Kuching HIGH School

Kuching HIGH School SMJK Kuching High ( 晋中), sekolah yang terletak di tengah bandar raya kuching. Sekolah 2 sesi.

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
26/09/2026

SK@S STANDARD 5

ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum

ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM CAPA x ACE BADMINTON OPEN 2026

Nama Program: CAPA x ACE Badminton Open 2026
Tarikh: 12 – 13 September 2026

Pelibatan

1. Penganjur CAPA x ACE Badminton Open 2026 sebagai penyelaras pertandingan badminton.
2. Guru pembimbing/jurulatih yang memberikan bimbingan, latihan dan sokongan kepada murid dalam persediaan pertandingan.
3. Wesley Law, murid sekolah, yang mengambil bahagian dalam kategori Bakat Baru.
4. Peserta daripada kelab dan sekolah lain yang turut menyertai pertandingan badminton tersebut.

Objektif

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang badminton.
2. Meningkatkan kemahiran teknikal, kecergasan fizikal dan keyakinan diri melalui pengalaman pertandingan.
3. Memupuk disiplin, daya tahan, semangat kesukanan dan persaingan yang sihat.
4. Memberikan peluang kepada murid menguji kebolehan dalam pertandingan badminton yang kompetitif.

Rumusan

Penyertaan Wesley Law dalam CAPA x ACE Badminton Open 2026 pada 12 hingga 13 September 2026 dalam kategori Bakat Baru telah membuahkan pencapaian yang membanggakan. Beliau berjaya memperoleh Tempat Ketiga dan menerima hadiah wang tunai.

Pencapaian ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen murid dalam mengembangkan bakat dalam bidang badminton. Penglibatan dalam pertandingan turut memberikan pengalaman berharga kepada murid untuk meningkatkan kemahiran teknikal, keyakinan diri, disiplin dan semangat kesukanan.

Kejayaan ini juga menjadi dorongan kepada murid untuk terus berlatih dan meningkatkan prestasi dalam pertandingan pada masa akan datang.

Impak

1. Meningkatkan kemenjadian murid melalui pencapaian dalam bidang sukan dan penyertaan aktif dalam pertandingan.
2. Membentuk murid yang berdisiplin, yakin diri dan berdaya saing melalui pengalaman pertandingan.
3. Meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan, khususnya badminton.

Tindak Susul

1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Wesley Law dalam perhimpunan sekolah sebagai motivasi kepada murid lain.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

23/09/2026

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
22/09/2026

SK@S STANDARD 5
ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum
ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah
PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN KO-AKADEMIK 2026
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ko-Akademik 2026
Anjuran: Persekutuan Persatuan-Persatuan Teochew Malaysia (Bahagian Pemuda)
Tarikh: 13 September 2026
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Persatuan Teochew Kuching
Pencapaian: Johan Keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut dan penerima Piala Cabaran
Pelibatan
1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Teochew Malaysia (Bahagian Pemuda) sebagai penganjur Pertandingan Ko-Akademik.
2. Guru pembimbing sekolah yang memberikan bimbingan, latihan dan sokongan kepada murid dalam penyertaan pertandingan ko-akademik.
3. Murid-murid sekolah yang menyertai pelbagai pertandingan ko-akademik dan menyumbang kepada pencapaian keseluruhan sekolah.
4. Peserta daripada sekolah-sekolah lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan ko-akademik.
Objektif
1. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti ko-akademik dan mengembangkan potensi intelek.
2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir, kreativiti dan keyakinan diri murid.
3. Memupuk semangat persaingan sihat, kerjasama dan usaha berterusan dalam kalangan murid.
4. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Rumusan
Sekolah telah mencapai Johan Keseluruhan Pertandingan Ko-Akademik selama tiga tahun berturut-turut dan berjaya memperoleh Piala Cabaran. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap konsistensi kecemerlangan murid dalam pelbagai aktiviti ko-akademik serta komitmen guru dalam membimbing dan mengembangkan potensi murid.
Majlis Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada 13 September 2026 di Dewan Persatuan Teochew Kuching dan dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Amar Dr. Sim Kui Hian sebagai tetamu kehormat.
Kejayaan mengekalkan kedudukan Johan keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut membuktikan budaya kecemerlangan, daya saing dan komitmen yang berterusan dalam kalangan warga sekolah. Pencapaian ini turut mengukuhkan reputasi sekolah dalam bidang ko-akademik.
Impak
1. Meningkatkan kemenjadian murid melalui penglibatan aktif dan pencapaian konsisten dalam aktiviti ko-akademik.
2. Memperkasa budaya kecemerlangan dan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui penyertaan berterusan.
3. Meningkatkan imej dan reputasi sekolah melalui kejayaan mempertahankan Johan Keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut.
Tindak Susul
1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid serta guru pembimbing dalam perhimpunan sekolah sebagai motivasi untuk mengekalkan kecemerlangan.
2. Mengenal pasti dan membimbing murid berpotensi sebagai pelapis bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan mempertahankan Piala Cabaran pada tahun-tahun akan datang.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
20/09/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
19/09/2026

