Sekolah Kebangsaan Laksamana

Sekolah Kebangsaan Laksamana Jalan Stampin Barat, Taman Stampin Barat, 93350 Kuching, Sarawak

STANDARD 1 KEPIMPINAN | ASPEK 1.1 PGB SEBAGAI PENERAJULAWATAN PEMERIKSAAN KERJA USNT BD TAMBAHAN TAHUN 1 2027 DAN KERJA ...
27/08/2026

STANDARD 1 KEPIMPINAN | ASPEK 1.1 PGB SEBAGAI PENERAJU

LAWATAN PEMERIKSAAN KERJA USNT BD TAMBAHAN TAHUN 1 2027 DAN KERJA PEMBAIKAN SILING PPKI

Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SK Laksamana, Kuching

๐Ÿ”– Objektif

* Meninjau dan memantau status pelaksanaan kerja USNT BD Tambahan bagi persediaan Tahun 1 2027.
* Menyemak status kerja pembaikan siling PPKI yang runtuh.
* Memastikan skop kerja dilaksanakan mengikut keperluan, spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan.
* Mengenal pasti aspek kerja yang masih belum memuaskan serta memerlukan penambahbaikan.
* Memastikan aspek keselamatan dan kesesuaian ruang pembelajaran sentiasa diberi perhatian.

๐Ÿ”– Penglibatan

1. Guru Besar
2. SP PPD Kuching
3. SPR PPD Kuching
4. KIP PPK
5. Pihak pentadbir dan wakil sekolah yang berkaitan

๐Ÿ”– Perkara Dilaksanakan

* Pemeriksaan status semasa kerja USNT BD Tambahan bagi persediaan kemasukan Tahun 1 2027.
* Pemeriksaan kawasan dan ruang yang terlibat dalam kerja pembaikan siling PPKI yang runtuh.
* Semakan terhadap skop kerja dan hasil kerja yang telah dilaksanakan.
* Pemeriksaan aspek keselamatan, struktur, kemudahan dan kesesuaian ruang.
* Mengenal pasti perkara yang masih belum disiapkan atau hasil kerja yang belum memuaskan.
* Perbincangan bersama pihak berkaitan mengenai penambahbaikan dan tindakan susulan yang perlu diambil.

๐Ÿ”– Impak

* Status semasa kedua-dua kerja dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan secara langsung.
* Isu dan kekurangan pada skop kerja dapat dikenal pasti lebih awal untuk tindakan penambahbaikan.
* Pengurusan sekolah dapat memastikan aspek keselamatan, khususnya di kawasan PPKI, terus diberi perhatian.
* Kerjasama antara pihak sekolah dan PPD dapat diperkukuh dalam memastikan kerja yang dilaksanakan memenuhi keperluan sekolah.
* Pemantauan berterusan dapat membantu memastikan persediaan kemasukan murid Tahun 1 2027 dan kemudahan PPKI berada dalam keadaan selamat serta sesuai untuk digunakan.

๐Ÿ”– Tindak Susul

* Skop kerja USNT BD Tambahan bagi persediaan Tahun 1 2027 dan kerja pembaikan siling PPKI akan disemak semula secara menyeluruh.
* Beberapa aspek kerja yang masih belum memuaskan akan dikenal pasti untuk tujuan penambahbaikan.
* Skop dan hasil kerja akan ditambah baik bagi memastikan semua keperluan, spesifikasi dan standard yang ditetapkan dipenuhi.
* Pemantauan susulan akan dilaksanakan bagi memastikan baki kerja dan tindakan penambahbaikan diselesaikan dengan sempurna.
* Sebarang isu keselamatan yang dikenal pasti akan diberi tindakan segera sebelum ruang digunakan sepenuhnya.

๐Ÿ”– Rumusan

Lawatan pemeriksaan telah dilaksanakan bagi menilai status semasa kerja USNT BD Tambahan bagi persediaan kemasukan Tahun 1 2027 serta kerja pembaikan siling PPKI yang runtuh di SK Laksamana. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa aspek dan skop kerja yang masih belum disiapkan serta memerlukan semakan dan penambahbaikan. Sehubungan itu, tindakan susulan dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan semua kerja disiapkan mengikut keperluan, spesifikasi dan standard keselamatan yang telah ditetapkan sebelum ruang digunakan sepenuhnya.

Infrastruktur Selamat, Pembelajaran Berkualiti.



