SJK CHUNG HUA NO.3
古晋中华小学第三校官方网站
01/04/2026
S3.2 - Aspek 3.2.1.1 Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang
小学生华文诗歌朗诵比赛
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina SR Peringkat Daerah Kuching Tahun 2026
Tarikh: 31 April 2026
Masa: 0800
Tempat: SJK Chung HUA No.4
Tahap 1 Johan
Tahap 2 Tempat Ke-3
Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan Bahasa Cina melalui aktiviti deklamasi sajak.
2. Memupuk minat dan apresiasi terhadap kesusasteraan Bahasa Cina.
3. Melatih keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak.
4. Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Rumusan:
Program Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Peserta menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam mempersembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan ekspresi. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Impak Program:
1. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk tampil di hadapan umum.
2. Mengukuhkan kemahiran bertutur dan sebutan dalam Bahasa Cina.
3. Memupuk minat terhadap seni sastera dan budaya Bahasa Cina.
4. Mengasah bakat pelajar dalam bidang deklamasi dan persembahan.
Tindakan Susulan:
1. Mengadakan latihan berterusan bagi pelajar yang berbakat untuk pertandingan peringkat lebih tinggi.
2. Menganjurkan lebih banyak program berkaitan kesusasteraan seperti pidato dan bercerita.
3. Memberi bimbingan khusus kepada pelajar untuk meningkatkan teknik penyampaian.
4. Menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam kalangan pelajar pada masa akan datang.
19/03/2026
PERTANDINGAN SENI CETAKAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KUCHING 2026
Tahniah dan syabas kepada Guru Pembimbing, Puan Ting Yi Fung dan murid-murid berikut
Lo Zi Xin, Chang Zi Heng dan Darrick Ho Zhe Yu atas kejayaan mereka meraih TEMPAT KETIGA dalam pertandingan ini.
Kejayaan ini membuktikan usaha gigih, kreativiti dan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan murid.
Objektif pertandingan:
• Mencungkil dan mengasah bakat murid sekolah rendah dalam seni cetakan
• bagi menghasilkan karya yang boleh dikomersial;
• Menyediakan ruang yang lebih besar di peringkat kebangsaan untuk murid KPM mempamerkan bakat dalam bidang seni visual;
• Membentuk dan membudayakan apresiasi terhadap nilai sesuatu karya
• cetakan; dan
• Menambah jumlah penggiat seni visual muda di Malaysia
Impak & Hasil Dapatan
1. Penguasaan murid terhadap teknik asas cetakan lino dapat dipertingkatkan dengan lebih kemas dan terarah
2. Murid menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan diri serta keberanian dalam mengekspresikan idea
3. Nilai kerjasama, komunikasi dan sikap saling membantu dapat diperkukuh sepanjang aktiviti dijalankan
Rumusan
Program ini memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam membentuk perkembangan menyeluruh murid
Penglibatan aktif murid berjaya mencungkil potensi serta minat mereka dalam bidang seni visual
Secara tidak langsung, aktiviti ini turut menyemai rasa bangga terhadap negeri dan hasil karya sendiri
Tindak Susul
Pihak sekolah akan terus memperkukuh bimbingan dalam bidang seni bagi mengasah bakat murid secara berterusan
Penyertaan dalam pertandingan seni akan diperluaskan bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada murid
Pelbagai aktiviti seni akan dirancang secara lebih sistematik bagi menyokong perkembangan kreativiti murid
Ribuan terima kasih kepada ibu bapa atas komitmen dan galakan yang berterusan.
恭喜荣获小学版画比赛第三名
这次参赛取得第三名的优异成绩,充分展现了他们的努力与创意。
这份成绩体现了学生们的努力、创意以及良好的团队合作精神。
18/03/2026
[S2 – Aspek 2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara professional dan terancang.]
[S3 - Aspek 3.3.1.1 Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.]
[S3-Aspek 3.3.4.1 Program dan Perkhidmatan Kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang.]
[S3 - Aspek 3.3.6.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diurus secara profesional dan terancang.]
🦷✨ “绽放洁净自信笑容”简报
☑️ 活动目标
1.提高学生对口腔卫生重要性的意识。
2.确保活动顺利进行,并让学生清楚理解日常口腔护理的重要性。
🦷✨ TAKLIMAT PROGRAM MEMBERUS GIGI HARIAN
“SENYUM BERSIH SETIAP HARI”
📅 Tarikh: 17.03.2026
⏰ Masa: 0840 – 0910
📍 Tempat: Dewan Alumni Sekolah
☑️Objektif:
1)Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi.
2)Memastikan kelancaran program serta pemahaman yang jelas dalam kalangan murid.
📌Rumusan:
Program Memberus Gigi Harian “Senyum Bersih Setiap Hari” , satu sesi taklimat telah disempurnakan oleh Adeline Anak Juntai (Juruterapi Pergigian U5) dari Klinik Pergigian Sekolah. Program ini disasarkan kepada murid yang belum mencapai tahap kebersihan gigi yang baik. Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan murid yang terlibat juga menunjukkan
peningkatan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan gigi.
👧🧒 73 orang murid
🌟 Impak Program:
✔ Meningkatkan kesedaran kebersihan mulut
✔ Membentuk amalan harian yang baik
🔧 Tindakan Susulan:
📌 Demonstrasi interaktif
📌 Bimbingan berterusan
🌸SenyumBersihSetiapHari
🌸KesihatanPergigian
🌸SekolahSihat
18/03/2026
[S3 - Aspek 3.3.1.1 Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.]
[S3 - Aspek 3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara professional dan terancang.]
[S2 – Aspek 2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara professional dan terancang.]
