18/09/2026
Alhamdulillah, pada 31 Ogos hingga 5 September yang lalu, Ziarah Mahabbah Peserta Kelas Khas Ustaz Saratoki 2025 telah berjaya dilaksanakan, walaupun kami tidak berkesempatan untuk bertemu dengan semua peserta.
Semoga setiap pertemuan yang terjalin menjadi kesinambungan hubungan silaturahim dan menjadi asbab dalam usaha kita bersama membentuk generasi Celik Tajwid.
Perjalanan Ziarah Mahabbah kali ini bermula dari Ipoh, seterusnya ke Terengganu dan berakhir di Kelantan.
Terima kasih kepada semua peserta dan keluarga yang sudi menerima kunjungan kami dengan penuh kasih sayang dan kemesraan, dapat la jugak tengok hasil nota para peserta Masya Allah, hebat2 semua notanya.
Insya-Allah, pada tahun hadapan, Ziarah Mahabbah Kelas Khas Ustaz Saratoki akan diteruskan p**a ke Utara.
Semoga Allah terus menyatukan hati-hati kita dalam kecintaan kepada al-Quran dan ilmu tajwid.
Dari Kelas, Terjalin Ukhuwah. Dari Ukhuwah, Terbina Generasi Celik Tajwid.
Jom jadi peserta Kelas Khas Ustaz Saratoki 2027
017-568 3264