Dewan Amal Islami Unimas - DAMAI

Dewan Amal Islami Unimas - DAMAI

Share

Persatuan Mahasiswa Islam di UNIMAS.

Photos from Dewan Amal Islami Unimas - DAMAI's post 14/05/2024

JAULAH DAMAI - 10 MEI 2024

-Polaroid Damai-

[ JAULAH PIMPINAN DAMAI ]

Jaulah Pimpinan DAMAI telah dilaksanakan pada 10 Mei baru-baru ini dibawah kelolaan Lajnah Sukan, Seni dan Kebudayaan Islam (SSKI). Jaulah ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pimpinan di samping dapat mengurangkan rasa tekanan terhadap kerja-kerja yang diusahakan sebelum ini. Penasihat DAMAI, Ustaz Mukhtar bin Muhmad juga menyertai jaulah tersebut.

Aktiviti yang dilakukan semasa jaulah adalah bermain boling di Riverside Superbowl, Kuching.

Semoga dengan usaha ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pimpinan. InsyaAllah.

Seeru ‘Ala Barakatillah

'Biah Islami Melahirkan Mukmin Profesional'

11/05/2024

Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan ditutup buat sementara waktu

Kami tidak lagi menerima penyertaan dari kalangan orang awam

Pembayaran yang dilakukan tanpa mengikut prosedur dan kaedah pendaftaran yang betul akan dibatalkan dengan serta merta.

Segala kesulitan amat dikesali

- PIC KPP

'BIAH ISLAMI MELAHIRKAN MUKMIN PROFESIONAL'

09/05/2024

*[PENDAFTARAN PROGRAM KURSUS PRA PERKAHWINAN 2024]*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pihak Dewan Amal Islami Hadhari (DAMAI) dengan kerjasama Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dan Jabatan Agama Islam Bahagian Samarahan bakal mengadakan Kursus Pra Perkahwinan 2024.

Berikut merupakan pautan
pendaftaran program Kursus Pra Perkahwinan 2024:

https://forms.gle/1zbb8ZmseFSt4dFXA

Butiran kursus adalah seperti berikut :

> Tarikh dan masa
25 & 26 Mei 2024 (Sabtu dan Ahad)
25 Mei : 7.00 AM - 4.00 PM
26 Mei : 8.00 AM - 3.00 PM

> Yuran
RM 60

> Peserta
Terbuka kepada semua pelajar dalam dan luar kampus, staf UNIMAS

- *Tidak dibuka untuk orang awam*
Tempat terhad kepada 200 peserta terawal

> Tempat
Bilik Seminar Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS

> Kod Pemakaian Peserta
- Formal

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada :

🧕🏻 Ustazah Fadhillah
https://wa.me/60147172258

🧕🏻 Saudari Noranina
https://wa.me/60178631404

Sekian, terima kasih

Photos from Pusat Islam UNIMAS's post 23/03/2024
24/02/2024

[ Malam Nifsu Syaaban]

Tanggal 15 Syaaban merupakan tarikh yang wajar diingati oleh kita semua umat Islam. Selain daripada adanya dalil bahawa malam nifsu syaaban ialah malam pengampunan, Imam Syafie juga meletakkan Malam Nifsu Syaaban sebagai antara 5 malam yang mustajab berdoa. Demikian itu, pihak DAMAI ingin mengajak semua untuk sama-sama menghidupkan Malam Nifsu Syaaban.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah :
1. Perbanyakkan Solat2 dan amalan sunat
2. Perbanyakkan Selawat dan Zikir
3. Perbanyakkan Bacaan Al Quran

Semoga kita semua diberkati selalu.

‘Biah Islami Melahirkan Mukmin Profesional’

14/02/2024

[𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐓𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒]

السًلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

_بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ؛_

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (𝐏𝐈𝐓𝐀𝐒) sedang mencari para pelajar khususnya mahasiswa muslim di unimas untuk menjadi petugas pitas sepanjang bulan ramadan yang akan datang.

✅ Terbuka kepada 𝙎𝙄𝙎𝙒𝘼 𝙈𝙐𝙎𝙇𝙄𝙈 𝙐𝙉𝙄𝙈𝘼𝙎 .
✅️ Semakan bacaan alquran akan dilaksanakan .
✅️Sila sediakan resume .

‼️Pengambilan akan ditutup pada 19 Februari 2024. Apa yang anda tunggu lagi, mohon sekarang ‼️

Kepada para pelajar muslimin yang berminat untuk menjadi Petugas Ramadan PITAS 2024 dipelawa untuk mendaftar dan mengimbas kod qr di poster.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

👳🏻‍♂️Nazirul -0198457660
👳🏻‍♂️Amir -0149440215
👳🏻‍♂️Ustaz Muktar - 0137688507

"BIAH ISLAMI MELAHIRKAN MUKMIN PROFESIONAL"

14/02/2024

[Sambutan Hari Kekasih]

Pada tanggal 14 Februari setiap tahun, kita sering didendangkan dengan sambutan hari kekasih. Namun begitu, perlu diketahui umum bahawa sambutan ini tidak diajar dalam ajaran agama Islam dan HARAM menyambutnya. Tambahan p**a, ia merupakan perbuatan yang jelas menghampiri zina.