(๐€๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค: ๐Ÿ‘.๐Ÿ.๐Ÿ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง)๐“๐€๐‰๐”๐Š : ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐“๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐...
26/08/2026

(๐€๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค: ๐Ÿ‘.๐Ÿ.๐Ÿ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง)

๐“๐€๐‰๐”๐Š : ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐“๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ BAHASA MELAYU & PROGRAM PEMBENTUKAN KAREKTER ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐’๐€๐“๐” ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐Š LAKSAMANA

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 25 OGOS 2026 (RABU)
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Makmal Komputer SK Laksamana
โฐ Masa: 1.30 โ€“ 3.30 p.m.
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿซ Penglibatan: Pihak Pentadbir sekolah dan Semua ahli Panitia Bahasa Melayu

๐Ÿ“ŒOBJEKTIF:
1. Memberikan pendedahan kepada guru Bahasa Melayu tentang pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1.
2. Membimbing guru mengenal pasti perubahan kandungan dan keperluan pelaksanaan kurikulum baharu Bahasa Melayu Tahun 1.
3. Meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakan Kurikulum Persekolahan 2027 secara berkesan dalam PdPc Pendidikan Islam Tahun 1.

๐Ÿ“ŒRUMUSAN:
Bengkel ini telah memberi peluang kepada guru Bahasa Melayu untuk memahami dengan lebih jelas perubahan kandungan dan keperluan kurikulum yang akan dilaksanakan bermula tahun 2027 bagi murid Tahun 1. Secara keseluruhannya, bengkel ini membantu meningkatkan kesediaan guru serta memberikan panduan dalam memastikan pelaksanaan kurikulum baharu dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan berkesan.

๐Ÿ“ŒIMPAK:
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru terhadap perubahan serta keperluan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1.
2. Meningkatkan kesediaan dan keyakinan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum baharu.
3. Mewujudkan keseragaman dalam perancangan dan pelaksanaan PdPc Bahasa Melayu Tahun 1 selaras dengan ketetapan Kurikulum Persekolahan 2027.

๐Ÿ“ŒTINDAK SUSUL:
1. Meneliti kandungan Dokumen Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 1 yang rasmi setelah dikongsikan oleh KPM.
2. Membuat perbincangan dan perkongsian sesama guru berkaitan kefahaman pelaksanaan kurikulum baharu.



[Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid]Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin MuridAspek 3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara...
25/08/2026

[Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid]
Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid
Aspek 3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara sistematik dan terancang

KEM BESTARI SOLAT 2026

๐Ÿ—’๏ธTarikh: 24 Ogos 2026
๐Ÿ—“๏ธHari: Isnin
โฑ๏ธMasa: 12:30pm - 5:00pm
๐Ÿ“ŒTempat: Surau SK Laksamana

Penglibatan:
1) Murid-murid Islam perdana Tahun 1 hingga Tahun 6
2) Murid-murid Islam PPKI
3) Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
4) Guru PPKI dan PPM
5) Guru KAFA

๐Ÿ’ŽOBJEKTIF

* Meningkatkan kefahaman murid tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian.
* Membimbing murid melaksanakan wuduk dan solat dengan cara yang betul.
* Memantapkan kemahiran bacaan dan pergerakan dalam solat.
* Memupuk disiplin, tanggungjawab dan kecintaan murid terhadap ibadah solat.

๐Ÿ’ŽIMPAK

* Murid dapat melaksanakan wuduk dan solat dengan lebih yakin dan sempurna.
* Bacaan dan pergerakan solat murid dapat diperbaiki.
* Murid lebih memahami kepentingan menunaikan solat secara konsisten.
* Terbentuk sikap lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan ibadah.

๐Ÿ’ŽTINDAK SUSUL

* Guru membuat pemantauan dan bimbingan secara berkala terhadap pelaksanaan solat murid.
* Mengadakan latihan amali solat secara berterusan.
* Memberi bimbingan khusus kepada murid yang masih lemah dalam bacaan dan pergerakan solat.
* Menggalakkan ibu bapa memantau amalan solat murid di rumah.

๐Ÿ’ŽRUMUSAN

Kem Bestari Solat telah dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam melaksanakan ibadah solat. Program ini juga dapat memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan kesedaran dalam diri murid agar sentiasa menjaga solat dalam kehidupan seharian.

