19/09/2026
TERIMA KASIH Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS ATAS LIPUTAN PROGRAM SEJAHTERA MADANI
Alhamdulillah, satu lagi pengalaman bermakna buat Nugen Academy dalam menjayakan Program Sejahtera MADANI โ Fokus Peningkatan Pendapatan (Latihan Kemahiran) di Saratok.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam Kemahiran Pengendalian Sistem Siaraya serta Pemasaran Media Sosial, termasuk penggunaan AI, TikTok, Facebook dan siaran langsung bagi membantu memperkukuh kemahiran serta membuka peluang menjana pendapatan.
Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman serta semua pihak yang terlibat.
Terima kasih kepada semua peserta, urusetia, tenaga pengajar dan rakan strategik atas kerjasama serta komitmen sepanjang program berlangsung. ๐ค
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dan memberi impak kepada peserta, keluarga serta komuniti setempat.
๐ Baca liputan penuh UKAS:
Latihan Kemahiran Sejahtera MADANI Bantu Peserta Jana Pendapatan