Zina adalah perbuatan yang keji dan buruk di dalam Islam. Ia merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah seseorang dan membawa kepada pelbagai lagi gejala sosial yang buruk.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Surah al-Isra’: 32)

Kasih sayang dalam Islam tidak mempunyai hari-hari tertentu. Setiap hari adalah hari kasih sayang buat sesama suami isteri, anak kepada ibu bapanya, ibu bapa kepada anaknya, saudara mara, jiran tetangga dan seluruh manusia amnya. Maka, tidak perlu lagi dikhususkan hari-hari tertentu, apatah lagi yang menggalakkan p**a ke arah gejala sosial dalam kalangan anak muda.

Semoga kita dapat menginsafi akan falsafah sebenar kasih sayang dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Insyaallah.

"BIAH ISLAMI MELAHIRKAN MUKMIN PROFESIONAL"

08/02/2024

[ Salam Israk dan Mikraj ]

Pada tanggal 27 Rejab setiap tahun kita sering diingatkan dengan peristiwa Israk Mikraj yang berlaku. Peristiwa ini amat penting kerana ia merupakan peristiwa yang berkaitan dengan rukun islam kedua kita iaitu solat. Sama- samalah kita menghayati dan menelusuri peristiwa penting pada tanggal 27 Rejab ini. Diingatkan juga pada pengakhiran Rejab menandakan kemasukan bulan Syaaban dan seterusnya Ramadan bulan yang dirindui sepanjang zaman. Oleh itu, perbanyakkan penghayatan dalam beribadah agar Ramadan yang mendatang menjadi Ramadan terbaik buat kita semua.

Di kesempatan ini juga, pihak Damai ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana telah menghabiskan semester mereka. Bagi mereka yang masih berperang dengan pena, teruskan usaha tanpa jemu. Insyaallah kita berjumpa lagi di semester yang akan datang dengan semangat yang baharu.

01/02/2024

[SELAMAT HARI HIJAB SEDUNIA]

Berhijab menjadi salah satu cara menjaga kemuliaan seorang wanita yang merupakan kewajipan dalam Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 ;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا رَّحِيمًۭا

Maksudnya :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.”

Semoga Allah berikan kekuatan untuk menjaga amanah sebagai seorang wanita.

“Berhijab dalam Kekuatan”

"BIAH ISLAMI MELAHIRKAN MUKMIN PROFESIONAL"

Photos from Dewan Amal Islami Unimas - DAMAI's post 15/01/2024

[DAMAI CAKNA: KEWAJIPAN MEMILIH CALON YANG BERWIBAWA DAN BERKEPIMPINAN.]

Pihak Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS mengambil maklum bahawa mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini sedang berada di dalam fasa membuat pertimbangan untuk memilih calon-calon yang bakal dibawa ke Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan berbaki kurang 24 Jam lagi kepada calon-calon Pilihan Raya Kampus UNIMAS berkempen menawan undi Mahasiswa.

Namun begitu, para Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu menekankan aspek pemilihan calon yang berwibawa. Pemilihan calon berwibawa sangat penting dengan setiap kegiatan dan reputasi perlu dikaji serta diselidik terperinci termasuk kebolehan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil pihak Universiti dan Mahasiswa.

Antara ciri-ciri kepimpinan berwibawa oleh Rasulullah SAW ialah sikap profesionalisma. Perkara ini dapat dilihat apabila Baginda SAW tidak menggunakan kedudukan tertinggi yang dimilikinya untuk kepentingan peribadi. Kedudukan yang Baginda miliki tidak digunakan bagi tujuan tertentu. Sebaliknya, mereka yang dipilih melaksanakan amanah perlu berlandaskan keupayaan dan kelayakan. Sikap profesionalisme Baginda ini telah menjadikan Baginda sebagai seorang pemimpin yang dikagumi dan dihormati.

Selain itu, Baginda SAW menjayakan Visi dan Misi dalam taklifnya iaitu dalam Amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin. Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang memahami dan menghayati misi dan visi hidup. Ketika memimpin, Baginda memotivasi, memahamkan dan mendidik umat Islam ke arah mencapai hala tuju yang telah ditetapkan.

Disamping itu, Rasullullah Memimpin melalui Uswah Hasanah iaitu Teladan. Baginda juga seorang pemimpin yang dinamik, yang bersifat membumi dan turut serta dalam kerja-kerja yang penting. Baginda sebagai pemimpin tidak hanya mengarah, tetapi turun juga padang. Baginda bersama umat merasai susah payah dalam melayari kehidupan dan perjuangan.

sambungan di komen 👇

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuching
94300