颁发巡察员委任状仪式
目标
一)正式颁发委任状予新一届巡察员,给予肯定与鼓励。
二)培养巡察员的领导能力与责任感。
三)树立良好榜样,协助维持校园纪律。
MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH
Tarikh: 17 Mac2026(Selasa)
Masa: 0740
Tempat: Dewan Alumni SJK Chung Hua No.3
Penglibatan: Guru Besar,Sarjan Siti Farah.Konstabel Kelvin Johenson Maturin,semua guru dan murid SJK Chung Hua No.3
Objektif :
I)Memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik sebagai pengawas.
II)Memupuk semangat kepimpinan dan tanggungjawab dalam kalangan pengawas.
III)Menjadi contoh teladan kepada murid lain dalam menjaga disiplin sekolah.
Rumusan:
Majlis berjalan dengan lancar dan tersusun mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Murid dan guru memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Penyampaian watikah telah meningkatkan semangat dan motivasi pengawas.
Impak:
I)Pengawas lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka serta meningkatkan keyakinan diri.
II)Murid lain lebih menghormati peranan pengawas sebagai pemimpin kecil sekolah.
III)Disiplin dan suasana pembelajaran di sekolah dapat dipertingkatkan.
Tindakan Susulan:
I)Latihan dan bimbingan akan diberikan kepada pengawas dari semasa ke semasa.
II)Guru disiplin akan memantau prestasi pengawas secara berterusan.
III)Intervensi akan dijalankan kepada pengawas yang kurang aktif atau menghadapi kesukaran menjalankan tugas.
17/03/2026
[S3- Aspek 3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang]
🌟【假期充电 · 学业提升】
🌟【Cuti Ceria, Prestasi Murid Meningkat】
日期 / Tarikh: 17 Mac 2026
时间 / Masa: 0730
地点 / Tempat: 三小校友大礼堂Dewan Alumni SJK Chung Hua No.3
参与者 / Penglibatan:
校长、全体教师及学生
Guru Besar, semua guru dan murid SJK Chung Hua No. 3, Kuching.
目标 / Objektif:
• 培养学生自主学习与时间管理能力
Memupuk sikap pembelajaran kendiri dan pengurusan masa
总结 / Rumusan:
此次分享旨在帮助学生在较为轻松但专注的学习氛围中持续复习、巩固理解并提升学业表现。
Perkongsian in adalah untuk membantu murid terus mengulang kaji, mengukuhkan pemahaman dan meningkatkan prestasi akademik dalam suasana pembelajaran yang lebih santai tetapi berfokus.
成效 / Impak:
学生逐渐意识到在假期中保持自律学习的重要性,并对自己的学习更有信心。
Murid menunjukkan kesedaran tentang kepentingan pembelajaran yang berdisiplin pada masa cuti dan yakin dalam pembelajaran mereka.
后续行动 / Tindak Susul:
校方将持续规划类似的提升项目,并依据学生表现进行调整与优化,以确保学习成效持续提升。
Pihak sekolah akan terus merancang program seumpamanya secara berterusan serta membuat penambahbaikan berdasarkan keperluan murid bagi memastikan impak yang lebih berkesan.
17/03/2026
[S3- Aspek 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid]
晨会分享 · 5分钟反毒资讯
Perkongsian Perhimpunan Pagi · 5 Minit Info Antidadah
日期 / Tarikh: 17 Mac 2026
时间 / Masa: 7.20 am – 7.25 am
地点 / Tempat: 三小校友大礼堂Dewan Alumni SJK Chung Hua No.3
参与者 / Penglibatan:
校长、全体教师及学生
Guru Besar, semua guru dan murid SJK Chung Hua No. 3, Kuching.
目标 / Objektif:
• 提高学生对毒品危害的认识
Meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah
• 培养学生重视自身健康的正确态度与价值观
Membentuk sikap dan nilai murni dalam menjaga kesihatan diri
• 鼓励学生为未来作出明智选择
Menggalakkan murid membuat pilihan yang bijak demi masa depan
总结 / Rumusan:
本次五分钟的分享强调应将好奇心引导至正面方向,并远离毒品。学生也被提醒要对自身健康与未来负责,培养良好的生活态度。
Perkongsian ringkas selama lima minit ini menekankan kepentingan mengawal rasa ingin tahu ke arah yang positif serta menjauhi gejala dadah. Murid turut diingatkan tentang tanggungjawab menjaga diri dan kesihatan demi kesejahteraan diri serta masa depan.
成效 / Impak:
学生对毒品的危害及健康生活的重要性有了更深的认识,并能勇敢对毒品说“不”,在日常生活中作出更明智的选择。
Murid lebih peka terhadap bahaya dadah dan kepentingan gaya hidup sihat. Kesedaran ini membantu mereka membina sikap berani berkata “TIDAK” kepada dadah serta membuat keputusan yang lebih bijak dalam kehidupan seharian.
后续行动 / Tindak Susul:
校方将持续通过定期的防毒教育活动与辅导,引导学生远离毒品,培养健康的生活方式。
Pihak sekolah akan meneruskan usaha kesedaran melalui program pendidikan pencegahan dadah secara berkala serta aktiviti bimbingan bagi memastikan murid sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat。
KK Notice
12/03/2026
11/03/2026
Program Immunisasi & Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun Satu 2026
9 Mac 2026 - 11 Mac 2026
11/03/2026
校长与副校长进行汇报会
Sesi Sembang Santai bersama SLT pada 11.3.2026
课外活动通告 / Notis KK
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
SJK CHUNG HUA NO. 3, Jalan PADUNGAN
Kuching
93100
Opening Hours
| Monday | 06:15 - 17:00 |
| Tuesday | 06:15 - 17:00 |
| Wednesday | 06:15 - 17:00 |
| Thursday | 06:15 - 17:00 |
| Friday | 06:15 - 17:00 |