โ€œPPD Kita, Tanggungjawab Kitaโ€


๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูSeluruh warga SK Laks...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Seluruh warga SK Laksamana mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, penjaga serta komuniti setempat.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam membentuk kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, kesabaran, keikhlasan dan saling menghormati.

๐Ÿ’š โ€œDemi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(semasa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: 21)

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan menjadi inspirasi untuk kita mengamalkan sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŒฟ Salam Maulidur Rasul 1448H
๐ŸŒฟ Ikhlas daripada Guru Besar serta warga SK Laksamana






STANDARD : S3 [ASPEK 3.1.2 โ€“ 3.1.2.3]TAJUK : Drop Everything And Read (D.E.A.R) : Perekodan Manual NILAMTARIKH : 24 Ogos...
24/08/2026

STANDARD : S3 [ASPEK 3.1.2 โ€“ 3.1.2.3]
TAJUK : Drop Everything And Read (D.E.A.R) : Perekodan Manual NILAM
TARIKH : 24 Ogos 2026 (0640 โ€“ 0710 pagi)
TEMPAT : Bilik Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
PENGLIBATAN :
- Murid Tahun 1 hingga Tahun 6
- Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- Guru Perpustakaan dan Media

OBJEKTIF :
- Memastikan kesinambungan perekodan bahan bacaan walaupun sistem AINS masih dalam proses penyelenggaraan.
- Merekodkan maklumat asas bahan bacaan seperti tajuk, pengarang, penerbit, bilangan muka surat serta sinopsis/catatan ringkas sebagai bukti murid telah membaca bahan tersebut.
- Memotivasikan murid untuk membaca secara konsisten demi menambah bilangan rekod bacaan dari semasa ke semasa.

RUMUSAN :
Aktiviti membaca telah dijalankan di dalam kelas berikutan keadaan jerebu yang melanda. Bagi memastikan aktiviti berjalan lancar, bahan bacaan telah diagihkan secara teratur kepada semua murid dengan bantuan pengawas pusat sumber sekolah. Murid-murid kemudiannya membaca bahan tersebut dan melengkapkan catatan rekod bacaan masing-masing mengikut kaedah yang ditetapkan. Murid-murid dikehendaki menyimpan rekod bacaan manual tersebut. Segala maklumat bacaan yang telah dicatat akan diisi ke dalam sistem AINS setelah sistem tersebut kembali beroperasi seperti biasa.

IMPAK :
- Mengekalkan momentum membaca murid tanpa terganggu oleh isu teknikal seperti penyelenggaraan AINS mahupun isu jerebu.
- Masa terluang dimanfaatkan secara berfaedah walaupun keadaan jerebu menghalang aktiviti luar kelas namun murid masih berpeluang menimba pengetahuan melalui aktiviti bacaan.
- Melatih kepimpinan dan tanggungjawab pengawas PSS dalam mengagihkan dan pengurusan bahan bacaan.

TINDAK SUSUL :
- Membuat jadual penggiliran penggunaan makmal komputer atau menetapkan slot waktu khas untuk murid kunci masuk (key-in) data bacaan manual ke dalam sistem AINS sebaik sahaja sistem beroperasi semula.




Standard 3: Pengurusan Kurikulum / KokurikulumAspek 3.1: Pengurusan Pelaksanaan Kurikulum / Pengurusan PdPR BencanaPelak...
21/08/2026

Standard 3: Pengurusan Kurikulum / Kokurikulum
Aspek 3.1: Pengurusan Pelaksanaan Kurikulum / Pengurusan PdPR Bencana
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan secara terancang dan berstruktur bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid semasa penutupan sekolah berikutan fenomena jerebu.
3.1.1: Pemantauan dan penyelarasan tugasan PdPR dilaksanakan oleh semua guru mengikut garis panduan KPM dan arahan PPD Kuching.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERIKUTAN ISU JEREBU SK LAKSAMANA, KUCHING

Tarikh : 21 Ogos 2026
Hari : Jumaat
Masa : 7.10 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SK. Laksamana / Pembelajaran dari Rumah
Penglibatan : Semua Guru SK Laksamana & Murid-murid SK Laksamana

OBJEKTIF PROGRAM / PELAKSANAAN
- Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran murid terus berlangsung secara berkesan sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu.
- Mengutamakan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan murid dengan mengelakkan pendedahan kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat (melebihi 200).
- Mengukuhkan penyelarasan tugas dan pemantauan pembelajaran murid secara dalam talian oleh semua guru mengikut jadual yang ditetapkan.

