SK Jalan Arang, Padawan - Yba1208

SK Jalan Arang, Padawan - Yba1208 MULA BEROPERASI PADA 6.1.2003; MOTTO "MENJADIKAN INSAN BERILMU". GURU BESAR IALAH EN. CHONG HON MING(2003), PN. SHARIFAH NASIHAT BT TUANKU MAHMUD(2008), EN.

THALASA BIN UMIK(2011), EN. AWANG ADRUS BIN RAMLEE(2015) & EN. EDWARD ANAK PETER BAJAT(2018).

MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT DAERAH PADAWAN TAHUN 2026🗓11-12 April 2026📍Institu...
16/04/2026

MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT DAERAH PADAWAN TAHUN 2026

🗓11-12 April 2026
📍Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
💎Pencapaian:
1. Johan Hafazan Kategori Perempuan - Adik Nur Iman Damya binti Nazri
2. Tempat Ke-4 - Pertandingan Nasyid

Pihak sekolah berasa amat bangga dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik NUR IMAN DAMYA BINTI NAZRI kerana mendapat JOHAN dan terpilih mewakili Daerah Padawan ke peringkat bahagian pada 23 April 2026 di IKMAS.


PEMILIHAN KEJOHANAN BOLA BALING ZON BATU KAWA 2026🗓 11 April 2026 (Sabtu) 📍 SK Rantau Panjang👩‍🏫 Jurulatih : Cikgu Nik I...
16/04/2026

PEMILIHAN KEJOHANAN BOLA BALING ZON BATU KAWA 2026

🗓 11 April 2026 (Sabtu)
📍 SK Rantau Panjang
👩‍🏫 Jurulatih : Cikgu Nik Imran Aysaruddin, Cikgu Sapiah & Cikgu Siti Suriati

💎Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Baling SK Jalan Arang kerana telah menyertai pemilihan ini.
💎Seramai 5 orang murid SK Jalan Arang telah terpilih untuk mewakili Zon Batu Kawa ke peringkat seterusnya. Murid-murid yang terpilih adalah Niklas, Steven & Rafael untuk kategori lelaki manakala Felicia dan Nur Syafiekah bagi kategori perempuan.


PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK ZON BATU KAWA 2026🗓 11 April 2026 (Sabtu) 📍 SK Rantau Panjang👨‍🏫 Jurulatih : Cikgu Terrison ...
16/04/2026

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK ZON BATU KAWA 2026

🗓 11 April 2026 (Sabtu)
📍 SK Rantau Panjang
👨‍🏫 Jurulatih : Cikgu Terrison & Cikgu Hasri

💎Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak SK Jalan Arang kerana telah menyertai pemilihan ini. Seramai 3 orang murid SK Jalan Arang iaitu Faezz, Nicklas dan Haris telah terpilih untuk mewakili Zon Batu Kawa ke peringkat seterusnya.


💎🌙✨MAJLIS RIANG RIA RAYA SK JALAN ARANG 2026🌙✨💎🗓11 April 2026 (Sabtu) ⏰6:30 petangSuasana penuh kegembiraan dan kemeriah...
16/04/2026

💎🌙✨MAJLIS RIANG RIA RAYA SK JALAN ARANG 2026🌙✨💎

🗓11 April 2026 (Sabtu)
⏰6:30 petang

Suasana penuh kegembiraan dan kemeriahan jelas terasa dalam sambutan Majlis Riang Raya yang telah berlangsung dengan jayanya.

Dewan dihiasi indah dengan dekorasi Aidilfitri, diserikan lagi dengan kehadiran warga sekolah yang tampil anggun dan segak dalam busana raya yang berwarna-warni. Suasana bertambah meriah dengan gelak tawa, ukhuwah yang terjalin serta semangat kebersamaan yang jelas terpancar. 🌸

Pelbagai juadah istimewa turut disediakan, menambahkan lagi keceriaan sambutan. Aktiviti menarik seperti jamuan, persembahan dan sesi bergambar menjadikan program ini lebih bermakna dan dikenang. 📸

Sambutan ini bukan sahaja meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah. Semoga kemeriahan ini terus mekar dan menjadi kenangan indah buat semua. 🌟


GOTONG-ROYONG PERDANA PIBG SK JALAN ARANG FASA 1 2026 🗓️ 11 April 2026 (Sabtu)🕘 8:00 pagi - 11:00 pagi🌏 SK Jalan Arang🤝T...
16/04/2026

GOTONG-ROYONG PERDANA PIBG SK JALAN ARANG FASA 1 2026

🗓️ 11 April 2026 (Sabtu)
🕘 8:00 pagi - 11:00 pagi
🌏 SK Jalan Arang

🤝Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh GB, Barisan SLT, YDP PIBG, Semua Guru, AKP, Exco PIBG, Ibu bapa/penjaga murid Tahap 2 & Pekerja Pembersihan Swasta yang dapat bersama² menjayakan gotong-royong pada kali ini.

