23/09/2026
Salam Sejahtera dan Salam i-CATS Maju Jaya.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti i-CATS dengan bangganya mengumumkan penganjuran Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2026 yang merangkumi tiga acara permainan utama iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, dan Valorant.
Kejohanan ini disokong secara rasmi oleh Dana E-Sukan KBS 2026 dengan kerjasama Kelab E-Sukan i-CATS, serta rakan strategik Gizmo Arena, PC Image, dan Hotlink. Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mengasah kemahiran kepimpinan serta kerjasama berpasukan, di samping memberi ruang kepada pelajar menyerlahkan bakat dalam bidang e-sukan. Pendaftaran adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar IPT.
Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, serta pautan pendaftaran boleh dirujuk secara terperinci menerusi poster rasmi yang dilampirkan.
Leading With Purpose, Serving With Heart
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS
Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC
Centre for Foundation and Preparatory Studies