RUMUSAN AKTIVITI (21 OGOS 2026)
- Berikutan status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Kuching yang berada pada tahap "TIDAK SIHAT" (melebihi bacaan 200), pihak sekolah telah melaksanakan sesi PdPR bagi memastikan kelangsungan akademik murid-murid terjamin.
- Sepanjang jam 7.10 pagi hingga 11.30 pagi, barisan guru SK Laksamana telah menyelaraskan bahan dan tugasan PdPR berasaskan jadual pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
- Guru-guru membuat pemantauan kehadiran serta interaksi pembelajaran murid menerusi platform digital seperti Google Classroom, peranti komunikasi, serta pemanfaatan platform DELIMa KPM.

IMPAK PELAKSANAAN
-Memastikan tiada murid yang tercicir daripada sukatan pelajaran walaupun sekolah fizikal ditutup akibat bencana jerebu.
- Memelihara tahap kesihatan warga sekolah daripada risiko penyakit pernafasan berpunca daripada bacaan IPU yang tinggi.
- Menguji kecekapan perancangan pelan tindakan kecemasan (contingency plan) sekolah dan tahap kesediaan digital murid serta guru.

TINDAK SUSUL
-Ibu Bapa / Penjaga: Dimohon memastikan anak-anak kekal berada di dalam rumah, meminum air dengan kerap, dan menyiap tugasan PdPR yang diberikan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.
- Pihak sekolah akan sentiasa memantau perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa menerusi makluman rasmi PPD Kuching dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
- Sebaran kemas kini berkenaan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui salur rasmi (WhatsApp / Facebook SK Laksamana).




PENGURUSAN HAL EHWAL MURIDASPEK: 3.3.5.1 Bantuan Pelajaran Murid Diurus secara sistematik dan terancang (KEBAJIKAN MURID...
20/08/2026

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
ASPEK: 3.3.5.1 Bantuan Pelajaran Murid Diurus secara sistematik dan terancang (KEBAJIKAN MURID)

๐Ÿ“Œ Perincian :

Tarikh : 19 Ogos 2026
Tempat : SK Laksamana
Tajuk : Program Sumbangan Beg Sekolah kepada Murid yang Memerlukan

๐Ÿ“Œ Pelibatan :
1. Wakil Persatuan Penganut Tokong Kwang Seng Gong Kuching
2. Guru Besar
3. Penolong Kanan Kokurikulum
4. Penolong Kanan PPKI

๐Ÿ“Œ Objektif :
1. Membantu murid yang memerlukan dengan menyediakan beg sekolah untuk kegunaan mereka.
2. Meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
3. Memupuk semangat prihatin dan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.
4. Memberikan sokongan kepada murid agar lebih bersemangat dalam meneruskan pembelajaran.

๐Ÿ“Œ Rumusan :
1. SK Laksamana telah menerima sumbangan beg sekolah daripada Persatuan Penganut Tokong Kwang Seng Gong Kuching sempena sambutan Perayaan Yu Lan.
2. Sebanyak 30 buah beg sekolah telah diperuntukkan kepada murid-murid SK Laksamana yang memerlukan.
3. Pihak sekolah telah menerima sumbangan tersebut dan akan mengenal pasti murid yang layak berdasarkan keperluan semasa.
4. Pihak sekolah amat menghargai keprihatinan dan sumbangan yang diberikan demi menjaga kebajikan murid.

๐Ÿ“Œ Impak :
1. Murid yang memerlukan mendapat bantuan berupa beg sekolah untuk kegunaan harian.
2. Sumbangan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga.
3. Murid berasa lebih dihargai dan mendapat sokongan dalam meneruskan pembelajaran.
4. Hubungan serta kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat setempat dapat diperkukuhkan.

๐Ÿ“Œ Tindak Susul :
1. Pihak sekolah akan mengenal pasti murid yang benar-benar layak menerima sumbangan berdasarkan keperluan semasa.
2. Pengagihan beg sekolah kepada murid yang terpilih akan dilaksanakan dengan teratur.
3. Pihak sekolah akan terus menjalinkan kerjasama dengan badan-badan kebajikan dan masyarakat bagi membantu meningkatkan kebajikan murid.

"Laksamana Unggul"

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SK LAKSAMANABerikutan pengumuman rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, SK Laksamana akan d...
20/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SK LAKSAMANA

Berikutan pengumuman rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, SK Laksamana akan ditutup pada 20 hingga 21 Ogos 2026 akibat keadaan jerebu.