SK@S STANDARD 5

ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum

ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM IPAD CREATIVE CHALLENGE SERIES 2026

Pelibatan

1. Penganjur iPad Creative Challenge Series 2026 sebagai penyelaras pertandingan kreativiti peringkat kebangsaan.
2. Guru pembimbing.
3. Wakil-wakil sekolah,
4. Murid-murid sekolah menengah dari seluruh Malaysia yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Objektif

1. Mencungkil dan mengembangkan kreativiti serta bakat murid dalam bidang digital.
2. Menggalakkan murid menghasilkan idea yang inovatif melalui penggunaan teknologi.
3. Memupuk kemahiran pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan komunikasi visual.
4. Memberi peluang kepada murid mempamerkan bakat dalam pertandingan di peringkat kebangsaan.

Rumusan

Penyertaan Kuan Xin Ling dalam iPad Creative Challenge Series 2026 bagi kategori Sekolah Menengah peringkat kebangsaan telah membuahkan pencapaian yang membanggakan apabila beliau berjaya muncul sebagai salah seorang daripada 5 pemenang utama pertandingan tersebut.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan murid dalam mengaplikasikan kreativiti, pemikiran inovatif dan kemahiran digital bagi menghasilkan karya yang berkualiti serta berdaya saing. Kejayaan tersebut turut mencerminkan usaha dan bimbingan guru dalam mengembangkan potensi murid melalui penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Pencapaian di peringkat kebangsaan ini memberikan pengalaman bermakna kepada murid serta meningkatkan keyakinan untuk terus meneroka bidang kreativiti, inovasi dan teknologi digital.

Impak

1. Meningkatkan kemenjadian murid melalui pencapaian dalam bidang kreativiti digital di peringkat kebangsaan.
2. Memperkasa kemahiran kreativiti, inovasi dan teknologi digital dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kreativiti dan inovasi.

Tindak Susul

1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Kuan Xin Ling dalam perhimpunan sekolah sebagai motivasi kepada murid lain.
2. Menggalakkan penyertaan murid dalam pertandingan kreativiti dan inovasi digital di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
19/09/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐒𝐊@𝐒𝐒𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝟑: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦, 𝐇𝐄𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝟑.𝟏.𝟐: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝟑.𝟏.𝟐.𝟑: 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚...
18/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐒𝐊@𝐒
𝐒𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝟑: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦, 𝐇𝐄𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦
𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝟑.𝟏.𝟐: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧
𝟑.𝟏.𝟐.𝟑: 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐝𝐢𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐒𝐏𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tarikh: 14 September 2026 – 18 September 2026
Masa: Mengikut kesesuaian guru
Tempat: Dalam kelas /makmal Biologi

𝐏𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧:
1. 3 guru Biologi
2. Semua murid Tingkatan 5 (5A,5B,5C)

𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟:
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid Tingkatan Lima terhadap teknik menjawab soalan Biologi SPM dengan tepat dan berkesan.
2. Membimbing murid memahami kehendak soalan, kata tugas dan skema pemarkahan dalam peperiksaan SPM. Membantu murid mengenal pasti kesalahan lazim dalam menjawab soalan serta memperbaiki strategi menjawab
3. Meningkatkan keyakinan murid dalam menjawab soalan struktur, esei dan soalan KBAT.

𝐑𝐮𝐦𝐮𝐬𝐚𝐧:
Bengkel dilaksanakan di dalam kelas semasa sesi PdPC bagi menampung 109 murid Tingkatan 5 secara berfokus. Murid-murid didedahkan secara langsung kepada set soalan sebenar SPM tahun lepas dan skema pemarkahan rasmi. Sesi berjalan lancar secara dua hala dengan pelibatan aktif murid dalam menganalisis soalan, bersoal jawab dengan guru, membincang jawapan serta membuat pembetulan kesilapan secara terancang.

𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤:
1. Murid lebih memahami agihan markah skema rasmi dan pentingnya menguasai teknik menjawab soalan yang tepat menerusi bimbingan terus di kelas.
2. Mendedahkan murid secara menyeluruh kepada format soalan sebenar SPM bagi membina keyakinan dan ketepatan jawapan.

𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐬𝐮𝐥:
1. Pelaksanaan modul latihan susulan berasaskan soalan SPM dan soalan percubaan SPM
2. Mengadakan sesi perbincangan dan teknik menjawab secara berterusan sehingga peperiksaan SPM

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
18/09/2026

SK@S STANDARD 5

ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum

ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM INTER BRANCH FIRST AID COMPETITION 2026

Nama Program: Inter Branch First Aid Competition 2026
Tarikh: 23 Ogos 2026
Masa: 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: SMK Kuching High

Pelibatan

1. Malaysian Red Crescent (MRC) Sarawak Chapter sebagai penyelaras pertandingan yang melibatkan cawangan Kuching, Sibu dan Miri.
2. Guru pembimbing dan jurulatih KHSRC yang memberikan latihan, bimbingan serta persediaan kepada peserta dalam bidang pertolongan cemas.
3. Kuching High School Red Crescent Cadet Unit (KHSRC) yang diwakili oleh lima orang murid, iaitu Jody Liu Sin Yee, Darren Chong Yu Pok, Samuel Ting Xiang Hao, Lim En Chee dan Braylie Wong Hung Yao.
4. Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah dari Cawangan Sibu dan Miri yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan.

Objektif

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam bidang pertolongan cemas melalui latihan dan pertandingan.
2. Memupuk disiplin, ketangkasan, ketepatan serta keyakinan diri dalam mengendalikan situasi kecemasan.
3. Membina kemahiran komunikasi, kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan ahli Bulan Sabit Merah.
4. Memberi pendedahan kepada murid untuk bersaing di peringkat lebih tinggi serta mewakili Sarawak dalam pertandingan kebangsaan.

Rumusan

Penyertaan Kuching High School Red Crescent Cadet Unit (KHSRC) dalam Inter Branch First Aid Competition 2026 pada 23 Ogos 2026 di SMK Kuching High telah memberikan pengalaman berharga kepada murid dalam mengaplikasikan kemahiran pertolongan cemas secara praktikal. Pertandingan ini melibatkan pasukan daripada MRC Cawangan Kuching, Sibu dan Miri.

Hasil daripada penglibatan tersebut, Jody Liu Sin Yee, Darren Chong Yu Pok, Samuel Ting Xiang Hao, Lim En Chee dan Braylie Wong Hung Yao telah terpilih untuk mewakili MRC Sarawak Chapter dalam National Youth Camp and First Aid Competition yang akan berlangsung di Kelantan dari 23 hingga 26 September 2026.

Pemilihan kelima-lima murid ini mencerminkan tahap kemahiran, disiplin, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang latihan dan pertandingan. Penglibatan di peringkat kebangsaan turut memberikan peluang kepada murid membawa nama sekolah dan Sarawak serta mengembangkan potensi dalam bidang pertolongan cemas dan kesukarelawanan.

Impak

1. Meningkatkan kemenjadian murid melalui penguasaan kemahiran pertolongan cemas dan penyertaan di peringkat kebangsaan.
2. Memperkasa kemahiran kepimpinan, kerjasama dan daya tahan melalui latihan serta pengalaman pertandingan.
3. Meningkatkan imej sekolah melalui pemilihan murid untuk mewakili MRC Sarawak Chapter ke peringkat kebangsaan.

Tindak Susul

1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada lima orang murid dalam perhimpunan sekolah atas pemilihan mewakili Sarawak.
2. Meneruskan latihan pertolongan cemas secara intensif sebagai persediaan menghadapi National Youth Camp and First Aid Competition 2026.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
16/09/2026

SK@S STANDARD 5
ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum
ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah
PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) 2026
Nama Program: Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Kebangsaan 2026