🤝Kerjasama dan usaha yang mantap.

🤝Kalian semua memang terbaik.


KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING 2026🗓8-10 April 2026📍Lapang Sasar Memanah Perbadanan Sukan Saraw...
16/04/2026

KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING 2026

🗓8-10 April 2026
📍Lapang Sasar Memanah Perbadanan Sukan Sarawak
💎Peserta : Vanshika A/P Viknesvaran & Rishan A/L Suppiah
👨‍🏫Guru Pengiring/Jurulatih: Cikgu Hasri bin Seman
Keputusan : Vanshika (Tempat ke-31) & Rishan (Tempat ke-34)

🌼Syabas dan tahniah kepada anak Diamond kita yang julung kalinya menyertai acara memanah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan kewangan untuk membeli peralatan memanah serta menemani anak kita di padang sasar. Semoga pencapaian anak-anak Diamond dalam bidang memanah menajdi lebih baik pada masa hadapan. 🌼


TERENGGANU INTERNATIONAL SCIENCE FAIR 2026 (TISF26) 💎Congratulations to our young talented diamond, Jonah, Karlson and N...
16/04/2026

TERENGGANU INTERNATIONAL SCIENCE FAIR 2026 (TISF26)

💎Congratulations to our young talented diamond, Jonah, Karlson and Nur Ayuni on winning the GOLD AWARD for Infographic Learning (Online Category).

https://youtu.be/rZMK7fzNe1o?feature=shared


SAMBUTAN HARI AUTISME & SINDROM DOWN SK JALAN ARANG TAHUN 2026🗓9 April 2026💎Sambutan Hari Autisme dan Sindrom Down ini b...
16/04/2026

SAMBUTAN HARI AUTISME & SINDROM DOWN SK JALAN ARANG TAHUN 2026

🗓9 April 2026

💎Sambutan Hari Autisme dan Sindrom Down ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan, dan sokongan inklusif terhadap golongan istimewa ini.

💎Hari Sindrom Down Sedunia disambut pada 21 Mac, manakala Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April.

💎Tema Hari Autisme 2026: "Autism and Humanity – Every Life Has Value" (Autisme dan Kemanusiaan – Setiap Kehidupan Bernilai)


PERTANDINGAN e-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026🗓7 April 2026💎Peserta : Muhammad Rayyan Mika bin...
16/04/2026

PERTANDINGAN e-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

🗓7 April 2026
💎Peserta : Muhammad Rayyan Mika bin Redzuan
👩‍🏫Guru Pembimbing : Cikgu Nurhafizah binti Uteh


LAWATAN LAPANGAN INSTITUT PENDIDIKAN  GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK (IPGKTAR) KE SK JALAN ARANG🗓 1 April 2026 (Rabu) ⏰ 9:3...
04/04/2026

LAWATAN LAPANGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK (IPGKTAR) KE SK JALAN ARANG

🗓 1 April 2026 (Rabu)
⏰ 9:30 pagi - 1:30 petang

💎 Lawatan ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus EDUP 3153 (Pentaksiran dalam Pendidikan) .

💎 Lawatan lapangan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswa pendidikan tentang pelaksanaan PBD di sekolah.

💎 Dalam lawatan ini, siswa telah diberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBD di SK Jalan Arang oleh Cikgu Toh Chai Bui.


02/04/2026

📖PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN TVPSS
PERINGKAT SEKOLAH SK JALAN ARANG 2026📖

🗓️ 30 Mac 2026
📌 Dewan PTA Diamond SKJA

🌼Video dari TVPSS SKJA untuk Majlis Pelancaran Program Nilam dan TVPSS SKJA. Syabas kepada murid-murid SKJA 🌼


📖PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN TVPSSPERINGKAT SEKOLAH SK JALAN ARANG 2026📖🗓️ 30 Mac 2026📌 Dewan PTA Diamond SKJA🌼Semoga p...
02/04/2026

📖PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN TVPSS
PERINGKAT SEKOLAH SK JALAN ARANG 2026📖

🗓️ 30 Mac 2026
📌 Dewan PTA Diamond SKJA

🌼Semoga program-program ini dapat melahirkan murid yang bukan sahaja mencintai ilmu melalui pembacaan konvensional, malah celik IT dan kreatif dalam penghasilan bahan digital, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.🌼


Address

Lot 4542, Blok 225, Jalan Khong Ping
Kuching
93250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jalan Arang, Padawan - Yba1208 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category