15/11/2025
Correction:
After his primary school education at Merpati Jepang, AJ studied at SMK ST Thomas, Kuching from 1963-1967 for his form 1 to form 5 secondary school.
He transferred to St Joseph's in 1968 where he spent only 2 years.
Siapa Abg Jo. Dikit sejarah pasal Premier kita.Pada 13 Januari 2017, Sarawak milih Ketua Menteri ke-6 selepas Allahyarham Tok Nan ninggal dunia. Orang yang dipilih ya s*k lain, Abg Jo. Nama penuh panjang juak, tapi kita orang Sarawak nyaman ngelar nya Abg Jo jak.
Abg Jo tok orangnya tenang, cool, nadai gaya marah, walaupun muka macam serius s*kit. Tapi ya lah style nya. Yang penting, nya anak Melayu Sarawak kedua yang pernah jadi KM, lepas Tok nan.
Asal Usul
Abg Jo lahir di Limbang tahun 1950, tapi membesar di Kampung Bandarsyah, Kuching. Sungai Bintangor tok lah playgroundnya masa kecik tempat mandik, bermain, berebut kawan, semua ada.
Nya juak dari keluarga hebat, cicit Datu Patinggi Ali, pahlawan Sarawak zaman Brooke. Jadi memang ada darah kepimpinan mengalir dari dolok-dolok gik.
Bini nya, Datin Amar Juma’ani, juak dari keluarga besar Melayu Sarawak.
Anak sidak ada dua orang: Abang Abdillah Izzarim & Dayang Norjihan.
Yang s*k ramei orang tauk, setiap malam sebelum tidur, abg jo biasanya makan sebiji kurma. Mungkin ya rahsia awet muda nya.
Abg jo s**a makan di rumah, ayam masak merah, ikan asam pedas, daging masak kicap, semua Allahyarhamah Datin yang masak. Steady nak.
Belajar & Kerja
Lepas abis sekolah rendah di Merpati Jepang, Abg Jo sekolah di SMK St Thomas, Kuching dari tahun 1963 sampei 1967, masa ya dari Form 1 gik sampai Form 5. Lekak ya, tahun 1968, nya pindah ke St Joseph’s , dan belajar di sitok selama 2 tahun jak."
Abg Jo yambung belajar di United Kingdom, di Henley College, Brunel University, ambik Masters Pengurusan Perniagaan. (Business Management).
Balit Malaysia, s*k terus masuk politik, kerja dengan sidak MAS nya dolok di bahagian korporat.
Lepas ya, ambik cuti belajar, sambung MBA.
Nang Rajin bah.
Karier Politik
Masuk politik pada taun 1977. Lepas ya min pun lahir 1978.(masuk juak tek 🤣)
Tahun 1981, bertanding di DUN Satok, menang dan menang lagik 9 penggal berturut-turut.
Power juak nak.
Pernah pegang macam-macam jawatan:
• Setiausaha Politik KM
• Menteri Muda Wilayah
• Menteri Pertanian
• Naib Presiden PBB bertahun-tahun
• Menteri Perumahan
• Menteri Pelancongan
Pendek kata, lamak dah nya berkhidmat dengan Sarawak.
Penutup
Orang Sarawak, Jiwa Sarawak
Tok lah s*kit pasal Abg Jo, Ketua Menteri Sarawak ke-6. Orang kampung, orang biasa, tapi jiwa besar. Dari Sungai Bintangor sampai ke Wisma Bapa Malaysia,perjalanan yang panjang.
Semoga terus bawak Sarawak ke hadapan.