SMK Semerah PADI, Kuching

SMK Semerah PADI, Kuching #65

-official-

24/09/2026

[๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฃ๐——: ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป]
[๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป]

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฆ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 23 September 2026
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: 8.00 pagi - 1.00 petang
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: SMK Semerah Padi

๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป:
Puan Zuraida binti Ramli, KPP BPPDP
Puan Yusnamariah binti Md Yusop, PP BPPDP
Puan Hamimah binti Kamal, PPPD Sektor Pengurusan Sekolah
Cik Faith Wong, SISC+

๐—ข๐—ฏ๐—ท๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ: [๐—ฅ๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—ฆ๐Ÿฎ]
Memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan TS25 melalui kunjung bantu, perbincangan profesional dan pemerhatian amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป:
Kunjung bantu ini dilaksanakan bagi meninjau pelaksanaan amalan sekolah dan memberi ruang kepada perbincangan profesional bersama pihak pentadbir serta guru.

Dalam sesi ini, SISC+ turut melaksanakan pemerhatian bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk melihat pelaksanaan PdP dalam konteks sebenar serta mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan yang boleh disokong melalui bimbingan susulan.

๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ:
Sesi kunjung bantu ini membantu memperkukuh komunikasi profesional antara pihak sekolah dan pegawai pembimbing, di samping memberi maklum balas yang boleh digunakan untuk menyokong penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—น:
Pihak sekolah akan meneruskan tindakan penambahbaikan berdasarkan keperluan, manakala SISC+ akan terus memberi sokongan bimbingan mengikut fokus yang dikenal pasti.

"๐—ฃ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ"

24/09/2026

-SEGERA & PENTING-

PELAN PENGURUSAN RISIKO/BENCANA & PENGURUSAN KOMUNIKASI BERIKUTAN IPU MENUNJUKKAN PENINGKATAN TREND TIDAK SIHAT @ 24 SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan sihat hendaknya sentiasa.

Memandangkan IPU pada hari ini menunjukkan trend makin meningkat, maka tuan/puan gunakanlah punca kuasa yang telah ditetapkan.

Sila patuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam SOP. Langkah penyuraian murid laksanakanlah secara baik dan dikomunikasikan secara baik dengan ibu bapa/penjaga.

Berikut di bawah saya sediakan sedikit panduan pengurusan risiko dan pelan komunikasi yang tuan/puan boleh gunakan.

LANGKAH PENGURUSAN IPU (TIDAK SIHAT) DI SEKOLAH @ 24.09.2026

KAWALAN SEGERA DI SEKOLAH
* Hentikan semua aktiviti luar serta-merta
* Murid kekal di dalam kelas masing-masing
* Semua aktiviti terbuka seperti perhimpunan dan PJ dibatalkan

PERLINDUNGAN KESIHATAN MURID
* Galakkan pemakaian pelitup muka
* Kenal pasti murid berisiko (asma, masalah pernafasan)
* Sediakan ruang rawatan sementara bagi murid yang tidak sihat

JADUAL WAKTU FLEKSIBEL (GURU & MURID)
* Guru kekal bersama murid di dalam kelas untuk pengawasan berterusan
* Kurangkan pergerakan guru antara blok/bangunan bagi mengurangkan pendedahan
* Gantikan aktiviti luar dengan PdP dalam kelas yang lebih santai dan fleksibel (contoh: kerja kumpulan kecil, pembelajaran kendiri berpandu, penggunaan bahan digital)
* Susun semula jadual jika perlu (contoh: tukar waktu PJ kepada subjek teori atau ulang kaji)
* Hadkan aktiviti yang memerlukan pergerakan atau pendedahan udara luar

PEMANTAUAN KESIHATAN MURID
* Guru kelas/subjek memantau keadaan murid secara berkala
* Rekod murid yang menunjukkan simptom seperti batuk, pening atau sesak nafas
* Rujuk segera kepada tindakan kesihatan jika perlu

TINDAKAN PELEPASAN AWAL
* Sekolah boleh melaksanakan early dismissal secara berperingkat jika IPU kekal atau meningkat
* Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil anak di sekolah
* Murid hanya dibenarkan pulang dengan ibu bapa/penjaga atau wakil yang sah

PENGURUSAN KOMUNIKASI
* Pastikan maklumat disampaikan dengan cepat, jelas dan konsisten
* Gunakan saluran rasmi sekolah (WhatsApp/Telegram/SMS)
* Beri kemas kini berkala kepada semua guru dan ibu bapa untuk mengelakkan kekeliruan

Saya dan pasukan di PPD akan sedia membantu.

Hubungi saya dan team, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita.

Majelan Sulong
Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
24.9.2026 @ 0633 pagi

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 2026Seluruh warga SMK Semerah Padi mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026

Seluruh warga SMK Semerah Padi mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Hari Malaysia menjadi simbol kebersamaan kita sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan tradisi. Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita terus melangkah bersama.

Marilah kita semai rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, saling menghormati, menjaga keharmonian dan terus membina semangat perpaduan dalam kehidupan seharian.

