✨ Tahun Baru 2026, kursus persediaan AI untuk PdP! 🚀 Yuran cuma RM11. Kenapa RM11? 11 rahsia nanti dibongkar. Komen "11".
EduHub Cikgoo
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from EduHub Cikgoo, Educational consultant, Kuching.
27/08/2024
"Hari-hari saya gunakan Canva untuk sarapan minda. Canva dah macam kawan baik saya."
Contoh ayat ini dibina melalui prompt di ChatGPT.
Macam biasalah, kita bagi arahan mudah. Tapi dia punya puitis lain macam.
22/08/2024
Pastikan poster Merdeka anda hasilkan adalah tepat, tak kira anda pereka atau tidak. Banyak templat percuma di internet sering mempunyai kesilapan, terutamanya jalur pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang tak cukup atau salah. Jika anda menggunakan rekaan yang dijana oleh AI, perhatikan butiran ini dengan teliti. Jangan ambil sahaja mana-mana templat yang tidak mewakili Malaysia dengan betul. Pendek kata, jangan terlalu ghairah membuat poster sehingga mengabaikan ketepatan karya anda. Mari kita bertanggungjawab dan hormat dalam rekaan kita.
Berikut contoh prompt yang saya beri dalam Ideagram.io pilihan ramai peminat Image Generative AI:
"Merdeka 2024 Poster With The National Flag Of Malaysia Is Composed Of A Field Of 14 Alternating Red And White Stripes Along The Fly And A Blue Canton Bearing A Crescent And A 14-Point Star Known As The Bintang Persekutuan."
11/08/2024
Ini adalah sebahagian AI tools yang saya guna pakai dalam penulisan akademik. Kalau ikutkan lebih daripada 15 AI tools yang saya telah akses dengan jayanya. Ada pros & cons setiap satu.
Komen untuk dapatan pautan ini.
Nak guna AI tools bukan sekadar copy & paste. Kena ada kemahiran menangani maklum balas yang diberikan oleh robot.
We can agree to disagree with them.
15/05/2024
Kejayaan hari ini adalah berkat bimbingan dan inspirasi daripada guru-guru yang tidak pernah jemu.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru saya atas dedikasi dan usaha yang tidak ternilai.
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
"
03/03/2024
Format poster iklan sangat penting karena mempengaruhi cara audiens berinteraksi dengan konten yang Anda tampilkan. Terutama dalam poster, di mana orang cenderung hanya melihat secara singkat, format yang baik dapat membantu menyampaikan pesan dengan efektif. Berikut beberapa alasan mengapa format poster iklan penting:
1. Kesederhanaan Maklumat: Kebanyakan orang tidak akan membaca seluruh teks pada poster. Oleh karena itu, poster harus memiliki maklumat yang cukup untuk menarik perhatian dan memacu minat audiens sebelum mereka menjadi prospek (leads) Anda.
2. Kualiti Prospek: Jumlah maklumat yang diberikan pada poster memengaruhi kualiti prospek yang Anda dapatkan. Semakin banyak informasi yang mereka terima sebelum menjadi prospek, semakin baik pengetahuan dan pemahaman mereka tentang produk atau perkhidmatan Anda.
Selain itu, ada elemen lain yang perlu diperhatikan dalam rekabentuk poster iklan anda:
- Font: Pilih font yang mudah dibaca dan sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan.
- Tona Warna: Gunakan kombinasi warna yang tidak hanya menarik, tetapi juga mudah dibaca.
Pastikan poster iklan Anda terlihat kemas dan memberikan maklumat yang cukup.
Source: Conversation with Bing, 3/3/2024
(1) en.wikipedia.org. https://en.wikipedia.org/wiki/Poster.Variasikan format poster iklan anda.
Ini adalah antara intipati kandungan kursus yang akan saya sampaikan dalam Mastering AI Skills For Digital Entrepreneurship yang bakal berlangsung kurang 2 minggu daripada sekarang. Bukan sekadar belajar AI semata-mata menghasilkan AI copywriting dan poster sahaja. Ada sikit asas grafik menghasilkan konten media sosial untuk usahawan. Moga-moga ada saham akhirat yang mengalir untuk saya dan peserta yang mempraktikkannya nanti.
04/02/2024
One-man show macam ni lah.
Dia buat platform. Dia juga pilih design. Dia juga yang atur content. Dan dia juga uruskan proses pengajaran dan pembelajaran sendiri. Kalau ada ruang masa yang lebih, rancang untuk pembangunan ebook dan inovasi p**a untuk kursus.
Gambar adalah proses yang saya buat dalam Canva untuk diletakkan dalam platform pdp sahaja.
Tak mudah tapi hati s**a, layankan aje.
Kita ulang proses yang sama setiap semester. Cuma ubah pendekatan sahaja. Seperti mana yang saya pernah kongsi dengan rakan di institusi, perlu buat penilaian, rumusan dan strategi terhadap kursus bila sesi baharu bermula.
Nota: Semua ini saya belajar dengan sifu-sifu Canva saya. Bukan percuma. Ada pelaburan perlu dibuat. Ada rezeki kita buat penulisan dalam ebook nanti. Jalan show cut, beli ebook mereka dan belajar secara kendiri. Link ebook ada di ruangan komen.
Sesegar bunga di taman pdPDT saya sem ini. Penyampaian baru, aplikasi baru, pelajar baru
CUMA cikgu je yang lama.
26/09/2021
Nak bangunkan slaid persembahan perlu ada pengetahuan dan kemahiran.
Bukan main bubuh ses**a hati.
Ada sifirnya.
Saya namakan sifir tersebut sebagai Peraturan 1-6-6.
Saya kongsi ilmu ini pada post yang lain nanti.
25/09/2021
Dah bertemplate jangan lupa cara lama.
Slaid yang biasa kita jadikan ia luar biasa.
Ilmu sudah ada di situ cuma kita tambah nilai dari sudut kreatif dan interaktiviti.
Slaid persembahan kita menjadi menarik dengan tambahan beberapa fungsi seperti Classpoint untuk meningkatkan interaksi bersama audiens melalui aktiviti dan Power User yang menguruskan layout dan simpanan library untuk stock photos.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Culinary Team
Attire
Contact the school
Website
Address
Kuching
93050