22/03/2022
https://www.facebook.com/178337308880084/posts/4958814500832317/
Halam ini di sediakan bagi tujuan hebahan dan makluman kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang akan dan sedang menjalani Latihan Industri.
07/02/2022
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Program Pemilikan Kad Hijau (Green Card) bagi pelajar bidang Kejuruteraan yang bakal menjalani Latihan Industri bagi Sesi II : 2021/2022 yang dianjurkan oleh pihak Unit Perhubungan & Latihan Industri Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama pihak ST Company (Registered CIDB SICW Training Provider) dan pihak CIDB Wilayah Sarawak.
Program ini dilaksanakan pada tarikh 06 Februari 2022 (Kelas 1, 2, 3) & 13 Februari 2022 (Kelas 4) melalui kaedah secara dalam talian menggunakan aplikasi platform Zoom Online Meeting yang merangkumi 4 kelas kursus serta melibatkan 40 orang pelajar bagi setiap kelas kursus.
Kursus ini dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan dan kesedaran terhadap faktor yang merangkumi keselamatan dan kesihatan di tapak binaan/tapak kerja melibatkan kursus Safety Induction Construction Worker (SICW) di samping pemilik Green Card tersebut dilindungi perlindungan insurans sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian di tapak binaan/tapak kerja.
Selamat menjalani kursus kepada semua pelajar yang terlibat!!
31/01/2022
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2022!!!
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Makluman berkaitan PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BAGI SESI II 2021/2022
Info penuh sila rujuk makluman rasmi di Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak, SPMP i-UPLI & Group Telegram Info Pelajar LI Sesi II 2021/2022.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) atau Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ).
Sekian, terima kasih.
UPLI PKS.
29/12/2021
Taklimat Kerjaya & Peluang Penempatan Latihan Industri Top Glove!
Dianjurkan oleh:
Top Glove Sdn Bhd kerjasama Politeknik Kuching Sarawak
Tarikh: 31 Disember 2021 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang - 4.00 petang
Platform : Microsoft Teams
Klik link di bawah
Pendaftaran: https://qrgo.page.link/BcqXW atau scan pada QR.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program latihan Industri serta berpeluang untuk menjadi warga di Syarikat Top Glove!
Selamat Maju Jaya!!!
29/12/2021
TAWARAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
NAMA SYARIKAT :
ND PAPER COMPANY (CHINA/MALAYSIA)
Peluang & tawaran yang sangat menarik bagi pelajar yang sedang mencari penempatan latihan industri serta menjamin kerjaya di masa hadapan🤩🤩
Info penuh sila rujuk rujuk pada infografik tersebut
Bagi pelajar yang berminat, sila scan pada Kod QR pada poster atau klik pada link di bawah:
https://bit.ly/NDPAPERINTERNSHIP
Jangan lepaskan peluang ini!!💪🏻💪🏻
GRAB IT OR LOSE IT!!
29/11/2021
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT.
ALL THE BEST!!!
SELAMAT MAJU JAYA!!!
PEMAKLUMAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE-29 SECARA MAYA
Majlis Konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak Kali Ke-29 secara maya akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
📆 Tarikh : 30 November 2021 (Selasa)
⏰ Masa : 9.00 pagi
📲 Platform: Facebook live & YouTube Rasmi PKS
🎉Tahniah diucapkan kepada semua graduan sesi Dis 2019 & Jun 2020 🎉
03/11/2021
Graduan politeknik sentiasa diburu majikan - Noraini JPPKK, TVET, kurikulum, industri, pekerjaan
28/10/2021
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Makluman kepada pelajar semester akhir berkaitan Taklimat Latihan Industri 1 bagi pelajar yang telah selesai mendaftar semua kursus pengajian pada semester ini (Sesi I:2021/2022) dan pelajar yang layak menjalani latihan industri bagi sesi akan datang (Sesi II:2021/2022).
Info taklimat sila rujuk infografik di bawah.
Dapatkan link taklimat di SPMP i-UPLI (Berita/Makluman) & Group Telegram Info pelajar LI.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pihak UPLI PKS atau PLIJ di jabatan pelajar masing-masing.
Terima kasih.
UPLI PKS
19/10/2021
SALAM MAULIDUR RASUL 1443/2021M
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1443/2021M diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti yang beragama Islam.
Ikhlas daripada Pengarah PKS dan seluruh warga PKS.
27/09/2021
SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI & SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
25/09/2021
INFO MAKLUMAN BAGI PELAJAR YANG BERKAITAN
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |