23/01/2026
"Dapat Fizik A, Add Math A, ada Ijazah Kepujian. Last-last duduk rumah lipat kain. Membazir betul."
Luahan hati seorang Puan di inbox kami ini sebenarnya mewakili ribuan wanita lain. Rasa sedih bila orang cakap ijazah tu sekadar jadi 'tikas' alas meja makan.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Mari kita betulkan persepsi lapuk ini.
Pendidikan tinggi bukan semata-mata tiket untuk masuk pejabat 8 pagi - 5 petang. Pendidikan tinggi adalah proses 'naik taraf' otak.
Apabila seorang wanita berpendidikan memilih (atau terpaksa) menjadi surirumah, ijazah dia tidak terbakar. Otaknya berfungsi dengan cara berbeza berbanding orang lain:
1. Penapis "Bu****it" Yang Berkesan
Ibu yang belajar tinggi (tak kira bidang apa) memiliki pemikiran kritis. Dia takkan mudah terpedaya dengan produk 'sampah' seperti ubat kurus viral, vaksin konspirasi, atau makanan minda timbang kilo. Dia pandai buat 'Fact Check'.
2. Pengurus Kesihatan Keluarga (Doktor Rumah)
Bila anak demam, dia tak gelabah. Dia faham cara baca label ubat, dia faham sukatan mililiter, dan dia tahu beza antara 'virus' dan 'bakteria'. Ini mengurangkan risiko komplikasi kesihatan anak-anak.
3. "The First Teacher Effect"
Kajian menunjukkan perbendaharaan kata (vocabulary) kanak-kanak bergantung kepada siapa yang bercakap dengannya setiap hari. Ibu yang berpendidikan menyuapkan bahasa, logik, dan adab yang berkualiti tinggi terus ke dalam otak anak sejak bayi.
Puan, ijazah itu tidak sia-sia.
Puan sedang melakukan "Data Transfer" secara langsung kepada generasi seterusnya.
Kalau kita nak negara maju, kita perlukan rakyat yang cerdik. Dan rakyat yang cerdik lahir dari tangan ibu yang cerdik, walau di mana pun dia berada (pejabat atau dapur).
Anda bukan "sekadar surirumah". Anda adalah Menteri Pendidikan & Kesihatan untuk keluarga kecil anda.