Berbeza warna, satu jiwa.
Berbeza latar, tetap bersama.
Malaysia milik kita semua. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada,
๐ŸŒธWarga SMK Semerah Padi๐ŸŒธ

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

13/09/2026

UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
(14-18 SEPTEMBER 2026)

Assalamualaikum wbt dan salam hormat ditujukan khas kepada seluruh warga pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Dengan penuh rasa syukur dan harapan yang tinggi, saya dan seluruh warga PPD Kuching mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Kembali Bertugas kepada semua barisan Pengurusan Sekolah, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta anak-anak murid di seluruh sekolah di daerah Kuching.

Sesungguhnya, cabaran yang telah dilalui sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) pada minggu ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kesungguhan, ketabahan dan komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa warga pendidikan Kuching sentiasa cekal dan berjiwa besar dalam memastikan pendidikan terus berjalan tanpa henti. Anda semua adalah nadi kekuatan sistem pendidikan kita.

Dalam kita melangkah kembali ke sekolah, marilah kita terus meningkatkan semangat kita dengan motivasi, disiplin dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.

Kepada anak-anak murid, jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan yang gemilang.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta PIBG/PIBKS atas kerjasama yang erat, padu dan berterusan.

Sokongan anda semua amat besar maknanya dan menjadi tunjang penting dalam membantu melancarkan segala urusan serta kejayaan pendidikan di sekolah. Kalian adalah kekuatan semangat kami, kalian juga adalah nyala motivasi kami.

Dalam masa yang sama, seluruh warga sekolah dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, membawa bekalan air kosong secukupnya, serta menjaga kesihatan diri setiap masa.

Kepada pihak Pengurusan Sekolah dan semua guru, teruskan peranan sebagai pemimpin dan pembimbing dengan memastikan SOP pengurusan jerebu dipatuhi sepenuhnya, demi kesejahteraan dan keselamatan semua warga sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama melangkah dengan penuh keyakinan, memperkukuh kerjasama dan terus menyemarakkan semangat pendidikan demi anak bangsa tercinta.

Kebersamaan kita semua adalah kekuatan kita. PPD ini adalah PPD kita bersama.

โ€œPPD Kita, Tanggungjawab Kitaโ€
PPD Kuching, BITARA Sentiasa

Ikhlas Daripada;
Dr. Majelan bin Sulong & seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
13 September 2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Warga SMK Semerah Padi menguca...
12/09/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga SMK Semerah Padi mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua murid yang akan bermula pada 14 September 2026 (Isnin).

๐Ÿ“… Tarikh Pembukaan Sekolah
14 September 2026 (Isnin)

Peringatan kepada semua murid:
โœ… Hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.
โœ… Berpakaian kemas dan lengkap mengikut peraturan sekolah.
โœ… Membawa alat pembelajaran yang diperlukan.
โœ… Mengutamakan kebersihan, keselamatan dan kesihatan diri sepanjang berada di sekolah.
โœ… Sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga nama baik SMK Semerah Padi.

Pelajar Sihat, Sekolah Sejahtera, Masa Depan Cerah.

Selamat kembali ke sekolah.
Jumpa anda pada 14 September 2026!

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

12/09/2026
12/09/2026
10/09/2026

๐Ÿšจ PERINGATAN MESRA: ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL ๐Ÿšจ

Adakah anda tahu bahawa tindakan kita di media sosial sentiasa diperhatikan dan tertakluk kepada peraturan perkhidmatan awam?

Penjawat awam dilarang membuat sebarang pernyataan awam yang memburukkan nama Kerajaan, menyebarkan dokumen sulit, memuat naik gambar warga sekolah tanpa kebenaran, atau leka bersosial media untuk hal peribadi pada waktu bekerja.

Kecuaian di media sosial boleh membawa padah dan mengakibatkan tindakan tatatertib. Jadilah warga netizen yang bijak dan penjawat awam yang berintegriti. Teliti infografik di bawah untuk panduan bersama. ๐Ÿ‘‡

Ingatlah bahawa kata-kata yang kita ungkapkan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya. TAK PASTI, JANGAN KONGSI!

PROAKTIF | PERSUASIF | PRODUKTIF

Disediakan oleh:
Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(Keluaran September 2026)

๐Ÿ“ข MAKLUMAN RASMI | PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBUAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Merujuk kepada Kenyataan Rasmi...
06/09/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN RASMI | PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada Kenyataan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak bertarikh 4 September 2026 berhubung penutupan sekolah akibat jerebu, dimaklumkan bahawa:

๐Ÿซ SMK SEMERAH PADI akan DITUTUP SEMENTARA pada:

๐Ÿ“… 7 โ€“ 11 SEPTEMBER 2026 (5 HARI)

๐Ÿ’ป PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Sepanjang tempoh penutupan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.

Semua murid diminta mengikuti PdPR mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah serta arahan guru masing-masing melalui platform dan saluran pembelajaran yang dimaklumkan.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Ibu bapa/penjaga dimohon memberikan kerjasama bagi memastikan anak-anak mengikuti PdPR sepanjang tempoh tersebut.

๐Ÿ“Œ Sebarang perubahan atau makluman terkini akan disampaikan melalui saluran rasmi sekolah.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6082441403

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Semerah PADI, Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Semerah PADI, Kuching:

Shortcuts

Share

Category