18/09/2022
13 September 2022
Arena Nancy, Simunjan dan Padang Bolang Jaring SMK Sri Sadong, Simunjan.
Alhamdulilah.
Guru Pewaris Negera Daerah Simunjan telah berjaya menyelaraskan dan menganjurkan Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Piala PPD Simunjan sempena Sambutan Hari Guru Daerah Simunjan Tahun 2022. kejohanan ini adalah kolaboratif antara GPN Daerah Simunjan, Majlis Guru Besar Daerah Simunjan dan PPD Simunjan.
Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Piala PPD Simunjan ini adalah salah satu aktiviti Pengisian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Simunjan dan Pengisian Pesta PSKPP 2022. Kejohanan ini adalah diadakan untuk merealisasikan hasrat kementerian untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang cergas amnya dan Daerah Simunjan khasnya dari segi fizikal dan mental. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan semengat perpaduan dan ukhwah silaturrahim dikalangan semua staf pendidikan di daearah Simunjan. Untuk pengetahuan, kejohanan kali ini melibatkan semua staf pendidikan di sekolah termasuklah guru, staf AKP, guru KAFA, guru interim, guru on off dan guru COS.
Majlis penutupan rasmi telah diserikan oleh Yang Berusaha Cikgu Hasbi bin Ancheh, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan. Manakala tetamu kehormat lain yang hadir adalah Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar Simunjan, Cikgu Asri bin Om, Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan, Cikgu Rashid Bin Zohari, Pengerusi Majlis Guru Besar Zon ZOSPER, Cikgu Daud bin Harbi, Penyelaras Kejohanan merangkap Ketua Penggerak Interim GPN Simunjan Cikgu Osman bin Zaini (Guru Besar SK Segali) dan Ketua Unit Sukan PPD Simunjan, Cikgu Abang Redzuan bin Juli.
Majulah Sukan Untuk Negera.
Kita Teguh Bersama.