20/09/2026
🏷️Standard: 3.3 HEM 5.0 Kemenjadian murid
🌟TAJUK:KEM JATI DIRI ANJURAN BIRO PENDIDIKAN MAJLIS ISLAM SARAWAK DENGAN KERJASAMA MASJID DARUL IBADAH KAMPUNG KUDEI LAMA
📅*TARIKH: 19-20 SEPTEMBER 2026
🕛*MASA: 7.30 - 5.00 PETANG ( SABTU)
7.30-2.00 PETANG ( AHAD)
📍 TEMPAT: Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama
♦️ PENGLIBATAN:
- 2 orang fasilitator BPP MIS.
- AJK Masjid Darul Ibadah.
- Barisan Pentadbir SK COMBINED
- Guru-guru Islam SK Combined mengikut giliran.
- 30 orang murid Islam Tahun 5 dan Tahun 6 SK Combined.
♦️ OBJEKTIF:
- Membentuk jati diri dan sahsiah murid berlandaskan nilai-nilai Islam.
- Memupuk disiplin, kepimpinan, kerjasama dan tanggungjawab.
- Meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan silaturahim.
♦️ RUMUSAN:
- Program Kem Jati Diri selama dua hari ini dilaksanakan dengan kerjasama BPP MIS, pihak masjid dan SK Combined bagi memperkukuh sahsiah serta potensi diri murid melalui aktiviti kerohanian dan pembinaan diri.
♦️ IMPAK:
- Meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai Islam dan akhlak mulia.
- Memupuk keyakinan diri, disiplin dan semangat kerja berpasukan.
- Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, masjid dan komuniti.
♦️ TINDAK SUSUL:
- Menerapkan nilai jati diri dan akhlak mulia dalam PdP Pendidikan Islam.
- Menggalakkan murid mengamalkan nilai positif yang diperoleh.
- Meneruskan kerjasama dengan pihak masjid dan BPP MIS dalam program pembangunan sahsiah murid.