Tarikh: 7 – 10 September 2026

Tempat: INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan
Pelibatan
1. Penganjur Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) sebagai penyelaras pertandingan robotik peringkat kebangsaan.
2. Guru pembimbing/jurulatih yang memberikan bimbingan, latihan teknikal dan sokongan kepada pasukan.
3. Pasukan sekolah, terdiri daripada Solomon Goh Kian Ping, Sim Qiao Jie dan Justin Sim Chun Hong, yang mewakili sekolah dalam kategori Future Innovators – Open Category (Lower Secondary).
4. Pasukan sekolah-sekolah lain dari seluruh Malaysia yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
Objektif
1. Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang robotik, teknologi dan inovasi.
2. Menggalakkan murid mengaplikasikan pengetahuan STEM melalui penyelesaian masalah secara kreatif dan sistematik.
3. Memupuk kemahiran komunikasi, kolaborasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.
4. Memberi pendedahan kepada murid untuk bersaing serta berkongsi idea dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan.
Rumusan
Penyertaan pasukan sekolah dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 10 September 2026 di INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan telah membuahkan pencapaian yang membanggakan. Pasukan Future Innovators – Open Category (Lower Secondary) yang terdiri daripada Solomon Goh Kian Ping, Sim Qiao Jie dan Justin Sim Chun Hong berjaya memperoleh Tempat Ketiga dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
Selain pencapaian tersebut, pasukan sekolah turut menerima Anugerah Kerjasama Berpasukan Terbaik, yang mengiktiraf keupayaan ahli pasukan untuk bekerjasama secara berkesan dalam menyelesaikan tugasan dan cabaran pertandingan. Pencapaian ini memperlihatkan penguasaan murid dalam kemahiran robotik serta kebolehan mengaplikasikan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.
Kejayaan ini juga mencerminkan komitmen murid dan guru pembimbing dalam bidang STEM serta usaha sekolah dalam menggalakkan budaya inovasi, kolaborasi dan pembelajaran berasaskan projek.
Impak
1. Meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang STEM melalui pencapaian di peringkat kebangsaan.
2. Memperkasa kemahiran kolaborasi, kreativiti dan penyelesaian masalah melalui penglibatan dalam pertandingan robotik.
3. Meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah dalam bidang robotik, inovasi dan pendidikan STEM.
Tindak Susul
1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pasukan dalam perhimpunan sekolah sebagai motivasi kepada murid lain.
2. Meneruskan latihan robotik dan projek inovasi secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran teknikal serta daya saing murid.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

SK@S STANDARD 5ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam KokurikulumASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian SekolahPENCAPAI...
15/09/2026

SK@S STANDARD 5
ASPEK 5.2 : Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum
ASPEK 5.4 : Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah
PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN KALIGRAFI “FENG JIA BEI” 2026
Tarikh: 6 September 2026
Tempat: Dewan, Chung Hua Middle School No. 1, Kuching
Pelibatan
1. Penganjur pertandingan "Feng Jia Bei" sebagai pihak yang menyelaras pertandingan pemilihan peringkat Kuching-Samarahan.
2. Guru pembimbing yang memberikan bimbingan dan persediaan kepada murid sebelum pertandingan.
3. Wakil pasukan kaligrafi sekolah.
4. Murid sekolah-sekolah menengah lain di daerah Kuching dan Samarahan yang turut menyertai pertandingan.
Objektif
1. Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam seni kaligrafi Cina.
2. Memupuk apresiasi terhadap keindahan tulisan serta warisan budaya Cina.
3. Meningkatkan ketelitian, kesabaran, disiplin dan daya kreativiti murid melalui latihan kaligrafi.
4. Memberi peluang kepada murid menguji bakat dan kemahiran dalam pertandingan peringkat daerah.
Rumusan
Penyertaan murid sekolah dalam Pertandingan Kaligrafi “Feng Jia Bei” pada 6 September 2026 telah membuahkan pencapaian yang membanggakan. Dalam kategori sekolah menengah atas, Gladys Tan Yi Ling berjaya memperoleh Pingat Perak.
Dalam kategori sekolah menengah rendah p**a, Braylie Wong Hung Yao meraih Pingat Emas, manakala Javier Jong Jen Onn memperoleh Pingat Perak. Elijah Chan Chun Heng dan Grayson Tan Yi Quan turut menerima Anugerah Karya Cemerlang.
Pencapaian ini menunjukkan kebolehan murid dalam menguasai seni tulisan kaligrafi, di samping memupuk ketekunan, ketelitian, kreativiti dan penghargaan terhadap warisan budaya. Kejayaan tersebut turut mencerminkan keberkesanan bimbingan guru serta komitmen murid dalam bidang kokurikulum dan seni budaya.
Impak
1. Meningkatkan kemenjadian murid melalui pencapaian dalam bidang seni dan budaya di peringkat daerah.
2. Memupuk penghargaan terhadap warisan budaya serta membina sikap tekun, sabar dan teliti dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah melalui pencapaian murid dalam pertandingan kaligrafi.
Tindak Susul
1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang berjaya dalam perhimpunan sekolah sebagai motivasi kepada murid lain.
2. Mengenal pasti dan membimbing murid yang berpotensi sebagai pelapis kaligrafi sekolah bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan dalam bidang seni dan budaya.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Kuching High School, Jalan Mathies
Kuching
93100

Telephone

+6082247266

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuching HIGH School posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category