahli baru PRS termasuk 9 0rang ahli dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas telah menyertai latihan fasa 1 sahaja dan mereka belum ditauliahkan sebagai PRS bertauliah.Motto Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS ialah "Bantu diri untuk membantu orang lain"Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS bertujuan untuk membantu rakan-rakan mereka(pelajar-pelajar Unimas) yang memerlukan pertolongan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS:
1.Latihan Keusahawanan Siswazah
Membimbing pelajar dengan ilmu dan Kemahiran keusahawanan sebagai persediaan kepada mahasiswa untuk menjadi usahawan berjaya melalui bengkel dan seminar.
2.Perkhidmatan Kaunseling
Memberi perkhidmatan membantu individu terutama para pelajar dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui kaunseling dan perkembangan diri melalui kaunseling dan psikologi tanpa mengira bangsa,kaum,keturunan,status dan kepercayaan.
3.Modul 'Soft Skill'
Menwujudkan pelajar yang serba boleh,ketrampilan,berilmu dan berbudaya serta memiliki ciri-ciri pekerja yang berjaya.
4.Pembimbing Rakan Siswa
Pembimbing Rakan Siswa,sekumpulan pelajar yang diberi latihan kemahiran kaunseling untuk membantu rakan sebaya merujuk kepada Kaunselor
Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?