16/01/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐' ๐๐'๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & Salam UNIMAS Lestari.
Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Isra' dan Mi'raj 27 Rejab 1447H | 2026.
Semoga peringatan peristiwa Isra' dan Mi'raj melalui kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW ini memperkukuh keimanan dan menghayati kepentingan solat dalam kehidupan seharian kita. Amin.
"๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ช๐จ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ข๐, ๐ผ๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ง๐ฅ๐ช๐๐"
Yang Ikhlas,
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ (๐ฃ๐ฆ๐ฆ๐๐ฆ) ๐๐ฒ๐๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ
09/01/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐.๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & Salam UNIMAS Lestari.
Dimaklumkan bahawa Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS sesi 2025/2026 telah mengadakan Perjumpaan Bil.1/2026 Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS pada 6 Januari 2026 di Dataran Kolej Cempaka, UNIMAS.
Perjumpaan pertama ini sekaligus menjadi medan perkenalan antara ahli baharu dan lama, membincangkan hala tuju Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS (PSSGS) bagi sesi 2025/2026 serta menyampaikan maklumat awal berkaitan perlantikan jawatankuasa, jadual latihan dan perancangan aktiviti yang dilakukan.
Perjumpaan ini juga telah dihadiri oleh seramai 15 orang pelajar, termasuk ahli baharu dan ahli lama Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS.
Sekian, terima kasih.
"๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ช๐จ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ข๐, ๐ผ๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ง๐ฅ๐ช๐๐"
Yang Ikhlas,
Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSGS) sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sarawak
22/08/2025
Program yang dijalankan SSG Kuching esok. Sila sebarkan kepada semua ahli.
Assalamualaikum dan salam segayong.
๐ฅ๐ฅPer : *PERHIMPUNAN BIL 1/2025 : SILAT SENI GAYONG SARAWAK CAWANGAN KUCHING*
๐Merujuk perkara di atas, satu perhimpunan akan diadakan pada butiran berikut:
*Tarikh : 23 Ogos 2024 (Sabtu)*
*Masa : 3.00 - 5.30 pm*
*Tempat : SK Matang, (Depan KV Matang)*
๐Oleh itu, diminta pesilat-pesilat dari Gelanggang di Bawah naungan PSSGS Kuching seperti berikut untuk hadir.
1. Glg Rosli Dhoby
2. Glg Pendamai Sarawak
3. Glg Kenyalang Bora - IPGK Batu Lintang
4. Glg Sri Rom Naga - UNIMAS
5. Glg SMK Seri Setia
6. Glg SMK STAR
7. Glg SK Matang
8. Glg SK Petra Jaya
9. Glg SK Beradek (Dikecualikan)
10. Glg SK Matang Jaya (jika ada)
11. Glg Bora-Bora
12. MSFA - Metro Fighter
๐ฏAgenda perjumpaan akan tertumpu kepada:
๐1. *Pengurusan Gelanggang* - Kehadiran, Bilangan Murid, Yuran-yuran (jika ada), Pendaftaran Keahlian, Pengurusan Silibus/adat istiadat, Pengurusan Pakaian,
๐๐2. *Taklimat Pengurusan Pertandingan Silat Tanding (Olahraga & Seni) Bagi Jemputan Gayong Edisi 6* - ambil nama, pendaftaran peserta, timbang berat
๐ค๐ค3. *Perjumpaan Gurulatih, Guru Penasihat & Ibu bapa* - Sesi Q&A berkenaan dengan pertubuhan
๐ญ4. *Persiapan Kursus Pembantu Gurulatih* -
๐ฒ Oleh itu, pihak Cawangan Kuching *MEWAJIBKAN KEHADIRAN* jika pesilat-pesilat ingin terlibat dengan Pertandingan Jemputan Gayong Edisi 6. Selain itu, pihak kami juga ingin membantu semua pesilat untuk menghadapi persiapan pertandingan dengan lancar dan juga pengurusan pentadbiran gelanggang-gelanggang di Bawah naungan kami dapat berjalan dengan baik dan teratur.
๐ข Kehadiran menunjukkan komitmen pesilat & ibu bapa penjaga untuk Bersama-sama pihak kami untuk mendidik dan menjadikan pertubuhan ini konsisten untuk menuju kepada objektif penubuhan silat ini.
๐๐๐ฆ Pihak kami juga mengalu-alukan jika ada gurulatih/ gelanggang / ibu bapa/ individu yang ingin menyumbang makanan kerana kita juga akan mengadakan majlis santai-santai untuk makan-makan secara potluck. Ini adalah untuk menambahkan keakraban kita dalam pertubuhan ini.
๐๐ Diharapkan, aktiviti ini menjadi panduan dan penandaaras bagi Cawangan-cawangan lain di dalam Sarawak.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN BANTUAN ANDA SEMUA!!
11/08/2025
SILAT TANDING JEMPUTAN GAYONG SARAWAK EDISI VI 2025
Pertubuhan Silat/Kelab-Kelab/Akademi/ Badan Gabungan PESAKA / Badan Pendiri PESAKA
Assalamualaikum dan salam segayong. Salam Malaysia Madani.
Berikut Adalah Jemputan kepada pertubuhan yang berminat untuk menyertai Kejuaraan Silat Tanding Jemputan Gayong Sarawak Edisi VI 2025 yang akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 17 -19 Oktober 2025
Tempat : Dewan SM Sains Kuching, Padawan
Sasaran Penyertaan : 400/ 700 penyertaan
Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan ke GP Whatsapp "INFO SILAT TANDING EDISI VI 2025" yang terdapat pada pautan di dalam mesej ini. https://chat.whatsapp.com/J2lHcy3gwr49W2c5sZYs0m
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 017-846 5003, Urusetia Kejuaraan.
Terima Kasih.
11/08/2025
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak (NEGERI) adalah PSSGM Kebangsaan (PUSAT)
PSSGM KEBANGSAAN = BADAN PENDIRI PESAKA
11/08/2025
BENGEKL PENATARAN SILIBUS SILAT SENI GAYONG SARAWAK 2025 (KURSUS PEMBANTU GURULATIH & SENI PISAU & SENI LEMBING)
Panggilan untuk semua pemegang Bengkung Pelangi Hijau dan ke atas.
๐ฆPertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak akan mengadakan Kursus Pembantu Gurulatih yang akan diadakan pada butiran berikut:
๐ฅTarikh: 30/8 - 1/9/2025 (Sabtu - Isnin)
๐ฅTempat: Kem Alapong, Lundu
๐ฅTenaga Pengajar : Cikgu Haji Rasol dan Majlis
Gurulatih Negeri Sarawak.
https://forms.gle/C2AG7WD879PmvNqw8
Sila isi pautan di atas kerana tempat Adalah sangat terhad. 40 tempat sahaja ditawarkan.
๐ต๐ต๐ต - dinyatakan di dalam Borang Google
๐กKursus ini Adalah anjuran Majlis Gurulatih Negeri Sarawak dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak.
โฑ๏ธUntuk perhatian:
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak - Gelanggang Rosli Dhoby Kuching
Pssgs Serian
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sri Aman
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sarikei
PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS
Pertubuhan Silat Seni Gayong Gelanggang Singa Emas Betong
Gelanggang Silat Seni Gayong, Tandang Sari Saratok
Gelanggang Pendamai Sarawak - Silat Seni Gayong Sarawak
PSSGM Kenyalang Bora IPG Kampus Batu Lintang
Akademi Silat Metro - Metro Silat Fighter Academy
Cikgu Muhammad Khawar Hezazy