๐Ÿ  PdPR akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sekolah. Jadual yang digunakan ialah jadual PdPC Hari Jumaat.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

20/08/2026
Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum 3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancangPerhimpunan Minggu...
20/08/2026

Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum
3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang

Perhimpunan Mingguan Hybrid SK Laksamana
Tarikh : 20 Ogos 2026
Hari : Khamis
Masa : 0710 โ€“ 0740
Tempat : Makmal SK Laksamana & Atas Talian

๐Ÿ”– OBJEKTIF

โ€ข Menyemai semangat patriotisme: Memupuk rasa cinta akan negara melalui nyanyian lagu rasmi, ikrar dan penghayatan nilai patriotik.

โ€ข Menyampaikan maklumat rasmi: Menyampaikan pengumuman, arahan pentadbiran, aktiviti dan maklumat terkini sekolah kepada seluruh warga sekolah secara terancang.

โ€ข Memupuk disiplin kendiri: Membentuk sikap murid yang berdisiplin, menepati masa, berpakaian kemas dan menghormati perjalanan perhimpunan.

โ€ข Mengiktiraf pencapaian murid: Memberikan penghargaan kepada murid atas pencapaian dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah.

โ€ข Meningkatkan kesedaran kesihatan: Memberikan peringatan kepada murid dan warga sekolah berkaitan keadaan jerebu di Kuching serta langkah-langkah menjaga kesihatan dan keselamatan.

๐Ÿ”– IMPAK

โ€ข Peningkatan motivasi murid: Pengiktirafan terhadap pencapaian murid dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi untuk terus berusaha.

โ€ข Keselarasan maklumat: Maklumat dan arahan sekolah dapat disampaikan kepada warga sekolah secara serentak, sistematik dan berkesan.

โ€ข Pengukuhan disiplin: Murid mendapat peringatan secara langsung berkaitan disiplin, kebersihan, keselamatan dan tanggungjawab sebagai warga sekolah.

โ€ข Peningkatan kesedaran kesihatan: Murid lebih peka terhadap keadaan jerebu dan kepentingan menjaga kesihatan, khususnya dengan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara tidak baik.

โ€ข Penglibatan warga sekolah: Pelaksanaan secara hybrid membolehkan warga sekolah mengikuti perhimpunan sama ada secara bersemuka atau atas talian.

๐Ÿ”– TINDAK SUSUL

โ€ข Perbincangan dalam kelas: Guru kelas memperincikan pengumuman, arahan dan peringatan yang disampaikan semasa perhimpunan.

โ€ข Pemantauan disiplin: Guru bertugas dan guru disiplin memantau tingkah laku murid serta mengambil tindakan terhadap sebarang isu disiplin yang dikenal pasti.

โ€ข Pemantauan keadaan jerebu: Guru bertugas mengambil perhatian terhadap keadaan kualiti udara di Kuching dan menyesuaikan aktiviti luar berdasarkan keadaan semasa serta arahan pihak berkuasa.

โ€ข Penjagaan kesihatan murid: Murid yang mengalami ketidakselesaan akibat jerebu dinasihatkan untuk memaklumkan kepada guru dengan segera.

โ€ข Dokumentasi laporan: Guru bertugas merekod pelaksanaan perhimpunan, maklumat penting dan isu semasa dalam Buku Laporan Guru Bertugas.

๐Ÿ”– ISU / MAKLUMAT SEMASA

Jerebu di Kuching

Keadaan jerebu di sekitar Kuching turut diberikan perhatian dalam perhimpunan. Warga sekolah diingatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan kualiti udara dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan. Aktiviti luar hendaklah dipertimbangkan mengikut keadaan semasa dan arahan pihak berkuasa.

๐Ÿ”– RUMUSAN

Perhimpunan Mingguan Hybrid SK Laksamana merupakan platform penting dalam menyampaikan maklumat rasmi, membentuk sahsiah dan disiplin murid serta memastikan pengurusan sekolah dilaksanakan secara sistematik dan terancang. Perhimpunan turut dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat semasa berkaitan keadaan jerebu di Kuching agar seluruh warga sekolah lebih peka terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bersama.

โ€œPPD Kita, Tanggungjawab Kita"


Address

Jalan Stampin Barat, Taman Stampin Barat
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Laksamana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share