Al-Huda SMKBL

Al-Huda SMKBL

Share

SEBUAH LEMBARAN BULETIN SEMASA BERKAITAN HAL EHWAL ISLAM KHUSUSNYA & PENGLIBATAN WARGA SEKOLAH TERMASUK BUKAN ISLAM DI SMK BATU LINTANG KUCHING.

30/11/2023

DOSA BESAR MENGHINA ORANG

Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata: "Sesungguhnya Dosa Terbesar di sisi Allah SWT setelah syirik adalah MENGHINA ORANG LAIN".

Hendaklah kita menjauhi diri kita daripada perbuatan mengejek dan mencela orang lain agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang melakukan dosa besar.


17/04/2023

PUASA YANG SIA-SIA

Orang yang berpuasa, apabila memperbanyakkan amal kebaikan seperti membaca al- Quran, berzikir dan lain-lain amalan akan memberikan natijah kepada pembentukan diri seorang muslim yang bertaqwa.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga menahan diri daripada melakukan perbuatan, perkataan yang boleh merosakkan pahala puasa.

14/04/2023

Sesetengah individu memilih untuk menyediakan juadah sendiri berbanding membeli di bazar Ramadan kerana dapat menjimatkan wang. Namun, tiada jaminan bahawa makanan yang disediakan sendiri lebih selamat dan bersih berbanding daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Sekiranya makanan tidak dikendalikan dengan selamat, makanan tersebut akan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria dan perubahan kimia akan berlaku. Hal ini akan mengakibatkan keracunan makanan seperti cirit-birit.

Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dipatuhi bagi memastikan makanan yang dimasak selamat untuk dimakan.

11/04/2023

Doa Berlindung Dari Dukacita

Nabi SAW mengajarkan doa ini untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.

08/04/2023

Peristiwa Nuzul Al-Quran

🟡 Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.
🟡 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.
🟡 Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadan. Marilah kita perbanyakkan membaca al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.

06/04/2023

🕌Sesetengah umat Islam berasa ragu terhadap pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa. Pengambilan ubat semasa puasa amat penting untuk mengurangkan gejala penyakit dan mengurangkan kesakitan. Tidak kesemua ubatan atau prosedur perubatan membatalkan puasa.

🩺Sehubungan itu, para pesakit dinasihatkan mengetahui jenis ubat dan prosedur tidak membatalkan puasa demi mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Sila semak ubat dan prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa.💊💊

05/04/2023

Siri Indahnya Ramadan "Rebutlah Ar-Rayyan"

Kredit: Jabatan M***i Sarawak

04/04/2023

Pembebasan Pada Setiap Waktu Berbuka Puasa

Allah SWT akan memberikan pembebasan ini kepada semua hamba-hamba-Nya yang ikhlas
dalam melakukan ibadah puasa, melakukan amal kebaikan dan menghindari keburukan pada bulan ramadan.

02/04/2023

DOA MOHON HIDAYAH ALLAH SWT

“Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engkau Memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Marilah sama-sama kita menghafal, mengamalkan dan memunajatkannya kepada Allah SWT setiap waktu.

30/03/2023

KELEBIHAN BERSAHUR

"Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan".
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


29/03/2023

Ganjaran Orang Yang Berpuasa Dari Allah SWT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT berfirman (hadith qudsi) : Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya.”

Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada orang yang berpuasa.

28/03/2023

REBUTLAH 7 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN

✅ Berbuka puasa dengan kurma/makanan yang manis
✅ Membaca doa sebelum berbuka
✅ Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
✅ Menyegerakan berbuka puasa
✅ Memperbanyakkan membaca Al-Quran, Berzikir, Berselawat dan membuat amal kebajikan
✅ Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin
✅ Menjauhi percakapan yang sia-sia dan tidak bermanfaat

Semoga kita dapat beramal sepanjang bulan Ramadan ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SMK BATU LINTANG
Kuching
93200